👻7👻

898 137 48
                                    

Seonghwa pov

Aku baru sedar yang Yeosang sahaja tiada disini. Bukan ke dia ada tadi? Mana dia pergi?

ATEEZ yang lain menangis kesedihan sebab kematian Yunho yang mengejut ni. Aku pula risau Yeosang takder disini.

Mungkin dia ada kat ruang tamu.

Aku menuruni tangga untuk mencari Yeosang. Tekaan aku salah. Yeosang tiada di ruang tamu.

Tiba-tiba aku terdengar suara orang menjerit di luar pintu rumah..

"ARGH!!"

Itu suara Yeosang! Aku terus buka pintu rumah untuk mencari Yeosang.

Alangkah terkejutnya aku melihat Yeosang termuntah darah di hadapanku.

"Yeosang ahh!! Gwenchana?!!"

Risau aku dibuatnya. Yeosang muntah darah tu banyak sangat... Dia terus rebah selepas itu. Nasib baik aku sempat menahannya.

"KORANG!! TOLONG HYUNG KAT LUAR NIII!!

Aku menjerit untuk memanggil ATEEZ. Aku cuba mengangkat Yeosang untuk masuk ke dalam rumah tetapi tidak mudah bagiku.

"HYUNG!! KENAPA DENGAN YEOSANG TU?!" aku terus menoleh ke belakang. Rupanya San dan Wooyoung.

"Yeosang termuntah darah ni! Tolong hyung angkat dia masuk ke dalam rumah!!"

San dan Wooyoung segera bantuku untuk membawa Yeosang. Lalu kami baringkan dia di atas sofa.

End pov

"Wooyoung...tolong ambilkan peti kecemasan kat bilik hyung tu!!" Wooyoung akur. Dia lantas naik ke atas untuk mengambil peti kecemasan.

"San, tolong ambilkan kain basah.." San akur. Lantas dia pergi ke dapur untuk mengambil kain basah..

Seonghwa mengeluh. Sudahlah Yunho mati akibat dibunuh, Yeosang pula pengsan sebab termuntah darah.

Dia tertanya apa dah jadi pada ATEEZ sekarang?

"Hyung! Nah!"

"Hyung! Ni dia kain basah!"

"Ahh..gomawo.." Seonghwa pun mengambil kain basah dan peti kecemasan dari tangan San dan Wooyoung.

"Korang..pergilah tengok yang lain tu dulu..okey?" kata Seonghwa perlahan. Wooyoung dan San mengangguk. Mereka pun pergi ke atas.

Kini yang berada di ruang tamu hanyalah Seonghwa dan Yeosang.

Seonghwa pun meletakkan kain basah atas dahi Yeosang. Dia harap sangat yang mereka semua akan selamat selama seminggu ini.

Tetapi dia sendiri tak tahu yang nyawa mereka sekarang sedang diancam oleh seseorang..

Malam...

Semua ahli ATEEZ kecuali Yunho dan Yeosang berada di ruang tamu. Riak wajah mereka menunjukkan yang mereka berasa seram sejuk..

"Dah call manager?" soal Jongho. Hongjoong mengangguk.

"Nae. Aku dah call manager. Dia kata dia akan ambil kita semua esok pagi.." jelas Hongjoong. Yang lain menghembuskan nafas lega.

"Baguslah kalau macam tu. Aku mula rasa lain macam pulak kat rumah ni." kata Mingi. Yang lain mengangguk setuju.

"Kan? Ingat tak masa Yeosang menjerit datang kat kita then bagitau yang ada cawan pecah kat dapur tapi sebenarnya takder tu?" kata San.

"Haahlah. Pastu dia suruh kita balik cepat-cepat sebab risau kat Yunho hyung." sapuk Jongho.

"And...korang perasan tak yang muka Yeosang tu pucat semacam semenjak kita berada di sini?" soalan Seonghwa mendiamkan ATEEZ.

"Jangan cakap yang Yeosang ada nampak..." belum habis lagi Wooyoung nak cakap dah diketuk oleh Hongjoong kesayangan.

"Hei! Kat sini mana ada benda tu! Kau ingat yang.."

"Ehh? Yeosang?"

Mingi terkejut melihat Yeosang kini tercengat di depan dapur. ATEEZ juga berasa hairan dan terkejut. Wajah Yeosang tidak nampak kerana dia menundukkan kepalanya.

"Ehh? Bukan kau dalam bilik ke Yeosang? Sejak bila kau ada kat sini pulak?" soal San hairan.

Yeosang yang dari tadi menunduk itu mengangkat kepalanya perlahan-lahan. Mukanya menunjukkan senyuman sinis. ATEEZ mula berasa seram sejuk dengan Yeosang.

Hongjoong perasan yang terdapat pisau di tangan kanan Yeosang.

"KORANG SEMUA AKAN MATI MALAM NI JUGAK!!"

Finally update pun! Hope korang semua terhibur!!

Ada yang masih menunggu ke??

[C] CREEPY  ☾ 강여상 ☽Where stories live. Discover now