BAB 11

324 9 1
                                    

Mereka melangkah masuk menerusi ruang sel dengan perasaan yang gementar, takut dan sebagainya. Suara erangan, tangisan, gelak-tawa semua bercampur aduk membuatkan Ezlin dan Zamir memandang sekeliling. Takut, ya memang mereka sangat takut.

Keadaan ini sangat asing bagi mereka. Selalunya bunyi riuh kenderaan yang bising menyapa di telinga masing-masing. Tetapi, hari ni. Bunyi suara-suara manusia pula yang menyapa mereka. Siapa sahaja yang tidak takut saat berada di sini. Walaupun penghuni ini terdiri daripada banduan perempuan namun perasaan takut dan ngeri masih ada.

Zamir merapatkan badannya kepada Ezlin.
“Nok.. Aku nak kencing. Toilet dekat mana, eh?" Ezlin   pantas berpaling.
“Dah kenapa baru sekarang kau nak kencing? Kita dah nak start buat kerja dah ni. Sabar jap."
“Aduh.. Dah dia nak kencing aku nak buat macam mana? Kalau kau nak suruh aku sabar, mau terkencing dekat sini nanti macam mana? Kau tolong mopkan, eh?" Ujar Zamir dengan perlahan namun sempat didengar oleh Inspektor lelaki itu.

“Nak ke toilet ke? Dekat sini takde tandas. Keluar sikit pada ruang sel ni ada lah toilet." Terangnya.
“Yeke? Tapi kena lalu ruang sel ni dulu ke nak sampai  ke toilet?" Soal Zamir.
“Haah... Tak jauh pun. Keluar pada pintu besar tu, sebelah kanan hah situ lah dia."
“Oh, okay. Nok, Jom ikut aku. Hujung-hujung dah ni." Zamir mengajak Ezlin menemaninya ke tandas.

“Eh, pergilah. Dekat depan tu je pun. Itu pun nak kena berteman bagai." Balas Ezlin selamba.
Pantas Zamir menjulingkan mata ke atas.
Fine... Aku pergi seorang!" Baru saja dia mahu melangkah, Inspektor Hazri mempelawa diri untuk temankan dia. Cepat saja Zamir menyerahkan kamera kepada Ezlin.

Baru beberapa langkah mereka berjalan tiba-tiba kedengaran suara-suara sumbang wanita memanggilnya dengan nada yang menggoda. Tak kurang juga ada yang tergelak besar saat terpandang wajah Zamir. Naik meremang bulu romanya. Wajah inspektor muda itu dipandang sambil menyoal perlahan.

“Bukan main eh, banduan-banduan dekat dalam ni. Nak try orang bagai. Tak tahan sangat ke diorang ni?” Inspektor Hazri tergelak kecil.
“Biasalah. Diorang ni dah lama tak tengok lelaki. Selalu staf penjara dekat sini ramai perempuan je. Sama je macam diorang. Tu yang syok terlajak tu."
“Takkan takde langsung staf lelaki?"

“Ada. Cuma, tak ramai. Biasanya staf lelaki banyak ada dekat ofis dan dekat lobi je. Tak pun kitorang akan jadi escort mana-mana pegawai tinggi turun sel je nak melawat. Staf perempuan yang ramai sebab dah nama pun penjara perempuan, kan? Saya ni pun kadang-kadang ada sini, kadang-kadang pergi Sungai Buloh. Tak menentu." Balas inspektor itu dengan ramah.

“Oh, yeke. Ramai lah ye, encik kenal dengan banduan?" Dia tergelak kecil dengan kata-kata Zamir.
“Ramai. Macam-macam cerita diorang kongsi dengan saya. Macam mana boleh kena tangkap, asal-usul diorang semua lah. Kalau nak cerita satu-satu memang penat. Ni Encik Zamir, tandas dekat sini." Dia menunjukkan tandas kepada Zamir sementara dia tunggu di luar.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸

"Jadi macam mana Cik Ezlin? Kita nak tunggu Encik Zamir dulu ke atau nak mulakan  je?" Soal Puan Jasmin.
“Kalau tunggu dia lambat pula. Takut Puan dengan yang lain-lain ada kerja lain pula nanti."
“Takpe.. Ini pun dah dikira kerja dah ni. Dah memang tugas kami untuk memberikan keterangan kepada pelawat." Balas Puan Jasmin lagi sambil tersenyum.

Beberapa minit mereka hanya berbual kosong sementara menunggu Zamir. Selang tiga minit, Inspektor Hazri dan Zamir muncul. Ezlin menyerahkan semula video kamera kepada Zamir dan sedia memulakan kerja. Ezlin berjalan beriringan dengan Puan Jasmin manakala Zamir mengambil tugasnya sebagai seorang jurukamera.

