'005

27 3 0
                                    

   Setelah beberapa bulan tinggal bersama, barulah Cempaka tahu yang sebenarnya Magnolia telah ditinggalkan oleh ahli pasukannya.

   Dia ditinggalkan di Tanah Melayu kerana Magnolia tidak bersetuju untuk menyertai pasukannya untuk menjajah tanah ini.

   Magnolia menyangka bahawa tujuan mereka datang adalah untuk meluaskan ilmu perubatan mereka dan membantu orang yang dalam kesusahan.

   Tetapi perkara yang sebaliknya pula terjadi. Magnolia tidak berpuas hati akan tindakan pasukannya dan arahan dari pihak atasan.

   Oleh sebab itulah, Magnolia berhasrat untuk melindungi tanah ini walaupun hanya berbekalkan kekuatan seorang combat medic "biasa".

   Eh.. Magnolia bukan seorang yang biasa. Dia merupakan puteri sulung bagi kerajaan Britain pada masa itu.

   Tetapi sebab cintanya terhadap dunia perubatan yang sangat mendalam, dia berhasrat untuk menyertai Britain Combat Medic dan meluaskan ilmunya dalam bidang ini.

   Setelah mengetahui bahawa Magnolia merupakan seorang puteri, Cempaka terus melutut dan meminta maaf akan tingkah laku tidak sopan yang telah ditunjukkan olehnya.

   Magnolia hanya ketawa dan terus meminta Cempaka untuk berdiri serta meminta untuk perkara ini dirahsiakan.

---------------------------------------------------------

- 4 tahun kemudian -

   "Cempaka! Cepat ambil segala peralatan yang diperlukan! Dia dah kehilangan banyak darah!" arah Magnolia.

   Cempaka cepat-cepat mengambil segala alatan yang diperlukan dan terus duduk di samping Magnolia, menunggu arahan seterusnya.

   Lelaki ini cedera akibat terkena peluru di bahagian dadanya, mujur tembakan itu tidak mengenai bahagian yang boleh menyebabkan kematian.

   Keadaan ini berlaku disebabkan British kembali menjajah Tanah Melayu. Magnolia masih ingat akan janjinya dan dia melakukan apa yang terdaya olehnya untuk membantu tentera Melayu yang tercedera.

   Sedang mereka merawat tentera itu, tiba-tiba suatu suara menyapa mereka. Suara itu sangat dalam dan sesiapa sahaja boleh mengagak bahawa suara tersebut datang dari seorang lelaki.

   "Oh my dear. Look how pitiful you are Magnolia. Tsk, tsk, tsk.. Magnolia.. My beautiful Magnolia. Why did you end up like this?" nada yang digunakan oleh lelaki ini boleh membuat seorang itu berasa seram sejuk.

   "Oswald, what more do you want from me?" riak wajah Magnolia yang cemas tadi terus bertukar kepada kemarahan.

---------------------------------------------------------

   Oswald Sullivan. Dia merupakan sepupu dan bekas tunang Magnolia ketika dia masih tinggal di Britain.

   Memang adat bagi kerabat diraja Britain dan para bangsawan untuk menikahkan keturunan mereka dengan kerabat sendiri untuk memperkukuh kedudukan dan nama yang dimiliki.

   Berambut hitam, bermata tajam dan "jawline" yang mengancam, boleh membuatkan mana-mana gadis yang melihat Oswald menjerit bagai orang histeria. Tetapi tidak untuk Magnolia

   Magnolia meminta untuk memutuskan pertunangan mereka dan menyatakan bahawa dia masih ingin meneroka dunia dan tidak mahu diikat dengan perkara remeh seperti perkahwinan dan sebagainya.

   Memandangkan Magnolia merupakan satu-satunya puteri kerajaan itu, maka raja dan permaisuri hanya menurut sahaja permintaan puteri mereka.

   Oswald yang memang menyukai Magnolia sejak kecil, tidak berpuas hati akan keputusan ini.

   Dia sentiasa ada di mana Magnolia berada. Seperti seorang pengintip, semua tingkah laku Magnolia diperhati olehnya.

   Magnolia berasa tidak selesa dan ingin lari dari semua ini. Pada ketika itulah Magnolia terfikir untuk menyertai Britain Combat Medic dan pergi meninggalkan negaranya.

---------------------------------------------------------

#idk what to say.. Enjoy~

#pls vote ( ̄3 ̄)

*the imaginary image for Oswald Sullivan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*the imaginary image for Oswald Sullivan

The Iris that He GaveWhere stories live. Discover now