👻1👻

2.7K 209 58
                                    

Di KQ ent..

Semua ahli ATEEZ merehatkan diri mereka setelah habis berlatih tarian lagu mereka iaitu WAVE dan ILLUSION.

Hongjoong, San, Wooyoung dan Jongho merehatkan diri mereka dengan tidur. Yunho dan Mingi menonton televisyen bersama.

Manakala Seonghwa dan Yeosang pula berjalan di sekitar kawasan KQ ent ini. Mereka juga berborak kosong untuk menghilangkan rasa bosan ini.

"Hyung, agaknya boleh tak kita pergi mana-mana untuk rileks kan minda ni?" soal Yeosang kepada Seonghwa.

"Hmm..entahlah. Tapi hyung berharaplah yang kita ni diberi cuti untuk rileks kejap." jawabnya sambil tersenyum. Yeosang mengangguk.

Sedang mereka bercakap, mereka terjumpa dengan manager mereka.

"Annyeonghaseyo.." Seonghwa dan Yeosang tunduk hormat kepada manager mereka.

"Nae, nasib baik kamu berdua ada di sini." kata manager membuatkan Seonghwa dan Yeosang tertanya.

"Kenapa manager?"

"Begini, saya nak kamu semua berkumpul di bilik mesyuarat sekarang. Ada benda saya nak bincangkan dengan kamu semua ni." dengan jelas manager memberitahu kepada Seonghwa dan Yeosang.

Seonghwa dan Yeosang akur lalu mereka segera naik keatas untuk memanggil ahlinya.

"Yah, bangun lah korang!" Yeosang mengejutkan Hongjoong, San, Wooyoung dan Jongho.

Yunho dan Mingi yang dari tadi sibuk layan televisyen itu hairan lihat Yeosang mengejutkan mereka.

"Kenapa ni Sang?" soal Yunho. Mingi juga tertanya.

"Manager nak kita berkumpul di bilik mesyuarat sekarang. Katanya ada something nak berbincang dengan kita." jelas Seonghwa.

"Haih..kacau aku tidur je.." rungut Hongjoong dalam hati.

ATEEZ pun segera ke bilik mesyuarat untuk berjumpa dengan manager.

Di bilik mesyuarat..

Kelihatan hanya ATEEZ sahaja berada di dalam bilik mesyuarat. Sementara menunggu manager sampai, Hongjoong, San, Wooyoung dan Jongho menyambung mimpi.

Manakala Yunho, Mingi, Seonghwa dan Yeosang bermain phone.

Tak lama kemudian, manager tiba di bilik mesyuarat. Lantas Mingi mengerakkan yang tidur itu.

"Annyeonghaseyo!" ucap ATEEZ lalu tunduk hormat kepada manager.

"Nae annyeonghaseyo. Duduk"

ATEEZ pun duduk semula. Manager dengan senyumannya yang manis mula berbicara.

"Baiklah. Saya ada berita baik kat awak semua."

"Apa?" soal ATEEZ serentak. Tak sabar mahu tahu apakah berita yang ingin disampaikan oleh manager mereka.

"Memandangkan kamu semua telah buat dengan baik sekali, kami putuskan untuk berikan kamu semua bercuti satu minggu di.."

Belum habis lagi manager itu bercakap, ATEEZ terlebih dahulu bergembira.

"Yeahhh cuti!!!"

"Akhirnya dapat jugak aku bercuti!!"

"Thank you, God.."

Mulalah pening kepala manager itu dibuatnya akibat perangai anak-anak ATEEZ ini..

Lantas dia mengetuk meja untuk menyepikan suasana.

"Dah habis?" manager bertanya sambil tersenyum palsu.

"Err..dah.." ATEEZ duduk semula.

"Okey, di mana kita tadi? Haa.. Kamu semua diberi cuti selama satu minggu di Pohang. Nanti saya berikan alamat untuk kamu semua tido nanti ya? Okey..sesiapa ada soalan tak?"

Hongjoong si ketua mengangkat tangannya.

"Ye Hongjoong?"

"Nak tanya, masa kami bercuti tu nanti ada orang lain ikut sekali ke?" soal Hongjoong.

"Soalan yang sangat bagus Hongjoong. Okey, masa kamu semua bercuti tu tiada siapa yang akan ikut termasuk saya sendiri. Okey? Have your fun! Sekian itu sahaja dari saya."

Manager keluar selepas menjawab sahaja menjawab soalan Hongjoong itu tadi. ATEEZ riang gembira kerana mereka dapat bercuti nanti.

Seonghwa yang ternampak Yeosang senyap dari tadi segera menghampirinya.

"Gwenchana?" soal Seonghwa kepada Yeosang.

"Owh..gwenchana hyung. Cuma..aku terkejut sikit sebab Pohang tu tempat tinggal aku.."

Seonghwa merangkul tangannya di atas bahu Yeosang. "Rileks, Sang. Kita diberi cuti selama seminggu so kita kena manfaatkannya."

Yeosang tersenyum selepas Seonghwa berkata begitu. Dia pun mula bergembira sama seperti ahli ATEEZ yang lain gembira.

"Okey! So malam ni kita kemas barang kita then esok kita kena bangun awal untuk pergi ke Pohang tu ya?" kata Hongjoong dengan riang sekali. Diikutkan dengan member lain.

"Okey!"

Disebalik kegembiraan mereka itu, hanya seorang sahaja yang berasa tak sedap hati ini..

AMARAN KERAS!

Sesiapa yang baca kisah ini di web lain selain WATTPAD, anda berisiko akan menghadapi serangan MALWARE!

Untuk sesiapa yang mahu baca kisah ini dalam bentuk yang asli dan selamat, sila pergi ke WATTPAD!

[C] CREEPY  ☾ 강여상 ☽Where stories live. Discover now