BAB 7

401 17 1
                                    

“Kan saya dah cakap! Saya tak nak report yang sama, berita yang sama macam bulan yang lepas-lepas. Apa ni, Ezlin? Kerja yang senang pun awak tak boleh buat ke? Otak tu letak katne? Ke dah beku sampai apa yang saya cakap, semua awak tak faham!" Bebel Haikal panjang sambil memandang tajam ke wajah Ezlin. Gadis itu turut memandangnya kembali. Bagaikan tiada getar .

“Tapi, Encik Haikal tak boleh buat saya macam ni. Mana boleh terus je reject macam tu. Encik Haikal tak baca pun lagi kan, report saya?" Balas Ezlin dengan berani. Matanya tepat memandang ke arah Haikal. Sepupunya itu.

“Eh... Buat apa aku nak baca kalau tajuk yang yang terang-terang kau tulis ni macam yang sama dengan bulan lepas. Dadah tak habis-habis. Cerita merompak ayat yang sama macam sebelum ni. Ezlin, kalau tak boleh aku tak tegur langsung kau jangan kerja dengan orang. Kerja sendiri. Berhenti kerja lepas tu pergi berniaga ke apa-apa ke. Buat bisnes sendiri. Tak payah kerja dengan orang." Haikal meremandang ke arah lain.

“Encik Haikal... Saya dah cuba buat yang terbaik. Tapi, kalau encik...."
“Dah, Ezlin. Tiap-tiap kali aku tegur kau, kau akan cakap yang kau dah buat yang terbaik. Tapi, bila aku tengok sama je hasil kerja kau. Takde improvement. Kau cakap je kau dah buat yang terbaik, tapi sama. Zero!"

Ezlin mengeluh lemah. Dia sudah buntu mahu bercakap dengan lelaki itu. Cakap lah macam mana pun, tetap tak berhasil. Fail yang berada di atas meja itu diambil perlahan sebelum matanya memandang tepat ke arah Haikal.

“Saya minta maaf kalau hasil kerja saya kurang memuaskan hati Encik Haikal. Cuma kalau boleh, tolong semak dulu sebelum menilai. Jangan terus reject kerja orang macam tu je. Perasaan orang pun kena fikir juga. Penat orang buat kerja, buat research,  tapi kena reject macam ni je. Mentang-mentang Encik Haikal ni bos, suka hati je buat kami macam ni. Cuba kalau Encik Haikal dekat tempat kami macam mana Encik Haikal rasa? Minta maaf, Encik Haikal. Saya minta diri dulu."

Usai berkata, Ezlin terus melangkah keluar dengan laju tanpa berpaling lagi. Dia membawa haluan ke arah pantri. Segelas air kosong diminum rakus membasahkan tekak yang haus. Hatinya sakit, kepalanya berserabut sangat sekarang. Kalau tak difikirkan yang Haikal tu ialah bosnya, sudah tentu dia dah terajang jantan sekor tu. Ishh, geram gila!

“Lin... Ok tak ni?" Tiba-tiba Ain muncul di pintu pantri bersama muka berkerut. Ezlin memandang ke arahnya sekilas saja.
“Tak ok!"
“Nape?" Ain menarik kerusi berhadapan Ezlin.
“Masalah yang sama. Dia reject lagi dan lagi!" Fail tadi dihempaskan ke meja. Tersentak Ain kerana terkejut.

“Dia ni memang melampau lah. Tak habis-habis cari pasal dengan kau. Bak sini aku tengok report kau." Fail di atas meja itu diambil lalu dibaca.
“Herm... Okay je apa yang kau tulis ni. Takde apa-apa yang cacat pun. Tapi...." Ayat Ain yang tergantung itu membuatkan Ezlin memandang ke arahnya.

