Bab 26

1.7K 105 2
                                    

LENSA sudah pun diset supaya kecerahan dan kesemua elemen di dalam kamera nampak cantik apabila diabadikan pemandangan yang diacukan.

Fazira memilih pakaian yang selesa. Baju kemeja dan di luarnya blazer serta seluar slack yang berwarna sama seperti blazer. Bawal yang hanya dikemaskan dan dikatkan di belakang. Wajahnya hanya disolek dengan minimum memandangkan wajahnya sudah pun elok dipandang mata.

Fazira berdiri berlatarkan backdrop yang dipasangkan. Dihadapannya mempunyai cermin supaya dia boleh bersedia dengan keadaan posing.

"Cik Fazira, boleh buat gaya macam wanita bekerjaya. Nampak macam elegan." Kata jurugambar itu.

Pelbagai gaya yang dibuat. Ada senyum, serius, marah, selamba dan semestinya postur badan Fazira memang seperti orang yang berjaya. Sekejap kekiri, sekejap kekanan, sekejap jalan ke depan, sekejap pusing ke tepi. Berapa banyak gaya lagi aku nak kena ambik?

"Okey, touch up!" Jerit jurugambar itu.

Compact powder dibuka lalu disolek di bahagian yang tertentu. Ieka mendekati dia. Dengan kertas yang diselak, memang ada sesuatu lagi yang kena buat.

"Lepas ni, kita nak shoot video untuk kita post dekat IG kitorang. Cik Fazira cuma duduk di hadapan kamera dan jawab soalan saya. Boleh ke?" Tanya Ieka untuk mendapatkan kepastian.

"Boleh. So, maknanya saya kena duduk depan sorang je?"

"Yup. Saya tanya soalan di belakang kamera." Ieka hanya tersenyum. Kemudian, dia pergi ke tempat lain untuk mengambil kerusi.

Fazira duduk di kerusi yang diletakkan oleh Ieka. Kedudukan Fazira betul-betul berada di depan kamera. Hatinya berdebar. Tak pernah dia buat kerja-kerja macam ni.

"Ready, action!" Jerit jurugambar seraya menepuk tangan tanda sudah bermula.

"Macam mana Cik Fazira mulakan business ini?" Tanya Ieka.

"Permulaan yang agak mencabar, orang tak tahu apa yang perkhidmatan kami sediakan. Jadi, kami cuba untuk memahami apa yang masyarakat nak dengan harga yang sepatutnya."

"Macam mana Cik Fazira dan team uruskan majlis yang begitu grand?"

"Dengan pertolongan rakan sekerja yang mempunyai pengalaman, kami menyelesaikan sama-sama. Tak semestinya idea itu datang dari saya sendiri. Staff saya pun ada idea yang lagi best dari saya."

"Cabaran yang ditempuh oleh Cik Fazira?"

"Banyak. Setiap apa yang kita lakukan tu mesti ada cabaran yang kita kena lalui. Antara yang saya lalui ialah tiada satu klien pun yang percaya kami semasa kami baru buka. Masa tu, rasa nak give up pun ada. Tapi bila kita cekalkan hati kita, kita boleh buat."

"Okey, soalan tetakhir daripada saya, bertemakan girl power with love, apa maksud cinta bagi Cik Fazira?"

Tatkala itu, Fazira rasa tersentak. Otaknya berhenti terfikir. Soalan yang paling dibenci selepas peristiwa itu berlaku.

"Cinta? Semua orang mampu menyebut apa maksud cinta dari apa yang dirasainya. Bagi saya, cinta tidak mempunyai maksud yang spesifik. Cinta tidak mempunyai pendirian. Cinta hanya tidak boleh diungkap. Cinta hanya boleh diungkap melalui rasa. Rasa yang begitu indah." Jawab Fazira.

Memang apa yang disebut keluar dari hatinya sendiri. Keluhnya dilepaskan dengan kasar. Perkara itu menjelma dihadapan matanya. Ah, tak sukanya.

"Cut!" Jerit jurugambar itu menandakan sudah habis sesi pengambaran.

Miss SurpriseWhere stories live. Discover now