'001

44 2 0
                                    

   "Cempaka anak mak.." sayu suara Mak Cik Melur memanggil anaknya.

   "Ye mak?" sahut Iris Cempaka.

   Walaupun Iris Cempaka baru berusia 11 tahun pada waktu itu, dia tidak seperti kanak-kanak biasa yang suka bermain di luar rumah.

   Dia dibesarkan dalam sebuah keluarga Melayu yang penyayang dan dia diajarkan nilai-nilai murni dan sifat sopan santun.

   "Mak nak tanya ni, kalau satu hari nanti mak dah takde.." belum sempat Mak Cik Melur menyambung ayatnya, anak tunggal kesayangannya itu memotong.

   "Mak dah janji dengan Cempaka yang mak takkan tinggalkan Cempaka macam ayah tinggalkan kita!", gugur air mata Iris Cempaka mengenangkan ayah kesayangannya.

   Ayahnya telah tiada di dunia ini. Ayahnya telah gugur di medan perang ketika Jepun menjajah Tanah Melayu. Tinggallah Mak Cik Melur dan anak perempuannya berdua sahaja.

   Untungnya keluarga mereka memang ada satu kebun yang diusahakan secara turun temurun, kalau tidak memang susahlah hidup anak beranak tersebut.

   Mak Cik Melur yang ingin bertanya soalan tadi terdiam dan terus memujuk Cempaka.

   "Mak minta maaf Cempaka, mak janji lepas ni mak takkan cakap lagi benda macam ni." kata Mak Cik Melur sambil memeluk erat anaknya itu.

   Siapa sangka ayat yang ingin dikatakan oleh Mak Cik Melur merupakan satu tanda menunjukkan bahawa dia bakal pergi tidak lama lagi.

---------------------------------------------------------

- 12 tahun kemudian -

   Seperti hari-hari biasa, setiap pagi Cempaka akan memeriksa peralatan kesihatan kepunyaannya yang bakal digunakan ke atas pesakit yang memerlukan rawatan.

   Cempaka merupakan seorang "combat medic" ataupun yang digelar sebagai doktor oleh orang awam.

   Pertolongan orang-orang seperti Iris Cempaka sangat diperlukan terutama ketika saat-saat genting seperti ini. Penjajahan telah berlaku dan peperangan antara Tanah Melayu dengan British telah tercetus.

   Tetapi ada sesuatu yang sangat mencurigakan tentang Iris Cempaka, dia merupakan seorang Melayu tetapi dia hanya merawat tentera British dan membiarkan tentera Melayu merintih kesakitan!

---------------------------------------------------------

#cerita ini hanyalah fiksyen semata dan sila abaikan timeline sejarah yang tidak tepat

#please vote ≥﹏≤

The Iris that He GaveWhere stories live. Discover now