BAB 15

232 8 0
                                    

EZLIN SYAFIRA memerhati tindak tanduk Ash. Kenyataan yang diceritakan sebentar tadi, membuatkan dirinya tertanya-tanya. Kenapa Ash tak suka sangat dengan Fahim. Bukan ke dia tu baik? Sanggup buat apa saja demi Ash bahagia. Lelaki macam tu satu dalam sejuta. Bukan senang nak jumpa orang yang boleh terima baik dan buruk kita, yang iri hati bersifat hasad dengki banyaklah zaman sekarang ni.

Lagipun diorang dah rapat dari kecil. Apa masalahnya? Ezlin mencatat sesuatu di buku laporannya. Sesekali dia mengerling ke arah Zamir yang sedang sibuk dengan video kameranya. Baru sahaja mulutnya mahu bertanya, kedengaran Ash ketawa kecil. Sinis sekali bunyinya.

“Mesti kau pelik kan, kenapa aku mati-mati tak suka dengan si Yim tu?" Ezlin tidak membalas. Dia menunggu sahaja ayat seterusnya yang keluar dari bibir nipis Ash.

“Aku memang baik sangat dengan dia. Dari kecil kami rapat, sampai ke besar pun kami masih rapat. Tapi, tak sangka bila dah besar dia boleh bagitau dia suka aku. Ada hati nak kahwin dengan aku. Hahaha, bodoh betul Fahim tu."

“Tapi kenapa? Kenapa awak tolak lamaran dia? Dia ikhlas terima awak, Ash. Pada saya, dia lelaki yang baik."
“Ye, dia memang baik. Tapi, perlu ke suka aku? Kau tak jijik ke menikah dengan sepupu sendiri?" Tengking Ash kuat membuat Ezlin tersentak. Terkejut terdengar suara garau buat Ash itu. Namun, dia cepat-cepat tenangkan diri sebelum membalas.

“Pernikahan antara sepupu tak haram, Ash. Ianya sah di sisi agama. Ramai je orang yang kahwin dengan sepupu sendiri. Bahagia je hidup."
“Ye, aku tahu. Tapi, aku tak tergamak nak menikah dengan dia. Aku dengan dia membesar sama-sama. Main sama-sama. Apa yang dia makan, mesti dia akan tapau untuk aku. Tapi, aku tak boleh kau faham tak. Aku dah anggap dia macam abang aku sendiri walaupun kitorang sebaya. Yang nak menikah dengan aku sangat tu kenapa? Berlambak lagi perempuan yang baik dari aku. Sampai sepupu sendiri pun nak sauk! Yang mak aku tu pun nak sangat bermenantukan dia tu apahal??"

Gigi Ash berlaga tanda geram. Dia teringat kisah-kisah lampau yang pernah terjadi dalam hidupnya. Seketika kemudian dia tersenyum sinis.

Disebabkan mulut orang kampung mengadakan cerita kononnya dia nak bolot harta keluarga Fahim, dan fitnah yang mereka selalu berasmara membuatkan Ash rasa tak selesa mahu berkawan lagi dengan Fahim.  Macam-macam cerita yang diadakan. Satu pun tak betul. Semua orang sibuk nak mengata, tanpa tahu hal yang betul. Satu hari, Fahim pula membuat kejutan yang langsung tak dijangka.

Tanpa angin, tanpa ribut. Tiba-tiba Fahim melamarnya ketika mereka sedang lepak di tepi sungai. Ya, dia mengaku sejak hari itu hubungan baik mereka terputus disebabkan lamaran itu. Tak sangka, hubungan baik yang ditunjukkan Fahim rupanya bersebab. Kahwin? Buat lawak apa? Mereka sepupu! Memang dia tak akan terima. Mereka membesar ibarat adik beradik kandung, ini tiba-tiba sahaja mahu menukar kepada status suami isteri?

Lamaran Fahim itu seolah-olah membuktikan bahawa memang betul dirinya mahukan harta lelaki itu. Walhal, sebesar hama pun dia tak pernah berangan nak hidup atas ihsan keluarga Fahim. Fahim! Dia memang tak jujur. Ezlin memandang sayu ke wajah ‘jantan' milik Ash. Wajah itu memang kelihatan serabut. Pasti kerana bebas kesalahnya di masa lalu.

“Awak... Awak tak boleh terima Fahim sebab awak dah ada orang lain ke?" Ezlin bersoal perlahan dan serentak Ash memandang tepat ke wajahnya. Beberapa saat, Ash berpaling ke arah lain. Dia terdiam sejenak.

Orang lain? Dia tidak pernah rapat dengan lelaki lain kecuali Fahim dan Danny. Tetapi, masa tu Danny belum wujud. Langsung tak ada kena mengena sebab mengapa dia menolak lamaran itu.

“Bukan sebab orang lain. Sebelum dia lamar aku pun, aku tak pernah bercinta walaupun ramai yang mengayat aku. Ini soal hati. Aku tak nak hidup dengan orang yang aku tak cinta. Aku memang suka dia, tapi tak bermakna aku sayangkan dia. Suka dan sayang, dua makna yang berbeza. Walaupun aku tak pernah bercinta sebelum tu tak bermaksud aku buta cinta!"

AMPUNKAN AKUWhere stories live. Discover now