Bab 1

8.7K 182 0
                                    

Assalamualaikum and hai guys! So here my new story, Miss Surprise. And yeah, cerita ini sis akan buat konsep follow the flow. So, ada idea sis update, takde idea? Doa-doakanlah ye.

So, bagi sesiapa yang tak tahu mengenai pekerjaan event planner ni, baca.

Event planner sama macam wedding planner. But, event planner lebih kepada launching event, birthday party, annual dinner etc. Wedding planner more to kahwin punya pasal. Got it?

So yeah. Meet your Fazira Husna and Syed Farhan in here!

Happy reading!


Sudahkah anda menonton video yang tular semalam?

Fazira Husna, 25, seorang event planner yang baru tular videonya semasa dia membuat surprise dilevery, semalam. Video itu tular dan akhirnya mendapat sambutan penonton. Hampir mencecah sejuta penonton dibuatnya!

Gadis cantik ini baru sahaja berusia 25 tahun bijak untuk melakukan 'surprise dilevery' yang luar biasa. Biasanya, ada yang bagi bunga tetapi dia lagi luar biasa. Masakan kita tidak berfikir, dia membuat surprise delivery dengan menghantar pokok. Jarang betul berlaku.

Tengok sahaja gambarnya, cukup sedap mata memandang. Wajah keayuan serta 'posing' yang tidak begitu keterlaluan membuatkan para followers menyukai gambarnya. Salah satu gambarnya hampir mencecah 100,000 menyukai. Kalah artis!

Oh ya, gadis ini masih lagi bujang. Tetapi, apabila kami berbual dengannya, dia belum bersedia untuk berkahwin. Dia mahu mengembangkan bisnes yang dibinanya dua tahun lepas.

Kami harap Fazira Husna berjumpa dengan jodohnya. Aamin!

Sumber gambar: @fazirahusna

Follow akaun instagram kami @penkhatdotcom

Jari-jari bermain di telefon pintar berjenama iPhone 7plus yang baru dibeli tahun lepas atas kenaikan gajinya. Discrollnya artikel berkenaan kawan baik yang merangkap pemilik syarikat Dream Event, Fazira Husna.

"Kami harap Fazira Husna berjumpa dengan jodohnya. Aamin!" Bacanya yang tertera di telefon pintar itu.

"Jodoh? Baik hidup sorang lagi bagus." Getus Fazira.

Fazira memang anti dengan bab jodoh, kahwin dan seangkatan dengannya. Masakkan mahu membuka mulut untuk bertanyakan hal itu, terus dia membuat gaya artis 'no comment'.

"Manusia diciptakan dengan berpasang-pasangan." Rokiah sudah berbicara. Mukadimah sudah dibuka.

"Umur aku masih lagi muda untuk semua tu. Biarlah aku capai apa yang aku nak capai dulu." Setiap orang mempunyai impian, tak terkecuali dengan Fazira Husna. Yang mahukan syarikatnya berkembang maju.

"Ni, artikel pasal kau. Dah keluar dah." Telefon kepunyaan Rokiah bertukar tangan.

Fazira Husna dengan muka yang tiada perasaan membaca artikel berkenaan dirinya. Tiada apa pun yang dapat menggembirakan hatinya. Semuanya hanya mahukan populariti.

"So boring!" Fazira menghulur telefon itu.

"Seriously Fazira? Kau ni memang takde perasaan ke apa? Takkan kau tak rasa bangga yang nama kau ada dekat artikel tu?" Dahi Rokiah sudah berkerut seribu.

Miss SurpriseWhere stories live. Discover now