“Tapi?"
Maybe cerita yang kau cover ni sama macam bulan-bulan lepas kot. Rompakan dekat Bangi haritu tak silap aku, kau dah buat kan? Kenapa buat lagi?"
“Ain... Memang la tu kes sama. Tapi, pengisian dia tak sama. Takkan nak buat cerita tu sekali je. Apa-apa yang jadi lepas tu kena bagitahu orang juga. Macam apa kes terbaru yang pihak polis ambil tindakan ke, macam mana dengan keadaan mangsa-mangsa dekat kedai emas tu, penjelasan saksi apa semua tu kena beritahu juga. Kau cakap macam kau baru je kerja dalam course ni."

Ain tersengih sebelum membalas.
“Ye tak ye juga. Dah tu kenapa dia reject?"
Entah lah. Bos kau tu dah gila agaknya."
“Eee... Bos aku tu, bos kau juga. Kita ni satu unit je." Ezlin tidak membalas. Dia termenung beberapa saat.
“Aku kena cari benda yang lagi thriller or something mistic for next month. Kalau dia nak benda yang lagi cun dari apa yang aku cover sebelum ni. Aku akan buat."

“Mistik? Thriller? Kau ingat kita ni wartawan majalah paranormal?" Sanggah Ain laju. Ezlin tersenyum penuh makna.
“Aku tahu apa aku nak buat. Tapi, untuk kali ni. Aku perlukan bantuan kau dengan Zamir."
“Kau nak kitorang tolong apa?" Ezlin tidak membalas. Dia masih tersenyum seperti tadi.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼



Tatu naga di lenganku bukan sengaja dicacah untuk menyakiti tubuhku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tatu naga di lenganku bukan sengaja dicacah untuk menyakiti tubuhku. Ianya adalah simbol kebebasan. Kenapa aku kata kebebasan? Kerana aku mahu bebas dari masalah aku sendiri. Banyak benda yang aku tanggung dari kecil sampai sekarang. Aku tak tahu bagaimana mahu mulakan dan huraikan. Aku bukan seorang penulis, jadi jalan ceritaku agak bercelaru. Namun, aku tetap mahu menulis supaya sesiapa yang membaca coretanku ini tidak membuat kesilapan yang pernah aku buat.

Sekali masuk ke dalam dunia yang aku ciptakan ini, percayalah korang akan menyesal tak sudah! Masa ni, menangis air mata darah pun dah tak guna. Masa tak boleh diputar kembali. Kenangan silam akan terpahat buat selamanya. Tidak akan berubah sesama sekali. Dunia ini tak kejam tapi, kita sendiri yang kejam kepada diri kita sendiri.

Aku menyesal sebab pilih jalan hidup macam ni. Tapi, apa boleh buat. Masyarakat tak boleh terima aku. Keluarga pun dah buang aku. Kawan-kawan aku pun macam aku. Aku tak pernah salahkan diorang sebab aku sendiri yang teringin nak berkawan dengan diorang. Kononnya nak rasa diri hebat sebab nak tunjuk dekat orang yang aku tak lembik. Nak sangat bebas sampai aku lupa diri. Aku lupa adat resam aku, aku lupa pesanan arwah abah. Aku lupa pesanan ustaz dan ustazah semasa di bangku sekolah.

Paling penting aku lupa agama aku. Aku lupa Allah yang selalu memerhatikan aku. Semakin aku jauhkan diri dari Allah, semakin aku dekat  syaitan nirojim. Aku kesal dengan apa yang aku dah buat. Nak patah balik memang susah sekarang. Bukan tak ada orang nak bimbing aku. Ada, ustazah selalu saja ke sel aku untuk ajarkan aku ilmu agama yang telah lama aku tinggalkan. Tapi, aku tak nak. Aku halau dia. Aku tak nak dengar pesanan dia.

Aku rasa diri aku jijik sangat. Kalau aku bertaubat pun taubat aku diterima ke? Banyak dosa aku dengan Allah. Dosa dengan manusia pun aku dah banyak buat apatah lagi denganNya! Aku terlalu fikirkan masa silam aku sampai aku murung. Dulu aku rasa aku hebat tapi sekarang.....

AMPUNKAN AKUWhere stories live. Discover now