As you can see, Cik Ezlin. Dalam satu sel ni pihak penjara terpaksa memuatkan lebih daripada seorang disebabkan ramai banduan perempuan yang masuk ke sini. Pegawai-pegawai atasan yang lain dah mengemukakan masalah ni dekat kerajaan tapi sampai hari ni diorang tak bagi kata putus apa." Terang Puan Jasmin. Ezlin melarikan matanya melihat banduan-banduan yang berada di dalam sel itu. Mata banduan itu semua memandang ke arah mereka. Gerun tak payah cakap lah.

“Tak jadi masalah ke diorang duduk ramai-ramai macam tu? Masuk saya, diorang tak bergaduh ke Puan?"
“Bergaduh tu tak payah cakaplah. Ada saja setiap hari mesti bergaduh. Menjerit, terpekik, maki-hamun tu memang dah lali dah dekat sini. Kena tegur diam kejap lah diorang lepas tu menjerit lagi. Situasi macam ni kalau pergi kat mana-mana penjara sama je.  Cuma, kami tak boleh nak buat apa. Bilangan banduan dekat penjara di malaysia ni sememangnya semakin ramai. Sebab tu lah, kerajaan pun tak boleh selesaikan kes ni secepat mungkin. Bilangan banduan di semua penjara memang akan berlebihan dengan jumlah yang ditetapkan."

“Pihak kerjaan takde ke nak tubuhkan penjara baru kalau dah tahu ramai sangat banduan? Maaf kalau saya soalan macam tu." Soal Ezlin dengan dengan pen dan buku laporan di tangan.
“Maaflah, soalan macam tu agak susah untuk saya jawab." Ezlin tersenyum tawar. Dia mencatatkan sesuatu di laporannya.

Kemudian Puan Jasmin menceritakan sedikit lagi latar belakang sejarah penjara itu kepada mereka berdua. Mata bundar Ezlin memerhati setiap tingkah laku para banduan yang turut memandang mereka dengan pandangan yang sukar difahami. Berdiri bulu romanya apabila beberapa banduan perempuan sibuk bersiul riang sambil menggamit tangan ke arahnya. Lagak macam gangster betul. Fuhhh, semangat!

“Hei.... Hei... Ni apa bising-bising ni? Tak boleh ke duduk diam-diam, hah? Bising je tak habis-habis." Kelihatan seorang anggota polis sedang memarahi beberapa orang banduan wanita di salah sebuah sel. Tegang muka-muka banduan apabila ditegur sebegitu.

“Halamak... Memekak pula dia ni pun. Apa ingat aku ni tunggul ke apa nak duduk diam je. Kau takpe lah bebas berjalan ke sana sini. Yang kita ni duduk kejung je dalam sel busuk ni. Kecoh lah!" Kata-kata dari salah seorang banduan itu disetujui oleh banduan yang sama dengannya.

Ezlin memandang wajah Puan Jasmin. Wanita itu tersenyum ke arahnya.
“Situasi macam ni dah biasa sangat dah Cik Ezlin. Harap cik berdua boleh bertahan sampai kerja kita selesai." Ezlin tidak berkata apa. Mata dan telinganya ralik memerhati banduan-banduan wanita dan beberapa kakitangan polis yang lain.

Selang beberapa minit, Zamir dan Inspektor Hazri sampai. Hampir terkeluar tawa kecil Ezlin apabila terpandang wajah pucat Zamir. Tak pernah lagi dia melihat wajah jambu itu sebegitu. Selalunya seronok bukan main.

Puan Jasmin dan pegawai polis yang lain membawa mereka ke sebuah yang agak jauh dari sel yang lain. Sel itu dinamakan sebagai sel banduan akhir, bermaksud sel yang menempatkan banduan sebelum hukuman gantung dijalankan kepada mereka. Satu perasaan lain tiba-tiba hingga di jiwa Ezlin.

“Ni merupakan sel seorang banduan akhir. Saya rasa dia boleh tolong Cik Ezlin dan Encik Zamir siapkan kerja liputan awak berdua. Mari saya kenalkan dia..."
“Err.. Puan..." Pantas lengan Puan Jasmin dipegang oleh Ezlin.
“Takpe ke? Dia okay ke?" Puan Jasmin tersenyum.
“In Sha Allah, jangan takut. Sepanjang soal jawab dijalankan. Inspektor Hazri dan Inspektor Suraya akan teman awak berdua. Mari saya kenalkan...."

Ezlin menarik nafas perlahan. Hatinya sangat berdebar sekarang. Matanya tak berkelip melihat Inspektor Hazri membuka kunci sel tersebut....

AMPUNKAN AKUWhere stories live. Discover now