bab 15

50 11 0
                                    

Paradise Palace, Westland

DERAPAN but kedengaran bergema di ruangan suram itu ketika Gulai mendekati tangga yang menghubungkan tingkat atas istana. Satu persatu anak tangga berkarpet merah didaki dalam keadaan tenang. Normanya berkalih kepada potret-potret lelaki dan wanita yang digantung pada dinding bersebelahan tangga. Sangat bergaya dan berpakaian indah seperti golongan bangsawan. Entah siapa di dalam potret itu pun dia tidak kenal. Barangkali ahli keluarga gabenor terdahulu yang menetap di istana ini.

Seseorang yang berdiri pada puncak tangga sedikit sebanyak mengejutkan Gulai ketika berkalih melihat hadapan. Langkahnya terhenti sambil terdongak. Cuba mengenal-pasti identiti individu di hadapannya.

"Mahu jumpa Tuan Pablord?" soal individu tersebut yang merupakan lelaki. Berpakaian seperti seorang butler. Segak dengan kemeja putih yang dipadan kot hitam dan bow tie merah serta seluar hitam. Kasut kulit hitamnya berkilat disapa simbahan cahaya malap.

Gulai mengiakan pertanyaan tersebut tanpa bergerak walau seinci.

"Tuan Pablord tidak mahu bertemu sesiapa buat masa ini," tutur si butler lagi.

"Kenapa?"

"Dia sedang melayan tetamu yang melawatnya dari jauh. Saya harap Encik Gulai boleh menunggu sehingga sesi pertemuan mereka selesai,"

"Baiklah. Aku tunggu di bawah sahaja," balas Gulai lalu turun semula ke bawah bagi menanti peluangnya bertemu Pablord.

..

Kota Celikjaya

EMPAT individu berjubah hitam dengan lambang serigala pada bahagian kanan jubah memasuki sebuah kafe. Lalu menghuni sebuah meja dengan wajah penat. Masing-masing tersandar pada kerusi dan melentok kepala di atas meja.

"Ahh penatnya. Mana Lisa ni, Ratna nak balik rumah. Nak tidur. Ngantuk," tutur Ratna dengan kepala dilentokkan pada meja. Matanya terpejam rapat.

Vempye menompang dagu dengan sebelah tangan sambil menguap. Langsung menutup kelopak mata.

"Apa je informasi korang dapat hari ni?" soal Asan yang menyandar dengan kepala terlentok ke belakang.

"Banyak. Tapi tak berguna," balas Maria yang berjubah namun mempamerkan belahan dadanya.

"Sama, sama. Diorang ada nampak kapten keluar dari kota dua hari lepas, tapi tak tahu tujuan kapten ke mana. Hmmm Ratna penat. Nak balik," celah Ratna dengan nada malas.

"Sabar Ratna. Kita tunggu Lisa datang, baru balik," tutur Maria sambil membelai rambut Ratna yang tetap terlentok di meja. Gadis itu hanya membiarkan belaian yang penuh kasih sayang berterusan.

"Itupun kalau kita boleh balik." Vempye bersuara lemah.

Ratna langsung menaikkan kepala dengan riak terkejut. Melihat Vempye yang masih memejam mata sambil menompang sebelah kepala. "Kenapa kita tak boleh balik?" soal Ratna.

"Lisa dapat informasi berguna. Ada kemungkinan yang kita akan teruskan pencarian," jawab Asan bagi pihak Vempye.

"Alahhh. Ratna dah penat." Sekali lagi remaja itu terlentok pada meja. Semangat juangnya seakan terpadam.

Maria merapatkan kedudukan dengan Ratna lalu turut melentok kepala berhadapan wajah gadis berambut hijau itu. Normanya membelek wajah Ratna yang sentiasa riang untuk seketika waktu.

"Ratna sayang kapten tak?" soal Maria tiba-tiba.

Ratna bingkas mengangguk laju.

"Kak Maria pun sayang kapten. Jadi, mari kita cari kapten sampai jumpa. Lepas itu baru balik rumah," pujuk Maria sekaligus memberi semangat untuk gadis itu.

Hikayat Sang Pelindung: Perang TitantuaWhere stories live. Discover now