👻8👻

861 129 87
                                    

ATEEZ terkejut Yeosang menjerit begitu. Hongjoong dengan beraninya bercakap dengan Yeosang.

"Yah! Apa maksud kau kitorang akan mati malam ni?!"

Namun soalan Hongjoong tidak dibalasnya. Yeosang pun mengangkat pisaunya dan menghala kearah semua ahli ATEEZ.

"Kita main sorok-sorok...aku kira sampai tiga...korang semua kena sembunyi dan aku pulak akan cari korang semua...sesiapa yang aku dah jumpa tu aku akan bunuh terus..."

Terbeliak ATEEZ dibuatnya. Yeosang pun menutup matanya dan mula mengira.

"1..."

Hati ATEEZ mula bergedup kencang. Mereka semua mula menyorok kecuali Seonghwa.

"2..."

Seonghwa ditarik oleh Mingi dan Jongho. Takkanlah diorang nak Seonghwa mati begitu sahaja? Mestilah nak selamatkan diri mereka semua daripada dibunuh oleh Yeosang tu.

"3...dah ke belum..."

Suasana sunyi sepi. Yeosang pun bertanya lagi.

"Dah ke belum...?" dia pun mula membuka matanya dan lihat di ruang tamu yang tadi ada ATEEZ kini tiada lagi.

"Hmm... Bagus... Macam ni barulah best kan korang?"

Yeosang pun mula mencari ATEEZ untuk membunuh mereka satu persatu.

Di situasi Seonghwa, Mingi dan Jongho...

Seonghwa, Mingi dan Jongho kini berada di bilik stor dimana ATEEZ langsung tak tahu bahawa rumah ni ada stor yang terbiar.

"Hyung...kenapa Yeosang hyung boleh jadi macam tu?" soal Jongho ketakutan. Seonghwa lantas memeluknya untuk menenangkan Jongho.

"Hyung pun tak tahu, Jongho. Hyung harap sangat yang kita selamat." kata Seonghwa perlahan. Sebenarnya dia pun masih tertanya kenapa dengan Yeosang itu.

Mingi yang dari tadi senyap tiba-tiba ternampak minyak dan pemetik api.
Dia terfikir sesuatu untuk membunuh Yeosang pula...

Tiba-tiba mereka terdengar suara jeritan orang di atas.

"ARGH!!"

"Tu suara Wooyoung!" detik Seonghwa dalam hati.

"Jangan cakap yang Wooyoung dah.."

Mereka semua terdiam. Nampaknya betullah yang Wooyoung orang pertama yang dijumpai oleh Yeosang.

Di situasi Wooyoung

Yeosang menjumpainya di dalam tandas bilik WooSan sendiri. Wooyoung cuba menahan tangan Yeosng yang mahu menikamnya dengan pisau.

"Tempat yang kau menyorok ni senang sangatlah aku nak cari..."

Lalu Yeosang menggores pipi Wooyoung dengan pisau. Wooyoung meraung kesakitan.

"ARGH!!"

"Kenapa? Sakit ke? Alololo kesian dia...meh aku tolong tambahkan kesakitan kau!!"

Lantas Yeosang menolak kepala Wooyoung kena pada cermin bilik mandi dengan kuat. Lalu Wooyoung rebah akibat kepalanya kena cermin dan cermin bilik mandi itu pecah dibuatnya.

"Ke...kenapa kau bunuh kitorang Sang...?" soal Wooyoung lemah.

Yeosang memandang Wooyoung dengan pandangan tajam.

"Kenapa aku bunuh korang? Sebab korang dah kacau tempat aku!!"

Wooyoung terkejut sedikit. Kacau tempat dia? Dia bukan Yeosang!

"Kau...kau bukan Yeosang kan..?"

Yeosang tersengih selepas Wooyoung berkata begitu. Lantas dia pun menikam Wooyoung banyak kali sehingga terpercik darah.

"Selamat tinggal kawanku... Kirimkan salam aku di sana yaa?? Muahahahhahahah!!"

Tanpa Yeosang sedar San melihat mereka berdua dari jauh. Hatinya berdegup kencang dan terasa mahu menangis.

"Wooyoung ahh..."

Hongjoong segera menarik San lari daripada tempat tersebut. Yeoaang terdengar bunyi detapan kaki.

Dia tersenyum sinis.

"Nampaknya mangsa aku yang seterusnya sudah sampai..."

Di situasi Hongjoong dan San...

Hongjoong dan San kini berada dalam almari dapur. (Tak sangka muat jugak korang dalam tu...)

"Hyung...aku takut lepas ni kita dua akan jadi mangsa..." kata San perlahan. Sudahlah tadi dia nak menangis tengok Wooyoung dibunuh sebegitu.

Hongjoong mendiamkan dirinya. Dia masih risaukan dengan keadaan Seonghwa, Mingi dan Jongho.

"Hyung tahu. Yang penting sekarang ni kita kena keluar dari rumah ni jugak..."

"Habis tu macam mana dengan Yeosang??"

"Kau nak selamatkan orang yang nak bunuh kita ke?!"

Soal Hongjoong geram. Apa pulak San cakap mengarut pada waktu macam ni?

"Yeosang yang kita nampak sekarang bukan diri Yeosang yang sebenar hyung! Ada benda masuk ke dalam badan dia!!!"

"Finally...jumpa pun korang..."

[C] CREEPY  ☾ 강여상 ☽Where stories live. Discover now