Bab 18

1.9K 89 2
                                    

WAKTU rehat kini tiba. Ruangan pantri dipenuhi dengan staf. Sebenarnya, mereka selalu berada di sini. Buat mini potluck lunch sambil dihujani pelbagai cerita dan pembawangan bersama. Ahlinya cuma tiga orang dan tidak lain tidak bukan Sarah, Sally a.k.a Sallehuddin Al-mukhriz dan Zetty.

"Hah, harini I bawak daging masak kicap." Ujarnya saat membuka bekas  tupperware.

Bau harum semerbak sudah membuatkan yang lain turut tidak sabar menjamu selera. Pelbagai lagi mereka bawa. Zetty membawa paprik ayam dan Sarah pula membawa asam pedas ikan pari.

"Babe, sedapnya! Aku ingat lagi first time kau bagi aku rasa." Sarah sudah kecur liur. Mana taknya, nasi panas bersama daging kicap memang suatu perkara yang tak boleh bawa bincang bila ada di depan mata.

"Jemput makan." Pelawa Sally.

Masing-masing sudah menghidangkan nasi. Tinggal mengambil lauk sahaja. Sarah sudah menjadi orang pertama yang mencedok daging kicap yang dimasak oleh Sally.

Dengan sepotong daging diambil dan nasi digaul bersama kuah merupakan kombinasi yang meliurkan. Sarah sudah mula terasa tenang.

"Wey, korang." Semua mengalihkan perhatian kepada Zetty.

"Kau perasan tak yang Miss Elena tu asyik termenung je. Aku pun takut nak sapa untuk nak mintak sign." Zetty selaku setiausaha merangkap presiden persatuan makcik bawang yang tidak bertauliah sentiasa mengambil berat tentang bosnya. Walaupun kekwat, tapi baginya Elena bos yang perlu dia hormati.

"I pun perasan. Hmm, I rasa time kita ada photoshoot dekat Melaka. Sebelum kita gerak, I nampak sorang lelaki ni. Kalau I tak silap, nama dia Farhan." Sally cuba mengingati kejadian hari itu.

"Seriuslah?" Sarah menyampuk.

"Ya. Siap bertampar lagi dengan lelaki tu. I dengar lelaki tu nak putuskan tunang dengan Miss Elena." Sambung Sally.

"Yeke? Sebelum ni aku nampak Miss dengan lelaki lain. Lelaki yang pakai spek mata." Tambah Sarah.

"Tapi Farhan tu tak pakai spek mata." Kebimbangan menghadiri.

"Takkan dia curang?" Terdetik di fikiran Zetty.

"Seronok makan daging?" Suara itu menerpa mereka.

Mereka semua statik. Tercegang dibuatnya. Rasa malu dengan perbuatan sendiri.

"I tahu korang semua makan daging masak kicap yang Sally masak tu. Tak perlu nak tambah lauk makan daging orang lain." Kata Elena sebelum pergi.

Zetty sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sarah pula kesal dengan perbuatannya.

"Oh my God, tempat ni dah tak selamat untuk kita bersembang." Sally kebimbangan.

"Memang pun. Miss Elena dah dengar semuanya." Sampuk Zetty.

"Yelah tu. Entah-entah dia dengar separuh je. Mana kau tahu?"

"Dia kata yang Sally masak daging kicap ni. Tak ke dia dengar apa yang kita cakap dari awal sampai dia sound kita?" Hujah Zetty meyakinkan mereka.

Nasiblah mulut sendiri. Tak reti tengok kiri kanan sebelum berkata apa-apa.

FAZIRA HUSNA melunjurkan kakinya. Sakit lenguhnya tidak hilang lagi akibat asyik berjalan. Rasa nak pergi spa malam-malam macam ni!

Mahu sahaja bangun, telefonnya berbunyi menandakan notifikasi sedang masuk.

Dia melihat notifikasi tersebut. Whatsapp dari Farhan.

Assalamualaikum, dah settle ke semua?

"Dia tanya aku tu je? Huh!" Rungut Fazira.

Waalaikumussalam. Semua dah settle.

Miss SurpriseWhere stories live. Discover now