💖 16

1.1K 212 37
                                    

Taeyong mencebik , Johnny dimeja makan , tengah bermain telefon setelah penat mengupas bawang tadi.
Johnny segera menoleh apabila terasa ada seseorang menghampirinya.

Taeyong bermain dengan jarinya sambil menunduk. " Johnny. " Taeyong memanggil Johnny. " Hm ? " Johnny menyahut sebelum dia kembali memandang telefonnya. 

" Johnny , after think think think... Aku rasa makanan yang kita nak masak tu banyak sangatlah. " Taeyong memandang Johnny namun Johnny tak memberi respon.

Taeyong mencebik , hengko ingat kau siapa tak bagi respon dekat aku ? Bisiknya.

" Kalau buang salah satu menu tu tak apa kot.. " Taeyong berkata lagi , sekali lagi dia mengerling kearah Johnny , baru Johnny menoleh kearahnya.

" Tahu pun menu yang kau nak buat tu banyak. Kita sambut raya setahun sekali je , kau beriya sangat nak masak macam buat kenduri kenapa ? Nanti merungut semua orang dalam rumah ni pemalas pula. Buang salah satu menu ni. Bagitahu budak-budak lain tu. Ni masak nak berbuka ni tak ada ke ? "

Johnny bertanya.

" Masak satu lauk je sudah. Tak payah nak masak lebih-lebih. Esok nak raya , aku nak pergi rumah Ayu lagi esok. "

Taeyong membuat muka. Bab Ayu je laju je.

" Tapi , kering idealah. Nak masak apa ? " Taeyong bertanya. " Masaklah daging kerabu ke , ayam masak merah ke , gulai daging ke. Bayar balik penat lelah kiteorang kupas bawang , anyam ketupat , belajar buat kuih-muih setiap satu ni haa. "

Taeyong memandang kearah Johnny dengan riak wajah tak percaya.

" Habis tu selama ni aku masak , tak merungut pasal sekor manusia dalam rumah ni tak tolong aku ? Eh , kalau aku , aku pun nak korang semua bayar aku , tau dak !? Habaq maih sat sekoq sekoq..."

" Ah sudah, gaduh lagi diorang tu. " Doyoung merungut diluar rumah , dia dan Jisung menjaga bahagian lemang.

" Bila boleh makan nihhh " Haechan berkata dengan nada suara seakan mahu menangis , dia keletihan menganyam ketupat dari tadi dibawah rumah kampungnya.

Jaemin dan Jeno juga keletihan. Mereka berdua mengeluh. Dari tadi menunduk , menganyam ketupat memang letih.

" Chenle , dah siap ke belum tu gantung lampu raya ? " Doyoung bertanya. " Belummm !! Banyak lagi ni ! " Chenle menyahut.

" Bunuh jelah aque ! " Haechan merungut lagi. " Lagi sejam ni nak berbuka , bertahanlah ye. " Jaemin menepuk paha Haechan disebelahnya.

" Jangan sentuh akulah ! Aku panas kau tau !? Dengan asap lemang ni lagi , kalau wangi tak apa lagi , ni busuk macam hati kau. "

" Tak yang kau emo sangat kenapa ? "

Jaemin dan Haechan mula emo , mereka mahu bergaduh. Sementara Jeno sudah pergi dari situ. Menghampiri Chenle yang menggantung lampu.

" Dengar sini orang-orang kampung ! " Suara Taeyong menarik perhatian mereka. Semua memandang kearah Taeyong dijendela rumah.

" Malam ni , abang Johnny korang masak ya ? Penat buat kerjakan ? Kalau nasi hangus ke , gulai tertumpah ke , ikan mati hidup balik ke , jangan seorang pun panggil aku , anda faham !? "

Terhinjut bahu mereka , terkejut dengan jeritan Taeyong yang mengamuk tak tentu pasal. Taeyong masuk kedalam biliknya.

Seraya itu , Doyoung , Jaemin , Jeno , Chenle dan juga Haechan berlari masuk kedalam rumah , melihat Johnny yang menggaru kepala.

" Kau buat apa lagi ni , hyung ? " Doyoung berbisik dari pintu rumah.
" Mana aku nak tahu dia nak mengamuk macam tu. Sampai siap kata aku anggap dia bibik dalam rumah ni lagi. " Johnny menggaru kepala , dia buntu.

Kena masaklah pula. Dia manalah pandai masak sangat , kalau nak masak kena tengok resepi dekat internet.

" Jaehyun , Doyoung tolong aku masak. " Johnny bersuara. Jaehyun yang baru sampai dimeja makan mencebik. Malas sebenarnya , dahlah dia penat mengupas bawang , kena tolong pula. Johnnylah nih !

" Eh , lemang aku !!! " Doyoung berlari untuk menyelamatkan dirinya. Tak naklah dia menyusahkan diri dia untuk tolong Johnny.

" Nak masak apa ? " Soal Jaehyun , terpaksa dia menahan tangisannya didalam hati. Memang malam ni dia tidur nyenyak tak terjaga.

" Kita kena masak masakan yang boleh kalahkan masakan Taeyong. Supaya nanti dia melutut– "

Jaehyun dan Johnny menoleh kearah pintu bilik Taeyong yang terbuka sedikit. Terperanjat mereka apabila melihat Taeyong mengintai dari pintu bilik dengan riak wajah yang dingin membuatkan mereka berdua takut.

" Maksud aku , kita kena masak masakan yang sedap sikit , tapi kurang sedap dari masakan Taeyong. Yelah , siapa kita nak kalahkan juara kampung kita ni, kau ni "

Johnny menyiku Jaehyun membuatkan Jaehyun mengaduh kesakitan. " Jomlah kita masak , jangan buang masa , nak berbuka dah ni. "

Segera Johnny dan Jaehyun melangkah ke dapur.

" Lemang oh lemang , bilalah kau nak masak ? Aku dah tak tahan dah nak jaga kau dari kecik sampailah ke besar. " Doyoung membebel sendiri.

Nampaknya lemang pun turut buat Doyoung hampir gila. Jeno , Jaemin dan Haechan sambung menganyam ketupat sementara Chenle kembali menggantungkan lampu. 

After habis NCT Sambut Raya, nanti Mira sediakan NCT musim PKP pulak ya ? Itupun kalau tak busy dengan class online ehek.

NCT SAMBUT RAYA Where stories live. Discover now