👻5👻

930 136 55
                                    

Selesai sahaja mandi, ATEEZ menuruni tangga dan berkumpul di ruang tamu.

"Kau kata Yeosang takder, Jongho?" soal Hongjoong. Jongho mengangguk tanda ya. Seonghwa mula berasa risau.

"Mungkin dia ada kat sini cuma maybe dalam tandas ke dapur ke atau.."

Kata Wooyoung tapi dia belum habis bercakap kerana dia ternampak satu bayangan berada di belakang Mingi dan San.

Secara mengejut Yeosang muncul di belakang Mingi dan San secara tiba-tiba membuatkan ATEEZ terkejut.

"Yeosang ah!" jerit Mingi terkejut.

"Dah naper korang semua ni?" soal Yeosang tak faham.

"Kau tadi ke mana hyung?" soal Jongho kepada Yeosang.

"Aku? Aku kat dapur jelah dari tadi.. Btw, aku dah siapkan sarapan untuk korang semua!" kata Yeosang lagi dengan riang.

ATEEZ pun mula meluru ke dapur untuk sarapan pagi. Mereka lihat memang betul ada makanan di atas meja.

Yeosang telah menyediakan nasi goreng kimchi untuk mereka semua. ATEEZ pun mula menjamu selera.

"Wow! Sedaplah!!"

"Pandai jugak kau masak hyung!!"

Yeosang tersenyum malu dengan komen ATEEZ.

Tetapi Seonghwa berasa pelik dengan Yeosang.

"Bukan ke bahan mentah takder? Macam mana Yeosang boleh masak semua makanan ni?" soalnya dalam hati. Yeosang yang perasan itu menegur Seonghwa.

"Kenapa hyung?" soal Yeosang lembut. Seonghwa tersentak sedikit.

"Ani..tiada apa-apa.." jawab Seonghwa lalu menyambung makan.

"Kalau hyung nak tau semua bahan untuk aku masak ni ada je kat peti ais tu." kata Yeosang lagi. Seonghwa terkejut.

Dia boleh baca minda aku ke? Soalnya..

Mungkin masa Yeosang dalam dapur tu semalam dia ada buka peti ais. And dalam tu ada bahan mentah.

And satu lagi persoalannya, bahan mentah tu dari mana sebenarnya??

Kemudian..

Hongjoong mengajak ATEEZ untuk membeli belah di mall. Tetapi Yunho tidak mahu ikut kerana dia malas nak pergi mana-mana.

"Jadi kau jaga rumah ni ya Yunho. Kalau ada apa-apa call hyung okey?" pesan Seonghwa. Memang patut Seonghwa digelar omma dalam ATEEZ.

"Nae hyung." jawab Yunho. Dia yakin yang tiada apa-apa yang akan berlaku.

ATEEZ pun keluar dari pintu. Yeosang yang baru sahaja nak keluar itu tiba-tiba terdengar sesuatu.

'Akhirnya..mangsa pertama aku..'

Yeosang mula berasa takut. Lantas di menoleh kearah Yunho yang masih lagi berada di hadapannya.

"Kenapa Yeosang?" soal Yunho. Yeosang menggeleng lalu keluar dari rumah itu.

Hairan Yunho dibuatnya..

Di Mall..

Sampai sahaja di Mall, mulalah ATEEZ riang nak beli barang ni.

"Aku nak beli patung baru!!"

"Weyh weyh!! Minion ada dohh!!"

"Wahh..banyaknya buah kat sini.. Bolehlah aku belahkan semua epal ni.."

ATEEZ kelihatan sangat teruja. Kecuali seorang sahaja iaitu Yeosang. Dia masih risau dengan keadaan Yunho yang berada di rumah itu.

"Aku harap kau baik-baik jelah, Yunho.."

Di situasi Yunho..

Kini Yunho sedang menonton rancangan tv keseorangan di ruang tamu itu. Dia tengah tengok Music Bank lagu mereka sendiri dalam era WAVE dan ILLUSION.

Yunho tersenyum melihat semula mereka menang buat kali pertama itu.

Sedang leka dia menonton televisyen, dia terdengar bunyi cawan pecah di dapur.

"Krangg!!"

Yunho terkejut. Bunyi tu dari dapur tetapi..

Dia seorang sahaja yang berada di dalam rumah itu..tak mungkin ada orang lain..

Lalu dia teringat situasi Yeosang semalam.. Mukanya mula pucat..

"Takkanlah apa Yeosang bagitau semalam tu ialah.."

Yunho mula berasa gelisah. Kini dia terdengar bunyi datapan kaki yang seakan-akan menghampirinya di ruang tamu.

"Si..siapa tu..??"

Bunyi datapan kaki itu makin lama makin kuat bunyinya. Yunho berasa sangat takut. Dia pun berlari masuk kedalam biliknya lalu mengunci pintu.

Ingatkan dirinya sudah terselamat kerana dia tidak dengar lagi bunyi datapan kaki itu namun disebaliknya dia telah masuk perangkap.

Ada satu lembaga kini berada di belakang Yunho dan..

"AARRGHHHH!!!"

[C] CREEPY  ☾ 강여상 ☽Where stories live. Discover now