Bab 20

2K 96 0
                                    

LEXIS Hibiscus Port Dickson. Kad akses Royal Suite ditangannya. Tidak pernah terdetik pun dihatinya ingin memijak di sini.

Setelah kad akses itu disentuh di skrin kunci pintu, beg bagasi ditarik masuk ke dalam. Kasut dibuka lalu diletakkan di balik pintu.

Dia melihat sekeliling. Suite yang mempunyai dua bilik, kolam renang peribadi, ruang makan, kawasan pantri dan bilik air yang besar! Seriuslah Faiz suruh aku duduk sini sorang-sorang?

Cantik dekorasi di suite ini. Kalau stres kerja enam bulan tanpa henti, datang sini memang ubat ketenangan betul. Memang satu anugerah untuk diri sendiri.

Fazira mengambil bagasinya untuk menyusun di almari. Setelah itu, dia mahu mandi. Bath tub dah ada. Memang dia excitedlah!

SYED FARHAN menekan butang start/stop engine untuk mematikan enjin kereta Fazira. Kereta sudah dipakir di kawasan pakir. Fazira mula keluar dari kereta.

Keterujaannya memang sangat nampak. Dia berlari anak menuju ke Pantai Tanjung Biru. Bot yang terdampar di tepi pantai, ada sekeluarga meluangkan masa sambil berkelah. Ada yang bermain bola tampar dan bermandi-manda.

Tenangnya kalau ada dekat Kuala Lumpur. Boleh singgah selalu. Faz, apalah kau ni. Kuala Lumpur dekat tengah-tengah, atas darat. Mana datang pantai dekat Kuala Lumpur?

"Amboi, seronok nampak." Tegur Farhan disebelah.

"Seronoklah. You tengok pemandangan dekat pantai ni. Cantik gila!" Jarinya dituding ke arah air laut yang membiru.

"Anyway, thanks untuk sponsor suite tu. Cantik." Fazira berterima kasih. Kalau tak Farhan dia tak dapat merasa perkara ini.

"You are welcome." Farhan membalas.

Saat Fazira memandang pasir putih, dia perasan sesuatu. Dia melangkah ke hadapan untuk melihat cangkerang yang putih bak permata.

"You tengok apa tu?" Farhan mendekati Fazira yang sedang bercangkung.

"Tengok cangkerang ni. Cantiknya." Hanya tinggal cangkerang itu dalam bentup yang tetap. Yang lain pecah akibat ombak atau sampan yang terdampar di tepi pantai.

Fazira mula bangun. Diseluk poket seluar jeannya untuk mengambil telefon pintar. Aplikasi kamera dibuka.

Banyak tangkapan yang dia ambil. Farhan pula pelik. Memang semua perempuan suka ambil gambar banyak ke? Lepastu penuh memori kad.

"Cuba you pegang. I ambil gambar you dengan cangkerang tu." Cadang Farhan.

Fazira mengikut apa sahaja yang Farhan kata. Berlatar belakangkan pokok kelapa yang tinggi dan menadah cangkerang tersebut. Farhan menangkap gambarnya.

Pelbagai gaya Fazira buat. Gaya peace, mini love, senyum sahaja dan sebagainya.

"Cuba you buat-buat pandang tempat lain." Cadang Farhan lagi.

Fazira ikutkan saja. Dia buat-buat pandang pantai. Dan Farhan pula menangkap gambar. Satu, dua.

Bola tampar melintasi antara Farhan dan Fazira. Fazira mundur beberapa langkah kebelakang untuk mengelak bola itu.

Seorang gadis mengejar bola itu sehingga ke penghujung pasir. Kemudian, dia pergi ke arah Fazira dan Farhan.

"Sorry abang, akak. Tak sengaja nak rosakkan mood honeymoon korang." Gadis itu kesal.

"Honeymoon? Sorry dik. Adik salah sangka ni. Dia ni bukan suami akak. Kitorang cuma kawan je." Fazira cuba berterus terang.

"Yeke? Nampak macam suami isteri pulak. Tak pun, akak dengan abang ni couple?" Gadis itu pincingkan mata.

Miss SurpriseWhere stories live. Discover now