'002

37 1 0
                                    

   Memang nampak pelik di mata orang lain tetapi Cempaka mempunyai sebab yang kukuh kenapa dia buat macam tu.

   Walaupun luarannya nampak macam seorang 23 tahun yang biasa, tetapi dia dah rasa betapa pahitnya hidup.

   Selepas kematian Mak Cik Melur, segala harta peninggalan arwah yang diturunkan ke atas nama Cempaka telah diambil oleh Mak Cik Kemboja iaitu kakak kepada Mak Cik Melur.

   Cempaka terpaksa tinggal dengan mak cik nya itu selama 2 tahun sampai lah suatu hari..

---------------------------------------------------------

   "Aku dah tak tahan nak tinggal serumah dengan budak jijik ni. Abang, daftar lah nama budak ni kat rumah bantuan anak yatim. Saya dah tak tahan ni.." rungut Mak Cik Kemboja kepada suaminya.

   "Aku pun dah tak tahan nak jaga budak ni lagi, petang ni juga aku daftar nama dia." kata Pak Mail sambil menghempas meja.

   Pasangan suami isteri ini tidak menyukai Cempaka kerana ibu bapa Cempaka merupakan bekas kekasih mereka.

   Mereka masih tidak berpuas hati akan tindakan Pak Hasan iaitu bapa Melur untuk menikahkannya dengan kekasih hati Kemboja, 14 tahun yang lalu.

   Melur telah berusaha sedaya upaya memujuk Pak Hasan untuk membatalkan perkahwinannya dengan kekasih Kemboja tetapi malangnya Pak Hasan merupakan seorang yang degil.

   5 tahun setelah perkahwinan mereka, Mail dan Kemboja pula dikahwinkan. Tetapi pasangan ini tidak dikurniakan seorang cahaya mata.

   Tambahan pula ketika Pak Hasan menurunkan wasiat; rumah pusaka, emas dan geran tanah telah diberikan kepada Melur dan suaminya, manakala Kemboja dan Mail hanya diberikan 2 bidang tanah sahaja. Tentu sahaja dendam mereka semakin mendalam.

---------------------------------------------------------

   Petangnya, Cempaka dipindahkan ke rumah bantuan tersebut tetapi masalah lain yang timbul.

   Rumah bantuan tersebut tidak dapat menampung lebih banyak anak yatim kerana kekurangan tenaga kerja dan sumber makanan.

   Setelah berfikir sepintas lalu, Pak Mail dan Mak Cik Kemboja akhirnya memutuskan sesuatu.

   "Kau.. Aku tak nak kau tinggal dengan aku. Jadi aku rasa pilihan yang paling tepat ialah tinggalkan kau kat kaki lima. Pandai-pandai lah kau hidup sendiri. Hahahahaha.."

   Mak Cik Kemboja tidak mengetahui bahawa keputusannya itu merupakan satu penyesalan bagi dirinya.

---------------------------------------------------------

#amateur writing

#pls vote ≥﹏≤

The Iris that He GaveWhere stories live. Discover now