Bab 13

236 15 3
                                    

Doktor Akmal merawat Arina dengan baik. Arina tidak melayan Doktor Akmal, sedangkan, ayah Arina beriya-iya mengahwinkan anak perempuannya bersama Doktor Akmal. Tekanan Arina stabil. Jantung juga normal. Sekarang, masa untuk makan ubat. Kadang-kadang tu kan, Arina main campak je ubat yang aku bagi. Dah terpaksa aku sumbat ubat tahan sakit, ke dalam mulutnya.

" Arina, makan ubat ni. Nanti awak tak sembuh " Arina diam. Muka Doktor Akmal langsung tidak dipandang. Semasa upacara membatalkan air sembahyang, hanya aku mencium dahi Arina. Arina pula, tidak menyalam tangan aku. Adakah kami masih boleh menyentuh antara satu sama lain?. Untuk selamat, aku mengelak kan diriku daripada tersentuh mana-mana tubuh Arina. Bagi Arina masa untuk menerima aku sebagai suaminya.

" Sayang dia . Meh, saya sikatkan rambut dia ya?" Macam budak-budak dah, aku bercakap dengan isteri sendiri. Huhuhu. Rambut Arina yang panjang disikat rapi . Kemudian, ditocangkan . Reben berwarna merah diikat pada penghujung ikatan tocang. Barulah nampak cantik.

" Cantiknya dia . Lepas ni kita mandi okey? " Doktor Akmal mencapai tuala milik Arina. Arina masih duduk atas katil tanpa bergerak. Doktor Akmal senyum kepada Arina. Nak pujuk kenalah lemah-lembut. Nanti dia mengamuk susah kita wak.

" Arina..., jom. Kita mandi ?" Tangan Arina perlahan-lahan dicapai oleh Doktor Akmal. Arina tidak melawan untuk ke bilik mandi bersama. Pheww!. Mujur tak amuk. Bukan haram pun mandi bersama. Dapat pahala lagi. Alangkah indahnya perkahwinan yang diaturkan oleh Allah untuk aku.

***

" Abang..., abang marah ke?" Misya menoleh sebelah. Muka Irfan tegang. Takutnya kita!. Irfan fokus ke arah pemanduan. Dalam hati, mahu saja amuk dekat Shahrizal, bekas kawan sekolah!.

" Abang..."  Misya merengek . Tangan Irfan dipegang oleh Misya. Irfan menarik kembali tangannya. Muka dia masih tegang. Misya mati akal. Aduh..., susah juga kahwin dengan orang kuat cemburu.

" Abang, Misya sayang abang sorang saja. Abang juga yang salah. Kenapa tak cakap Shahrizal tu bekas kawan sekolah abang?.  Misya  tak tahu Shahrizal..." Kereta dibrek secara mengejut. Sikit lagi Misya terhumban ke papan muka kereta. Nasib dia dah pakai tali pinggang. Kalau tak,  mahu masuk hospital Misya!.

" Kau jangan sebut nama dia depan aku!!!. Faham?!!" Marah Irfan. Misya kecut perut.

" Aku dah cakap kat kau, kalau klien lelaki, kau tak boleh pergi jumpa!!!. Aku majikan kau!!!"

" Abang!. Kenapa abang marah sangat?!. Misya tahu hukum-hakam Islam !. Ini soal kerja , Abang!" Misya tidak mahu dipijak-pijak oleh Irfan. Dia perlu mempertahankan dirinya sebagai seorang perempuan.

" Kalau aku tak ke sana tadi, mesti kau tergoda dengan dia jugak kan?!!!" Irfan meneruskan pemanduan. Emosinya masih memuncak.

" Abang..., apa gunanya Misya kahwin dengan abang, sedangkan, ramai lagi lelaki lain yang boleh Misya kahwini!" Hati Irfan bagai ditusuk pisau.

" Maksudnya, kau memang tak naklah kahwin dengan aku pada awalnya?. Macam tu?" Ya Allah !. Kenapa dengan aku?. Kenapa emosi aku mudah merajuk?. Apa pasal aku pergi cakap 'ramai lelaki lain yang boleh dikahwini' ?. Kan dah kena.

" Tak!. Tu bukan maksud Misya . Abang..." Muka Irfan bertambah serius. Irfan menghalau Misya keluar daripada kereta.

" Kau keluar daripada kereta aku sebelum aku meletup !!!. Keluar!!!" Misya mengambil beg tangan. Air mata dia hampir menitis jatuh. Sanggup kau buat begini kepada aku?. Pintu kereta dibuka. Misya keluar daripada perut kereta lalu menghempas pintu sekuat-kuatnya. Biar keretanya pecah ke calar ke!. Ada aku peduli?!. Kereta Honda city melepasi Misya yang sudah berada diluar. Misya ditinggalkan terkontang-kanting di tepi jalan. Nak naik apa balik?. Bateri handphone dah tinggal 30 peratus. Karang bukak aplikasi Grab, bateri kena makan!.

" Arh!. Jalan je lah. Kut-kut ada teksi ke " Misya teruskan berjalan. 20 minit kemudian, dia dah sampai ke bandar. Lenguh kaki ni dik!.

" Alah..., teksi tak ada lah pula" Kepala Misya digaru . Eh, itu Iskandar dengan Fifi!. Iskandar membawa Fifi ke kedai mainan. Kelihatan mereka baru keluar daripada kedai tersebut. Misya mahu ke arah mereka berdua. Dia tak pandang kiri dan kanan sebelum melintas.

" Fifi!, Iskandar !!!" Misya dilanggar oleh kereta sebelum sampai ke tempat Iskandar. Iskandar menoleh belakang. Ada orang panggil aku ke?. Perasaan aku mungkin.

" Kenapa Pak Su?"

" Nana ada dengar orang panggil nama pak Su tak?" Nadhira menggeleng. Betul agaknya. Perasaan aku saja.

Mawar putih untukmu. Where stories live. Discover now