👻4👻

1K 140 53
                                    

Di dalam bilik..

Yeosang masih lagi berasa seram sejuk. Entah kenapalah sejak waktu mesyuarat hari tu lagi dia asyik berasa ada yang tak kena.

Dia dapat rasakan yang dia diperhatikan oleh seseorang..

Tiba-tiba sepucuk surat muncul dihadapan Yeosang. Lantas dia mengambil lalu membaca isi kandungan surat itu.

Warna tulisan yang terdapat dalam surat itu merah seakan seakan darah..

'Kau takut ke? Ni baru permulaan..'

Pucat muka Yeosang dibuatnya. Nampaknya dia telah diganggu oleh benda tu.. Lebih tepat lagi bekas tuan rumah ini..

"Apa salah aku? Aku tak kacau tempat kau pun! Aku cuma duduk disini selama seminggu! Salah ke??" jerit Yeosang geram. Jujur dia sangat takut dengan situasi sekarang ini.

Tiba-tiba ada sepucuk surat lagi muncul di kanan Yeosang. Apabila di toleh ke kanan tiada apa-apa pun..

Lalu dia membaca surat kedua itu.

'Salah..sebab aku tak suka orang asing berada di rumah aku..'

Yeosang terkejut. Nampaknya tuan rumah ni boleh mendengar apa yang Yeosang kata tadi.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi orang bernafas di sebelah kirinya. Dia mula berasa takut. Perlahan-lahan dia menoleh ke kiri dan..

"WRAAGGHHHH!!!" Yeosang terkejut kerana lembaga itu tiba-tiba berada di kirinya dengan mengukir senyuman seram.

Lantas dia keluar dari biliknya dan menuruni tangga untuk mendapatkan ATEEZ.

Tetapi, malang tak berbau dia tersalah langkah dan terjatuh dari tangga.

"BUK!!"

ATEEZ yang dari ruang tamu itu terkejut terdengar bunyi orang terjatuh dari tangga. Mereka terus menuju ke tangga untuk lihat.

"YEOSANG!!"

Mereka terkejut melihat Yeosang terjatuh dari tangga itu. Lantas ATEEZ mengangkat Yeosang ke sofa dan merawat dahi dan kaki Yeosang yang lebam itu.

Kemudian..

Yeosang membuka kedua kelopak matanya perlahan-lahan. Dia tersedar dari pengsannya. Pandanganya masih lagi kabur.

"Huh? Kat mana aku ni?" Yeosang cuba bangun. Dia berdecit sakit apabila dia tersentuh dahinya yang ada kesan lebam itu.

Dia terkejut melihat sekarang dia berada di dalam biliknya. Dia toleh ke katil sebelahnya.

Ada Seonghwa yang sedang tidur nyenyak. Mungkin dia yang hantarnya ke bilik sewaktu dia pengsan tadi.

Tiba-tiba dia terdengar suara orang..

'Dah bangun?'

"Apa kau nak dari aku sebenarnya?" soal Yeosang perlahan.

'Aku..nak..bunuh..korang..'

Yeosang terkedu. Bu..bunuh kitorang?!

'Tapi..kaulah yang akan tolong aku untuk bunuh kawan kau..'

Mata Yeosang terbutang apabila tuan rumah berkata begitu. Lantas dia menolak.

"Takkan! Aku takkan bunuh kawan aku! Aku tak gila!" jawab Yeosang marah. Takkanlah dia nak bunuh member sendiri?! Dia masih waras!

'Takper kalau kau tak nak..kalau kau nak diteruskan dikacau oleh aku ni boleh je.. Sampai buat kau gila takder waras lagi..'

'Tapi..kalau kau tolong aku bunuh kawan kau tu aku takkan ganggu kau lagi.. Jadi?'

Yeosang terdiam. Sudahlah tadi dia dikacau oleh tuan rumah. Dia tak sanggup nak kena lagi..

Tapi dia pun tak nak bunuh kawannya pada masa yang sama..

"Aku.."

Esoknya..

Jongho bangun awal seperti biasa. Tugasnya ialah mengejutkan hyung- hyung kesayanganya itu.

Dia mengejutkan Yunho yang masih lagi tidur lena itu.

"Hyung, bangun.."

"Ahh..nae..nae.." kata Yunho mamai.

Jongho mengangguk. Dia pun keluar dari biliknya untuk mengejutkan hyung yang lain.

Bilik pertama yang dia akan masuk ialah bilik WooSan.

"Wake up hyung-hyung semua! Bangun! Bangun! Bangunnnnn!!"

Aduhai maknae sorang ni..pagi-pagi lagi buat highnote tu..kesian WooSan tau..

"Eii..maknae sorang ni..ada je aku suap shiber ni kang.." rungut San dalam keadaan mamai.

Selepas itu Jongho pun mengejutkan HongGi. Dan akhir sekali dia pergi ke bilik SeongSang.

Sampai sahaja dalam bilik SeongSang, Jongho dapati yang hanya Seonghwa sahaja berada dalam bilik. Yeosang tiada.

"Mana Yeosang hyung?" soal Jongho dalam hati. Dia pun mengejutkan Seonghwa dari lenanya itu.

"Hwa hyung, irona." Jongho kejutkan Seonghwa. Seonghwa pun bangun.

"Erm..mana Yeosang?" soal Seonghwa separuh mamai.

"Yeosang hyung takder dalam biliklah hyung.." jawab Jongho perlahan membuatkan mata Seonghwa terbutang luas.

"Hah? Takder??"

[C] CREEPY  ☾ 강여상 ☽Where stories live. Discover now