Bab 18 ( Akhir )

333 14 1
                                    

Irfan duduk termangu bersebelahan pusara Misya. Nur Misya Abdullah , gugurnya dirimu ketika mahu menyelamatkan anak kita, Tengku Nadhirah Afiana Binti Tengku Irfan. Sayang, Nadhira menangis teresak-esak pabila, sayang menghembuskan nafasmu yang terakhir di sisinya. Abang pula, menyesal kerana sering menuduh mu yang bukan-bukan. Tengku Shahrizal adik kandung abang. Dia telah bekerjasama dengan Encik Azmi, iaitu ayah kandungmu untuk melihat abang derita. Maafkan abang..., Misya. Abang tahu Misya menyukai adik abang, Tengku Iskandar. Tetapi, Iskandar pula sebaliknya. Sayang mesti nak tahu. Macam mana abang boleh  jatuh cinta pada sayang, semasa kali pertama kita bertemu.

Ingat tak?. Abang terjumpa dengan sayang dekat tangga sekolah. Walaupun sayang berbadan gempal seperti Sherry Alhadad, sayang memiliki senyuman paling menawan. Karenah mu membuatkan abang tergila-gilakan sayang. Selepas 5 tahun, sayang sudah berubah menjadi gadis yang menawan. Terkejut abang. Heheheh. Lantas , abang meminang Misya, seterusnya menjadikan Misya sebagai isteri serta mama kepada Nadhira. Namun sayang. Misya.  hanya tinggal kenangan di hati abang.

" Bersabarlah, Irfan. Misya tengah tunggu di Syurga" Pujuk Puan Suryati. Dia menepuk belakang badan menantunya . Encik Abdullah menyiram kubur Misya dengan air bunga. Semoga tenang, anakku. Nadhira tidak menangis langsung sepanjang pengebumian mamanya. Pelik. Aku sebagai papa dia, boleh menjatuhkan air mata untuk seorang isteri . Budak sekecil Nadhirah biasa takut, menangis meraung-raung. Ni rilek je.

" Fifi, Fifi tak nangis?"

" Kenapa Fifi nak menangis?. Setiap manusia akan merasai kematian , papa" Irfan bangga dengan didikan Misya kepada Nadhira. Didikan agama cukup segala. Iskandar baru tiba bersama Doktor Akmal. Mereka baru pulang daripada penjara  melawat Encik Azmi dan Shahrizal. Mereka berdua ditahan kerana membunuh. Shahrizal ditahan sebab, dia berkomplot mengugut Irfan, sehingga Irfan dan Iskandar tidak boleh hidup dengan aman.

" Takziah, Irfan" Doktor Akmal mencangkung sebelah Irfan . Wajah Irfan sugul.

" Abang, ni untuk abang " Iskandar memberi sebakul mawar putih yang indah, dihiasi patung teddy bear serta gambar dia, Misya dan Nadhira untuk Irfan.

" Misya..., maksud saya Kak Misya buat ni untuk abang. Kata Mak cik Suryati, dia buat masa dekat hospital. Kebetulan ada kedai bunga di sana. Tu Misya borong untuk buat gubahan ni. Sorry. Misya buat untuk  kejutan "

" Irfan nak tahu maksud mawar putih ?" Soal Doktor Akmal.

" Apa dia?"

" Cinta abadi kekal sehingga Jannah. Itulah ayat-ayat cinta untuk kau, Irfan. Misya harap, perkahwinan dia dengan kau, berkekalan sampai hujung nyawa dia serta Syurga Allah" Misya..., Misya juga mencintai abang...., Misya tunggu abang ?.

Baiklah..., Misya akan tunggu Tengku Irfan di sini. Iaitu, di mahligai cinta kita di Syurga . Roh Misya senyum melihat serta mendengar ikrar hati Irfan . I love you , abang.

TAMAT

Mawar putih untukmu. Where stories live. Discover now