Bab 17

2K 102 2
                                    

BAGASI hitam ditarik keluar dari rumah. Dia mula mengunci pintu pagar sebelum masuk lif.

Masuk sahaja lif, dia lupa telefon pintarnya di iPad di atas meja sebelah katil. Jadi, dia perlu mengambil supaya senang untuk mengurus majlis kecil yang bakal dibina bersama Fazira.

Dia mengambil iPadnya. Setelah itu, dia mengunci kembali pintu pagarnya. Dia berpaling arah. Elena berada dihadapannya. Dia terkejut.

"You nak fly pergi mana?" Elena menyoal bagaikan tiada apa-apa berlaku.

"None of your business." Farhan memakai balik kasutnya.

Farhan mula menapak ke lif. Elena mengejar Farhan. Dia menarik lengan Farhan.

"Apa kena dengan you ni?" Kulit dan kulit bersentuhan, Farhan berkeras melepaskan tangan Elena.

"Apa masalah you? I bukan suami you lagi tau. So, bukan hak you untuk main sentuh orang macam ni!" Farhan mula baran.

"I cuma nak ajak you pergi rumah aunty je. Aunty suruh I jemput you." Elena mula menunduk.

"El, you tak nampak ke I pakai uniform apa? You tak faham ke? And one more thing, you fikir I ni budak kecil yang nak kena bawak jumpa umi I sendiri. Please lah, tolong jangan buat I macam ni. You ada akal, tolong guna akal you. I ada kerja." Farhan mengeluh. Tak faham dia dengan Elena ni.

"I cuma buat apa yang aunty suruh je." Ujar Elena.

"Then, you dah nampakkan yang I ada hal?" Farhan masuk ke dalam lif.

Elena menekan butang anak panah ke atas supaya menahan pintu lif.

"Farhan, kenapa you layan I macam ni?" Soal Elena.

"You dah tahu sebab kenapa, and why are you always ask me the same question?"

"Sebab I nak tahu."

"Dahlah Elena. I malas nak layan you. You baliklah." Elena melepaskan dari menekan butang di dinding lif.

Hesy, semaknyalah dia ni!

PENING kepala Fazira dibuatnya. Pelbagai kerja mahu dibuat bagi merialisasikan acara yang Farhan mahukan. Lokasi, restoran, perempuan dan sebagainya. Stres!

Dia menyelak beberapa helai kertas yang tercetak muka dan biodata gadis yang Farhan mahukan. Sekarang, Farhan perlu memilih sahaja.

Melihat semua wajah gadis ini, dia rasa dia lagi cantik. Tak tahu kenapa. Tiba-tiba rasa macam tu. Fazira masuk bakul tolak sendiri.

Telefon pintarnya diambil untuk membuat panggilan Farhan. Seketika saat kemudian, suara Farhan dihujung talian.

"Hello?"

"Ya, ada apa Faz?" Farhan bersuara.

"I dah ada pilihan gadis you ni. You datang office I untuk proceed." Arah Fazira.

"Sekarang tak boleh."

"Takkan Sam tak bagi keluar sekejap. Cakap je yang you nak jumpa I." Fazira pelik. Sam bukan begitu orangnya. Dia kasi stafnya untuk berurusan di luar pada waktu kerja. Janji kerja siap.

"Sekarang ni, I ada dekat Filipina." Suaranya di hujung talian.

"Jauhnya. You buat apa dekat sana?"

"I rasa better kita guna facetime. Susahlah macam ni. Okey?" Farhan mematikan panggilannya.

Fazira mula mendirikan iPhone bersandarkan komputer PC di belakangnya. Kertas yang tadi dikumpul dan diletakkan setempat.

Miss SurpriseWhere stories live. Discover now