BAB 13

255 6 0
                                    

Puan Hajar mengibas cadar katil bercorak floral yang bercorak merah jambu tanpa sebaris kata. Cadar itu dipasang ke tilam dengan kemas. Kemudian, dia duduk pula di sisi katil menyusun bantal-bantal yang baru dipasangkan cadar. Dalam sibuk membuat kerja rumah, dia termenung teringatkan sesuatu. Bilik itu yang sudah lama tidak berpenghuni itu dipandang sayu.

Walaupun tidak berpenghuni lagi, bilik itu tetap dikemas dengan rapi. Dijaga kerana tidak mahu bilik itu ‘mati’. Setiap hari dia akan membersihkan bilik ini, pintu tingkap akan dibuka seluas-luasnya. Ya, dia tidak pernah bosan membuat semua itu.

Nur Ashiqin...

Sudah lama anak tunggal perempuannya itu menghilangkan diri. Langsung dia tidak dengar cerita apa-apa dari Ashiqin sendiri. Sihat atau tidak, langsung dia tidak tahu. Rindu usah dikata, setiap masa perasaan itu akan hinggap di hati tuanya. Tapi, apa yang dia boleh buat? Nur sendiri yang pilih jalan macam ini.

Dia sanggup pilih lelaki yang entah apa asal usul dari ibu kandung sendiri. Sanggup membuang ibu yang telah bertarung nyawa melahirkannya. Kalaulah dia tahu macam mana sakit bersalin itu bagaimana, sudah tentu Ashiqin tidak sanggup menyakiti hatinya.

Bingkai gambar yang terletak di atas meja kecil bersebelahan dengan katil, dicapai perlahan. Tangan tua yang sudah menampakkan urat hijau itu perlahan menyentuh gambar anaknya.

 Tangan tua yang sudah menampakkan urat hijau itu perlahan menyentuh gambar anaknya

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

“Sampai hati Nur buat mak macam ni. Mak tak pernah minta apa-apa pun dari Nur selama ni. Mak nak Nur selalu ada di sisi mak je. Mak dah tua, nak. Mak dah tak lama duduk atas dunia ni. Mak nak sangat habiskan sisa-sisa hidup mak dekat dunia ni dengan Nur, sebab Nur anak kesayangan mak." Air mata mengalir laju membasahi pipi Puan Hajar.

Hari ni, genaplah dua bulan Ashiqin meninggalkan dirinya dan juga kampung itu. Hati ibu mana yang tak rindukan anak. Seburuk mana pun perangai anak, dia tidak sanggup membiarkan anaknya pergi tanpa khabar berita. Dia tidak ada anak lain, hanya Nur Ashiqin satu-satu anak yang dia ada. Kini, Ashiqin pun sudah lama meninggalkannya.

Tiba-tiba kedengaran bunyi hon motorsikal dari arah pintu depan rumah Puan Hajar, bersertakan salam. Segera bingkai gambar tadi diletakkan di tempat asal. Terkocoh-kocoh Puan Hajar menyarung tudung sarung lalu melangkah ke ruang tamu. Salam tadi dijawab dengan nada sederhana kuat. Segera pintu rumah dibuka, terpacul wajah Fahim. Salah seorang anak muda kampung ini.

“Oh, kamu rupanya Fahim. Mak Cik ingatkan siapa tadi." Tegur Puan Hajar dengan senyuman. Anak muda tadi hanya tersengih sambil melangkah turun dari motorsikal dan segera bersalam dengan Puan Hajar. Satu plastik besar turut dihulur kepada Puan Hajar.

“Mak Cik sihat ke? Maaflah lama tak datang ziarah. Sibuk sikit minggu ni." Balas Fahim pula. Dia ialah anak saudara Puan Hajar dan juga merupakan sepupu kepada Ashiqin. Anak muda ini yang selalu temankan Puan Hajar sejak kebelakangan ini.

Walaupun dia sibuk berkerja sebagai Penyelia di sebuah kilang di kota, namun dia akan pastikan dia akan melawat Puan Hajar setiap hari jika ada masa. Dia juga selalu membawa Puan Hajar keluar membeli barang atau ke klinik.

AMPUNKAN AKUDove le storie prendono vita. Scoprilo ora