👻10👻

871 128 15
                                    

Seonghwa, Hongjoong, San, Mingi dan Jongho dari tadi mendiamkan diri mereka. Sebenarnya mereka sedang memikirkan cara untuk menyelamatkan diri mereka yang kini diancam oleh Yeosang.

Hongjoong menahan kesakitannya apabila dia menyentuh perutnya yang sudah ditikam oleh Yeosang itu.

Seonghwa dan yang lain memandang Hongjoong dengan pandangan sayu. Malah Seonghwa juga risaukan keadaan Yeosang yang berubah secara tiba-tiba.

"Hyung, macam mana dengan Hongjoong hyung ni? Takut makin teruk pula dia ni..." kata Jongho perlahan. Seonghwa mengeluh tidak tahu apa patut dia buat.

Mingi yang dari tadi terdiam itu mula bersuara.

"Kita kan ada kereta sewa. Apa kata kita gunakan kereta tu untuk pergi dari sini?" cadangnya.

"Boleh je tapi masalahnya macam mana kita nak dapatkan kunci kereta yang sekarang dekat ruang tamu tu? Tak pasal-pasal kita dibunuh free je nanti." bantah San.

Memanglah idea Mingi itu bagus tapi ia mengundang keburukkan juga. San takut kemungkinan besar Yeosang berada di ruang tamu. Yeosang sekarang ini bahaya pada pandangan mereka.

"Kita kena perangkapkan Yeosng terlebih dulu kemudian barulah kita semua dapat lari dari sini." cadang Jongho pula. Seonghwa terkejut sedikit dengan cadangan Jongho.

"Takkanlah kita nak tinggalkan Yeosang kat rumah ni?" soal Seonghwa tak puas hati. Jongho dan Mingi berkerut dahi.

"Habis tu hyung nak bawa orang yang nak bunuh kita tu pergi bersama kita?!" tanya Mingi geram. Kenapa dengan Seonghwa hyung ni? Detiknya...

"Tu bukan Yeosang yang kita kenal. Ada benda yang kawal badan Yeosang tu sebenarnya..." kata-kata San itu mengejutkan Seonghwa, Mingi dan Jongho.

"Macam mana kau tau?"

"Aku ada terdengar percakapan Yeosang sebelum dia membunuh Wooyoung. Katanya yang kita semua ni menganggu tempatnya." jelas San perlahan. Seonghwa terkaku.

Malah Seonghwa juga terfikirkan sesuatu. Mungkin Yeosang adalah orang yang pertama diganggu oleh tuan rumah ini...

Dan itu juga boleh dijadikan sebab kenapa Yeosang selalu mendiamkan dirinya dan mukanya sentiasa pucat apabila sudah sampai ke sini.

"Mungkin juga..."

"Korang! Jongho ada rancangan untuk keluar dari sini!!"

Tak lama kemudian...

Yeosang dari tadi berjalan di tingkat atas untuk mencari ATEEZ yang lain. Satu per satu dia memeriksa bilik untuk memastikan yang ATEEZ masih berada di sini. Dia mengeluh perlahan.

"Hmm...pandai jugak diorang semua ni bersembunyi ya? Mungkin diorang berada di tingkat bawah tu..."

Baru sahaja Yeosang mahu berjalan menuruni tangga, kepalanya mula berasa kesakitan amat. Dia meraung.

"ARGH!!"

Tidak semena-mena dia terjatuh dari tangga itu lalu dia tidak sedarkan dirinya seketika.

••••••

Yeosang membuka kedua-dua matanya perlahan-lahan. Kepalanya pening sedikit. Pandanganya kabur. Lalu dia terlihat yang kini dia seorang sahaja berada di rumah itu...

"Eh?? Apasal aku sorang kat sini? And...kenapa ada pisau di tangan aku??"

Dia melihat kawasan di sekelilingnya. Dia tertanya dimana orang lain? Kenapa keadaan di sini bersepah??

"Mana yang lain??"

Yeosang segera naik keatas untuk mencari ATEEZ. Mungkin mereka berada di dalam bilik...Fikirnya...

Yeosang terus masuk kedalam bilik WooSan. Dia lihat pintu bilik air Woosan ada kesan darah. Yeosang mula hairan.

"Darah mana pulak ni??"

Lantas Yeosang masuk kedalam bilik air itu. Alangkah terkejutnya dia melihat mayat Wooyoung berada di situ.

"WOOYOUNG AHH!!" jerit Yeosang terkejut. Wooyoung dibunuh dengan kejam. Lalu dia teringatkan sesuatu.

"Jangan-jangan akulah yang membunuh Wooyoung semasa badan aku dipergunakan..."

Yeosang menekup mulutnya dan dia terduduk sandar di pintu bilik air itu. Air matanya mula mengalir dengan deras.

"Mianhae Wooyoung...bukan aku yang bunuh kau... Mianhae...."

Katanya dengan suara yang serak. Dia tidak sangka yang malam ini begitu teruk baginya.

Tanpa Yeosang sedar seseorang memerhatikan dia dari belakang. Orang itu mula mengangkat pemukul kayu itu sambil menutup matanya.

"Mianhae Yeosang..."

BUK!!

[C] CREEPY  ☾ 강여상 ☽Where stories live. Discover now