Bab 15

226 15 0
                                    

" Terima kasih , Doktor..." Doktor Akmal senyum kepada Misya. Kecederaan Misya tak parah mana. Setakat kena siku je. Alah , tu tak teruk sangat.

" Lain kali, nak melintas tu tengok kiri kanan. Jangan main taram. Tengok, cedera tangan cik " Ni salah orang yang panggil ambulans lah. Misya tersengih. Malu gila bila ada orang panggil ambulans . Aku dipaksa naik. Paramedik pun satu. Ambil pengusung semua. Dah aku menutup muka sepanjang aku diangkat masuk ke dalam ambulans.

" Saya tak kena tahan wad kan?" Ketawa Doktor Akmal pecah. Hahahaha!!.

" Doktor !!!. Saya tanya ni!" Doktor ketawa sampai keluar air mata. Dia mengesat baki air mata yang tersisa di tubir mata. Sakit perut aku !.

" Lah, cik cedera ringan je. Cik nak duduk hospital ni ke?" Misya menggeleng. Gila ke apa?. Aku sihat!. Mahu tumbuk-tumbuk jugak doktor sengal ni.

" Cik dah boleh balik"

" Nasib baik. Kalau tak, saya ngap doktor " Misya bangun daripada katil hospital. Beg tangan diambil daripada meja, yang terletak bersebelahan Misya. Eh, kenapa luar gelap?. Aku dah matikah?. Dia melirik jam tangan . Pukul 7.45 malam!!!. Doktor Akmal menawarkan dirinya , untuk  menghantar Misya ke rumah.

" Apa kata saya hantar cik balik?. Rumah cik dekat mana?"

" Terima kasih saja . Ermmm, rumah saya di Bukit Antarabangsa lah. Jauh daripada hospital"

" Ouh, cik duduk kawasan situ?. Kawan saya pun tinggal di Bukit Antarabangsa"

" Laa, ya ke?. Heheheh. Tak sangka kan?"

" Rumah siapa ?. Rumah cik ?"

" Taklah . Rumah suami. Nama suami saya Tengku Irfan " Mata Doktor Akmal terbutang. Dia isteri Tengku Irfan?. Isteri kepada kawan Doktor Akmal?. Fuh, mujur tak mengorat. Kau dah kahwin, Akmal!. Ingat bini di rumah!. Astaghfirullah!.

***

Tengku Irfan dan Tengku Iskandar diam membisu . Macam dalam mahkamah pula . Mata Puan Suryati tajam memandang Tengku Irfan. Mana Misya?!. Sudah pukul 8.00 !. Anak dara aku tak pernah balik lewat !. Encik Abdullah tidak mempedulikan Irfan, Iskandar serta isterinya. Sebab, dia tengah sibuk melayan cucu comelnya.

" Datuk, Mama tak balik lagi?"

" Belum. Mama ada kerja "

" Kenapa semua orang jawab benda sama?. Mama asyik kerja, kerja , kerja !. Fifi nak mama!" Nadhira mula merengek . Encik Abdullah gagah memegang Nadhira daripada terlepas daripada pelukkanya. Tenaga orang tua , mana boleh dibandingkan dengan tenaga Nadhirah. Bunyi deruan enjin kedengaran di luar rumah. Semua berebut keluar untuk melihat kereta mana sudi datang pada malam-malam sebegini. Irfan terkejut beruk. Akmal?!.

" Assalamualaikum " Nadhira berlari -lari ke arah Misya .

" Mama!" Misya memeluk anak tirinya . Akmal bersalaman dengan Encik Abdullah, Iskandar dan Irfan?. Irfan seronoklah ada kawan datang.

" Mama?. Mama mimpi apa datang rumah Misya?" Puan Suryati mengepit mulut Misya. Orang risaukan dia, dia boleh buat lawak hambar pulak!.

" Ni ha. Mama kamu risau kamu kemalangan. Tu papa dan mama terbang ke sini naik jet" Lawak hambar daripada seorang veteran. Anak beranak ni kan!.

" Hahahah. Apalah mama . Misya ok. Siku je cedera. Lain semua kebal" Sekali lagi mulut Misya menjadi mangsa.

" Aduh!. Apa ni mama?"

" Pembawakan budak kot " Andai Encik Abdullah.

" Fifi dah ada adik ke?" Semua mata tertumpu kepada Misya. Aip, kecuali Doktor Akmal.

" Err..., mana ada. Misya tak mengandung lagi lah" Doktor Akmal berdeham. Sedihnya tiada siapa yang layan.

" Eh, lupa pula nak kenalkan. Ni Doktor..."

" Akmal " Jawab Doktor Akmal. Irfan menyambung percakapan Doktor Akmal.

" Dan dia bestfriend aku"








Mawar putih untukmu. Where stories live. Discover now