'004

24 0 0
                                    

   "Umm..." teragak-agak Cempaka nak jawab pertanyaan Magnolia.

   "Tak percaya ke saya cakap bahasa Melayu? Jangan la macam tu, penat tau saya belajar bahasa ni.. Nak merajuk lah."

   Aduhai nak merajuk pulak perempuan ni -_-#

   "Eh mesti awak hairan kan, kenapa saya ada kat sini. Takpa jangan takut, memang saya dari pasukan tentera Britain tapi saya tak bahaya tau." kata Magnolia dengan penuh yakin.

   "Bila masa aku anggap kau ni bahaya?" fikir Cempaka.

   "Alah.. Bosan la awak ni. Kenapa tak respon?" keluh Magnolia.

   "Umm.. Mana ahli pasukan awak yang lain?" tanya Cempaka dengan bersahaja untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih janggal.

Riak wajah Magnolia terus berubah.

   "Eh, jom pergi rumah saya. Saya lapar lah, nak makan. Saya tau yang awak pun lapar kan." pelawa Magnolia.

   "Ah sesuai lah, aku pun lapar ni." fikir Cempaka.

---------------------------------------------------------

   "Wow, awak ada rumah sendiri? Saya fikir pasukan tentera tinggal dalam kem" kata Cempaka yang kagum melihat reka bentuk dalaman rumah Magnolia.

   Rumah Magnolia memang lengkap dengan segala keperluan dan perhiasan yang ada di dalam rumah seorang Melayu.

   Magnolia yang sedang menyediakan barang keperluan untuk memasak hanya tersenyum dan membiarkan Cempaka meneroka rumahnya.

   "Haa, lupa nak tanya tadi. Nama awak siapa?" tanya Magnolia yang tengah menghiris sayur di dapur.

   "Oh, nama saya Iris Cempaka." mendengar nama Cempaka tadi membuatkan Magnolia terus berpaling dan berkata "Eh, maksud nama kita sama lah!"

   Dalam bahasa Inggeris, Magnolia mempunyai maksud yang sama dengan Cempaka iaitu sejenis bunga berwarna putih.

   "Wah yeke? Tak sangka eh maksud nama kita sama.. Umm.. Hey, awak boleh tak ajar saya bahasa Inggeris? Dan lagi satu, boleh tak saya nak tinggal sekejap kat rumah awak?" tanya Cempaka teragak-agak.

   "Saya boleh ajar awak bahasa Inggeris tapi kenapa awak nak tinggal sini?" tanya Magnolia penuh tanda tanya.

   Cempaka hanya terdiam. "Ceritakan semua perkara yang perlu saya tahu, barulah saya pertimbangkan." arah Magnolia.

   "Macam ni..."

–——————–––——————————

   "Ya ampun! Mak cik jenis apa tu?! B****nya tak dibuat-buat. Asli sungguh!" puas Magnolia menyumpah Mak Cik Kemboja.

   Cempaka yang dari tadi memerhati tingkah laku Magnolia hanya tertawa kecil. "Macam budak kecik orang depan aku ni. Aku sendiri tak pernah menyumpah seteruk ni 😂"

   Setelah puas menyumpah, Magnolia kembali tenang. Tetapi setelah terlihat kesan lebam di tangan Cempaka akibat didera oleh mak ciknya, dia kembali menyumpah.

   "Aku sumpah hidup perempuan tu takkan aman! Sampai hati dia buat awak macam ni Cempaka. Takpa, saya sebagai seorang combat medic akan rawat dan ajar awak semua yang saya tau pasal perubatan."

   Cempaka hanya mengangguk dan tersenyum. "Mak.. Ayah.. Masih ada orang yang kisah pasal Cempaka." bisik Cempaka dalam hatinya.

---------------------------------------------------------

#sakit kepala aku fikir storyline 😂

#pls vote (¯口¯)

The Iris that He GaveWhere stories live. Discover now