BAB 3

547 23 1
                                    

Zamir melambai ke arah Ezlin dan Ain dengan dengan gaya mengada-ngada. Jalannya sengaja dilenggang-lenggokkan semasa melangkah ke arah mereka. Dia tersengih mempamerkan barisan gigi yang elok tersusun. Waktu itu Ezlin dan Ain sedang memilih barangan dapur di Jusco. Ain segera memandang ke arah Ezlin.
“Kau tak cakap dekat aku pun kau ajak si Misya Zamir ni?" Soalnya dengan kening yang berkerut. Ezlin tersenyum tawar.

“Sajalah. Dia ajak aku keluar tengok wayang tadi. Tapi, aku kan nak beli barang dengan kau. Itu yang aku ajak dia jumpa dulu dekat sini. Lepas tu baru boleh pergi tengok. Kau marah ke?" Soal Ezlin kembali.
“Takde lah. Nak marah buat pe? Aku pun dah lama tak tengok wayang. Baguslah kalau macam tu."Kemudian, mereka disapa oleh Zamir.
Hey, you all. Wah, Lin. Cantiknya you pakai macam ni. Nampak gorgeous sangat tau." Puji Zamir. Gayanya macam mahu mencubit pipi Ezlin saja. Gadis itu ketawa saja.

 Gadis itu ketawa saja

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

“Ada-ada je kau ni. Memang selama ni aku pakai macam ni pun. Kau je tak perasan."
“Eh, ye ke? Kau pakai macam ni ke?" Zamir menggigit jari telunjuk. Penampilan Ezlin dipandang dari atas hingga ke bawah.
“Amboi, kemain bernafsu tengok anak dara orang. Mata tu... Mata tu jaga sikit, Mir." Sampuk Ain bersahaja. Manakala, Zamir sudah membuat muka.

“Eeee... Ada saja yang sibuk. Dengki lah tu aku tak puji kau!" Omel Zamir dengan perlahan. Namun, Ain masih boleh mendengar.
“Kau beragak sikit cakap tu. Hati aku ni dah keras sebab dah selalu sangat kena kutuk dengan kau. Eh, dah lah, Lin. Lagi cepat kita beli barang, lagi cepat kita pergi tengok wayang." Ujar Ain sambil menolak troli ke arah tempat menjual sayur-sayuran. Mereka berdua hanya mengikut.

Zamir juga sibuk menyuruh mereka membeli itu dan ini. Padahal dia tak beli apa-apa pun. Hanya mengikut saja Ezlin dan Ain. Mulutnya sibuk mengunyah potato chip yang diambil tanpa dibayar.
“Kau ni belum bayar dah makan. Tak malu ke orang tengok?" Soal Ain dengan perlahan.
“Alaa... Bukannya aku tak bayar pun karang. Ni ada bar code ni. Nanti aku scan je lah. Ermm.. Lin, nanti kau bayarkan boleh tak? Alaa, tak mahal pun. Tak sampai RM5 pun." Zamir mengelipkan mata berkali-kali kepada Ezlin. Gadis itu hanya ketawa kecil.

“Cakap macam kau nak bayar. Hmm, yelah nanti aku bayar. Kau nak tambah apa-apa lagi ke?" Baru saja Zamir mahu menjawab, Ain menyampuk lagi.
“Tu... Ambil pisang dekat atas tu. Bagi dia." Pantas Zamir menepuk tangannya.
“Aduh... Sakit lah gila. Tangan dah lah besar." Ain mengurut lengannya.
“Padan muka. Itulah balasan untuk orang bermulut puaka. Kau mati esok mesti masuk neraka, kan? Suka sangat sakitkan hati insan lemah macam aku ni." Ain ketawa lepas. Tak terasa pun dengan Zamir.

“Alaa... Alaa... Merajuk pula dia. Chill lah. Aku gurau je. Eh, kau nak apa-apa ambil lah. Tapi, kau kena bayar tiket wayang dekat kitorang lepas ni. Duit barang ni semua, aku dengan Lin kongsi tau." Dalam memujuk, sempat lagi Ain tersenyum sinis. Zamir memuncungkan bibir.
“Taik hidung rasa garam betul kau ni, perempuan.  Benda ni RM5 pun tak sampai. Kalau aku bayar tiket dekat korang campur dengan aku lagi mahu dekat RM30 apa. Wah, melebih nampak." Ain dan Ezlin ketawa.

AMPUNKAN AKUजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें