💖 9

1.6K 235 40
                                    

" Adeh. " Johnny mengurut bahunya yang sakit. Letih betul kerja seharian angkat barang , silap hari bulan , senang saja tangannya nak tercabut.

" Hyung , banyak lagi ke ? Laparlah. " Haechan merungut. Jaemin juga kepenatan.

" Aik ? Baru je sejam angkat barang , dah mengah ? Banyak benda lagi kita nak kena buat adik-adik. "

Jaemin dan Haechan pura-pura menangis. Sudahlah banyak kerja , lapar pula , panas terik tak cerita lagi.

" TOLONGGGG !!! " Kedengaran suara gadis yang meminta tolong. Haechan , Jaemin dan Johnny memandang antara sesama mereka.

Johnny melihat seorang gadis yang berlari menghampirinya.

" Kenapa tu ? " Haechan menjerit dari jauh.

" Anjing !! " Balas gadis tersebut.

" Alah , anjing je , meh sini , abang Johnny uruskan. " sebaik saja gadis itu melaluinya , dia melihat tiga ekor anjing yang mengejar.

Coklat , hitam dan putih bertompok hitam.

" Astagfirullahalazim. Tiga ekor. Korang preparelah nak samak nanti , aku lari dulu. " Johnny lari terlebih dahulu.

" EHHHHH !?!?!?!? TUNGGU !! " Jaemin meninggalkan Haechan sendirian.

" WEHHH TUNGGULAH AKU !! "

--

Terkekeh-kekeh Jeno , Renjun dan Jisung ketawakan Haechan yang menangis.

" Haaa tulah kau. Suruh masuk lumba lari , kau tak nak , lari ke tempat lain. Kan dah mendapat. " Kata Taeyong membuatkan makin kuat tawa mereka bertiga. 

" Dah kena samak. " Chenle menyampuk. " Haa tulah. Tak pasal-pasal seluar koyak , kena samak pula. " Taeyong membebel.

Haechan mendiamkan diri.

" Lepas selesai mandi , kau rehatlah dulu dekat bilik Mark tu. Aku ada kelas mengedit dengan Mark kejap lagi. " Taeyong melangkah pergi.

Haechan mengeluh ,apalah nasibnya kali ni.

" Lain kali , nampak anjing tengah kejar tu , tak yah fikir , lari je. " Kata Jeno dari luar tandas membuatkan mereka yang lain ketawa.

" Sorry eh , Haechan. Besar sangat anjingnya , kalau kecil.  Bolehlah aku lawan balik. " Haechan menjeling Johnny sebaik saja keluar dari tandas.

" Lepas ni kalau duit raya aku tak banyak , aku suruh anjing tu kejar kau sampai kampung sebelah. " Haechan berkata.

" Yelah , aku bagi 150 untuk kau. Kau je. Jangan pandai-pandai bagitahu yang lain. Banyak lagi benda aku nak buat dengan duit aku. "

" Janji ? "

Johnny berdecit.

" Janji. "

Haechan tersenyum gembira. Laju kakinya melangkah kearah bilik Taeyong , nak pinjam baju.

" Ada hikmah jugakan kena gigit dengan anjing. Aku punya duit dah naik , korang kerja macam nak mati pun , seratus juga korang dapat AHAHAHAHAHAHAGAGA "

Puas hati Haechan dibuatnya. Suka betul duit rayanya banyak.

" Next target.. "

Dia berfikir sejenak.

" Hello guys , welcome to my channel , for those yang tak kenal saya , saya Mark Lee.  Assalamualaikum semua , Mark harap semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik. Tak lama lagi dah nak rayakan ? Jadi dah prepare kuih muih , lemang ketupat ? "

Haechan mengangkat kening kanannya. Dia tersenyum sinis sebelum dia petik jari.

Sebaik saja selesai memakai baju , Haechan berhijrah kebilik Mark. Mark memandang Haechan yang berdiri dihadapan pintu.

Sambil posing ala Kak Lina Pom Pom , dia mahu menarik perhatian Mark.

" Kau nak apa ? " Soal Mark , seakan tak tertarik , dia kembali fokus pada komputernya.

" Kau buat apa ? " Sambil menghampiri Mark , dia bertanya.
Dia melihat hasil kerja Mark sebelum sesuatu menarik perhatiannya.

" Weh , TaeyongF ? Taeyong– "

" TaeyongFriend. Jangan mencarut pula. " Mark mencelah.

" Banyaknya email kau dapat. "

" Semua ni untuk Taeyong Hyung. Tiga hari dari sekarang , Motif Viral panggil. "

Mata Haechan terbeliak. Motif Viral ?

" Ramai juga nak interview abang kau seorang tu. So, aku decide nak buat instagram , account youtube  , twitter.

Adalah side income dia sementara tunggu Johnny gaji nanti. "

" Dia nak buat channel apa ? Game ? Macam kau ? "

Mark menggelengkan kepalanya.

" Masak. "

**

" Iya , aku dah cakap , dia viral ! " Kun yang mendengar cerita Winwin mengetap bibir.

" Kalau viral , aku nak buat apa ? " Soal Kun. " Lah , kau sendiri cakap , kau tak suka dia lebih dari kau kan ? " 
Winwin berkata.

" kalau dia viral , banyak duit dia dapat. Dia boleh pakai yang mewah-mewah , dia boleh berniaga besar-besaran , dengar cerita , dia nak buka akaun youtube. Heh , kau yang baru 1K subscriber ni , entah-entah dia boleh kalahkan. "

" Eh , tak mungkin. " Kun mencelah.

" Nama pun kuasa viral. Alif syukur yang suka jahanamkan semua benda boleh viral. Netizen bodo bodo pergi follow atas alasan nak kecam dia. Takut nanti kalau dia private ig , takleh nak follow.

Takleh nak kecam. Haaaaa beribu orang tekan butang follow , beribu orang tekan butang subscribe.

Lepas tu nangis nangis dalam kereta , luah perasaan dekat anak-anak dia , sambil tunjuk produk. Eeii keji sangat.

Apatah lagi si musuh kau tu. Muka elok , haaa kau ingat perempuan tak tergilakan dia ?

Kau saja , dah beribu orang puji kau handsome , boyfriend material , dia apatah lagi. "

Kun mengerutkan dahi , dia mengetap bibir.

" So dia nak berperang ye ? Kita tengok siapa lagi famous. " kata Kun

" Yas , darling ! That's the spirit. "

NCT SAMBUT RAYA Where stories live. Discover now