Bab 12

267 14 0
                                    

Kediaman Arina...

Arina duduk termenung di tepi katil. Rambutnya kusut masai. Seolah-olah, sudah tiga hari tak mandi. Emosinya tidak begitu stabil, semenjak akhir-akhir ini. Apa puncanya?. Rindukan Tengku Iskandar?. Atau, anaknya yang telah meninggal dunia itu?. Arina berteriak seperti orang kurang waras. Bapanya amat risau akan Arina. Arina..., ayah sedih melihat kamu sebegini .

" Rina..., kamu sihat nak?"

" Ayah!. Rina mahu anak Rina!. Mana anak Rina?!"

" Anak Rina dah tak ada. Dia dah lama tinggalkan kita semua. Iskandar juga Arina dah ceraikan. Ingat tak?"

" Tak!. Arina tak percaya saya buat macam tu pada boyfriend sendiri!" Ingatan Arina mampu ingat semasa dia bersekolah menengah. Namun, memorinya semasa Arina melahirkan anak, hilang .

" Ayah!. Mana Iskandar?!. Misya dah rampas dia kan?!"

" Iskandar tak ada di sini. Arina sendiri ceraikan dia. Misya kawan kamu pun, dah berhijrah ke Jepun"

" Hahahahah!. Ayah tipu!. La, lah, lah, ayah tipu!. Hahahahah!" Arina ketawa . Bukan ketawa biasa. Ayah Arina memanggil Doktor Akmal, iaitu, doktor psikologi. Hasil pemeriksaan Doktor Akmal, Arina mengalami kemurungan serta penyakit melankolik. Untuk menyembuhkan Arina, dia perlu dibawa berjumpa dengan suaminya. Mungkin dia boleh sembuh. Ayah Arina tidak begitu setuju dengan cadangan doktor .

" Doktor biar betul?. Saya dah tak izinkan anak saya jumpa dengan Iskandar !. Kerana dia, anak aku keguguran!"

" Sabar , pakcik. Tak ada pilihan selain bawa dia jumpa dengan suami dia"

" Huh!"

" Kenapa pak cik benci sangat dengan suami Puan Arina?" Tiada jawapan. Doktor Akmal mengemas barang-barangnya. Penat nak tunggu.

" Doktor !" Doktor Akmal berdiri tegak macam askar, bila disergah oleh Ayah Arina.

" Kenapa pak cik?. Ada masalah ke?" Mungkin masalah ni akan selesai bila aku buat perkara ini.

" Doktor..., boleh tak doktor saja gantikan tempat Iskandar, maksud aku, suami Arina?" Doktor Akmal  terdiam. Suami?. Kening kanannya terangkat .

" Tapi, ini menyalahi undang-undang agama Islam "

" Mereka dah bercerai. Arina juga telah habis iddah"

" Bagi saya fikir dulu ya pak cik?"

" Pak cik nak kamu jaga anak pak cik" Bersungguh-sungguh Ayah Arina merayu kepada Doktor Akmal. Kesian pulak aku tengok. Usianya dalam lingkungan 63 barangkali. Puan Arina pula, dalam keadaan tidak sihat. Mesti sukar untuk menjaga makan dan minumnya.

" Baiklah. Saya janji akan menjaganya. Tapi, saya tak jamin akan cintakan dia sebagai isteri. Buat masa sekarang, saya layan dia sebagai pesakit saja" Ayah Arina mengangguk.

***

Nadhira bermain anak patung Barbie . Dia menunggu mama Misya. Papa?. Sibuk bekerja. Pak Su Iskandar ?. Mengelamun memikirkan Mak Su Arina. Iskandar ditugaskan untuk menjaga Nadhira dirumah, sementara menunggu abang nya pulang .

" Pak Su, mama dan papa tak balik lagi ke?"

" Belum, sayang. Mama jumpa kawan" Hati Iskandar risau. Dia kakak ipar kau sekarang !. Mahu kena bunuh dengan Irfan!.

" Pak Su, jom kita main anak patung?. Nana jadi mama, pak Su jadi papa. Cerita dia , seorang isteri bercerai dengan suaminya kerana dia keguguran" Iskandar tersentap.  Anak buahnya yang berusia 5  tahun juga, sudah pandai mengeluarkan perkataan ' cerai' .

" Nana belajar perkataan cerai daripada siapa?"

" Daripada pak Su lah. Mak Su cakap kat pak Su , dia nak cerai kan pak Su kan?" Iskandar sentap lagi. Allahuakbar!. Anak buah aku nampak kah ketika Arina meminta cerai daripada aku?.

***

" Maaf sebab saya lambat , Cik Misya" Shahrizal, klien Misya daripada syarikat Bintang Purnama. Misya memberikan senyuman kepada Shahrizal. Elok muka dia!. Macam Raja Atiq dalam cerita Nur tu!. Namun, ini versi 23 tahun . Tak lambat pun. Sekejap je. Dalam hati, menyumpah-menyumpah tuan punya badan!.

" Tak mengapa. Saya baru tunggu 1 saat " Lawak hambar. Shahrizal ketawa. Eleh, tu pun nak ketawa?.

" Cik Misya dah kahwin??. Kalau belum, ada peluang tak saya untuk mencuri hati cik Misya?" Amboi!. Gatal nya!. Kita baru jumpa tak sampai beberapa saat , dia mula menggayat!.

" Maaf, encik. Kita berjumpa atas urusan kerja " Misya membetulkan cermin matanya yang hampir melorot ke bawah.

" Cik Misya ..." Shahrizal memegang tangan Misya. Misya terjerit. What is this?!.

" Hei!. Apa kau buat ni?!" Shahrizal tidak mahu melepaskan tangan Misya. Tergoda dah dengan raut wajah Misya.  Muka Shahrizal kena sebijik oleh Irfan.


" Maaf ya?. Dia isteri aku" Irfan?!.

" Irfan?!. Ni isteri kau?!" Shahrizal tidak percaya . Irfan mengurut-ngurut tangannya yang kebas. Besi ke apa muka Shahrizal?.

" Are you okay, darling?"

" Err..., yes?" Irfan dan Shahrizal saling berpandangan. Dendam hati Shahrizal membara kembali.


Mawar putih untukmu. Where stories live. Discover now