Bab 1

398 20 0
                                    

Kerusi yang diduduki Misya, patah dua. Misya jatuh ke bawah. Satu kelas mengejek Misya kerana ini sudah masuk kali ketiga kerusinya patah. Misya mahu menangis. Tetapi, dia menahan airmata nya jatuh. Gelak tawa kelas menyakitkan hatinya. Diorang plan lah ni!.

" HAHAHAHAHAHAH!. Patah lagi?!. Aduhai, Misya!. Kau patut kuruskan badan kau!" Kata Ahmad, ketua kelas tingkatan 4 Didik. Kawan-kawannya mengiyakan kata-kata Ahmad. Misya hendak bangun , tetapi, sekali lagi dia jatuh . Dia hilang imbangan.

HAHAHAHAHAHAH!

Misya bangun perlahan-lahan. Iskandar hanya melihat . Padan muka. Gemuk lagi. Siapa nak tolong kau?. Matanya fokus kepada Arina yang duduk di sebelahnya. Ini girlfriend aku. Arina Batrisya nama dia. Kerjanya melekat je lah dengan aku. Lama-lama rimas gak. Misya memandang Iskandar yang tersenyum manis kepada Arina. Kenapa kau tak senyum macam tu pada aku?.

Puan Aqilah, guru subjek Matematik masuk ke kelas. Dia hairan melihat kerusi Misya yang telah rongak.

" Hai, Misya?. Patah lagi?. Kamu ambil kerusi saya dekat bilik guru tingkat 3. Kalau kamu tak larat, kamu minta tolong dengan kawan kamu ya?" Satu kelas menggeleng kepala. Misya tahu tiada siapa sudi menolongnya.

" Biar lah Misya duduk atas lantai . Lagipun , tiada harapan kerusi cikgu nanti selamat daripada punggung sebesar gajah" Hati Misya ditusuk pisau. Kejam sungguh!. Ini takdir Tuhan. Aku tak boleh menyalahkan diri sendiri mengapa aku berbadan gempal. Puan Aqilah menghela nafas. Dia melihat Misya yang dihina kawan kelas.

" Misya, tidak mengapa. Misya ambil ya kerusi cikgu?. Ala, lagipun, dulu cikgu pun bulat seperti Misya" Kata-kata perangsang daripada seorang guru matematik. Misya terharu. Cikgu patut jadi guru motivasi. Bukan guru matematik.

***

Tercungap-cungap Misya menaiki tangga sampai ke tingkat 3. Ini baru tingkat 2. Ada 22 anak tangga lagi untuk ke atas. Misya berhenti seketika. Seorang jejaka berkemeja hitam,  menghentikan langkahnya, apabila ternampak Misya duduk di tangga.

" Adik buat apa dekat sini?. Tak masuk kelas kah?" Soal Irfan . Misya menoleh belakang. Siapa pulak lelaki ni?. Cikgu baru ?. Ada fail dipegang kemas oleh beliau. Confirm cikgu baru.

" Saya nak ambik kerusi dekat bilik guru . Kerusi saya patah" Irfan mengangguk. Memang patut patah . Tengoklah saiz badan dia. Macam Sherry Alhadad sebelum kurus.

" Nak saya tolong?. Kat mana bilik guru cikgu kamu?"

" Eh?. Tak apa lah, cikgu. Saya boleh ambik sendiri" Cikgu dia panggil aku?. Irfan tersengih-sengih . Misya hairan. Betul ke tak orang ni?. 

" Jom. Saya tolong kamu. Bagitau saya, tingkat berapa bilik cikgu kamu?" Misya menunjukkan 3 jari tangan kepada Irfan.

" 3?. Kebetulan, saya juga mahu ke sana" Mereka berdua sama-sama naik ke tingkat 3. Misya mengekori belakang Irfan.

Kerusi milik Puan Aqilah diangkut oleh Irfan kasihan jika membiarkan Misya mengangkat kerusi seberat ini ke tingkat bawah. Ditambah lagi dengan saiz badan dia macam tu.

" Eh, Tengku Irfan. Lama tak jumpa ?" Tegur Puan Marliah. Irfan menunduk hormat kepada Puan Marliah.

" Apa khabar . Saya datang ni nak jumpa dengan Shahrizal"

" Dia buat hal lagi ke?"

" Taklah , cikgu. Saya cuma nak bagitau dekat Shahrizal pasal mama dia. Mama dia jatuh sakit dekat luar negara " Misya mendengar perbualan antara 'cikgu' dengan Puan Marliah.

" Oh..... . Misya!. Ya Tuhan!. Kerusi patah lagi?" Kepala Misya dianggukkan. ' Patah lagi' ?. Apa maksud Puan Marliah?.

" Maksud Puan apa ?. Kerusi budak ni kenapa ?"

" Irfan, ni dah masuk 20 kali dalam setahun kerusi dia patah. Masa dia tingkatan 1 , dia tak segemuk macam ini" Luah Puan Marliah. Misya berkecil hati. Irfan dengar tanpa membalas.

  Irfan dan Misya keluar daripada bilik selepas habis berbual . Atau lebih tepat, kena bebel. Irfan kena tempiasnya sekali.

" Kasihan awak , dik. Saya tahu bagaimana perasaan orang macam adik"

" Terima kasihlah , cikgu. Cikgu Irfan dah buat saya malu depan cikgu Marliah!  "

" Eh marah ke?. Saya tak sengaja terdengar bebelan pasal kamu. Apa nama kamu eh?." Dia ingat aku cikgu . Tak apalah. Okey je.

" Sibuk!!"

 



Mawar putih untukmu. Where stories live. Discover now