CHAPTER : 9

6 0 0
                                    

Keesokkan harinya macam biasa Elina dan Airin berjalan bersama2 menuju ke kelas. Manakala Amir yang berada di belakang mereka berdua hanya mendiamkan diri juga turut melangkah ke dalam kelas. Haraz hari ni akan sampai lewat sikit katanya malas hendak mendengar rakan sekelasnya bising dan juga perempuan2 yang cuba menghampiri dirinya.

"Eh, hye Amir awak sorang je ke hari ni?" soal Airin setelah mereka tiba di tempat duduk masing2. Elina yang berada di sebelah Airin sudah pun mengambil tempat duduknya dan memusingkan badannya ke belakang menghadap Amir yang berseorangan itu.

"Hye, Airin haah saya sorang je" jawab Amir lalu mengambil tempat duduknya.

"Kawan awak pergi mana?" kini giliran Elina pula bertanya.

"Oh Naufal dia ada je cuma dia kata dia lambat sikit masuk kelas ada hal" Amir menjawab soalan Elina.

"So nama dia memang Naufal ke?" soal Airin saja ingin berbasa basi sebelum kelas mula.

"Tak dia ada je nama penuh saya je yang panggil dia Fal dah terbiasa sejak sekolah menengah lagi" balas Amir bagi soalan Airin.

"Apa nama penuh kawan awak tu?" kini Elina pula ingin tahu nama penuh kawan baik Amir itu.

Airin yang berada di sebalah sudah sembunyi senyum. Dia tahu yang Elina memang suka dekat Haraz just tak nak mengaku lagi. Samalah juga dengan Haraz yang menyimpan perasaan terhadap Elina tapi tidak di luahkan kepada tuan punya badan.

Amir pula senyum penuh makna bila di soal tentang kawan baiknya itu. Lagi2 soal nama penuh Haraz yang ramai tidak berapa tahu.

"Nama saya Haraz Naufal" sampuk Haraz yang baru tiba di meja yang mereka tengah berkumpul. Haraz memandang wajah cantik Elina dengan senyuman.

Elina yang terdengar suara Haraz itu hanya mendiamkan diri dari banyak soal. Malu pula dia bila nak tahu sangat nama penuh Haraz tapi soalan tu tidak di tanya kepada tuan punya badan.

"Eh Fal, panjang umur kau baru je kami cerita pasal kau" kata Amir lalu Haraz mengambil tempat duduknya dan melabuhkan punggungnya pada kerusi tersebut.

"Aku tahu kau umpat aku kan?" saja Haraz menyoal begitu pada Amir padahal dia tahu apa yang mereka bualkan dari tadi lagi.

"Coyy mulut, aku takde umpat kau lah" marah Amir lalu menjeling Haraz yang berada di sebelahnya.

Airin dan Elina cuba menahan gelak melihat reaksi Amir begitu selamba. Haraz yang perasan akan Elina yang menahan gelak cuba mengusik kawan baiknya itu lagi.

"Eleh tak nak mengaku konon. Aku tahu la kau umpat aku, kalau tak takkan aku sampai cepat kat kelas ni" kata Haraz kening sebelah kiri di naikkan berkali2.

"Kitorang just nak tahu nama penuh awak je tu yang tanya kat Amir" Airin mula bersuara sedari tadi melihat telatah 2 orang di depannya ini.

"Tanya je terus kat aku buat susah je nak tanya mangkuk sebelah aku ni" balas Haraz dengan selamba.

"Mangkuk kau penggil aku" Amir mula tidak puas hati setelah di panggil mangkuk oleh Haraz.

"Ye la mangkuk macm kau ni bukan boleh pakai sangat" kata Haraz kening sebelah kiri di naikan lebih tinggi.

"Mangkuk ni juga kawan baik kau kan" balas Amir sambil menjeling Haraz.

"Memang pun sebab tu kau kawan baik aku ikut je cakap aku bukan menjawab" balas juga tidak mahu kalah.

Elina yang dari tadi diam hanya mampu menggelengkan kepala sambil tersenyum. Lucu pula tengok watak Haraz dan Amir sebegini selalunya Haraz memang dingin.

Haraz yang perasan akan senyuman manis dari Elina membuatkan dirinya terpegun dengan senyuman manis milik Elina. Dirinya bagai berada di awangan bersama bidadari tercantik di hadapannya.

Tanpa mereka sedar datang seorang pensyarah dari arah luar kelas dan menuju ke tempat duduknya untuk memulakan kelas.

"Morning kelas, hari saya nak korang mulakan projek yang saya nak tu pada hari ini dan kumpulan yang telah saya pilih sila duduk mengikut kumpulan masing2" kata pensyarah tersebut membuatkan semua pelajar menganggukkan kepala tanda setuju.

Ke semua pelajar bergerak mengikut kumpulan masing2 dan menumpukan perhatian sepenuhnya pada penerangan yang di sampaikan oleh pensyarah tersebut.

**************************************************
"So start esok kita dah boleh cari maklumat yang puan Suzana minta" kata Amir mengingatkan mereka bertiga.

"Boleh je, korang nak buat kat mana?" soal Airin.

"Kita buat je lah kat cafe senang nak duduk makan sekali tak la susah nak cari tempat makan" Elina mula bersuara sejak kelas mereka tamat.

"Betul juga tu, so kita ikut je lah cadangan Elina ni" Amir memberi jawapan kepada soalan yang di ajukan oleh Elina.

Haraz dan Airin juga bersetuju dengan cadangan Elina. Haraz rasa dirinya bagai boleh mendekatkan dirinya bersama Elina dengan lebih rapat. Hatinya rasa tidak tenteram jika tidak di luahkan rasa suka dan sayang kepada Elina. Dia tidak mahu Elina jatuh ke tangan orang lain jika tidak dia tidak boleh memaafkan dirinya jika Elina belum menjadi miliknya.

Elina dan Airin menuju ke kereta milik Airin. Hari ni Elina tumpang Airin kerana daddy dan juga pak tam pemandu peribadi milik keluarganya bercuti selama seminggu. Esok Airin akan menemankan Elina di rumah mewah milik keluarga Elina untuk bermalam seminggu.
Daddy Elina harus menguruskan projek di Perak selama seminggu begitu juga mummy Elina harus menemankan daddynya di sana, so Elina minta teman Airin tinggal bersamanya selama seminggu.

Tiba di rumah Elina, Airin kembali ke rumahnya untuk mengemas pakaian dan barang miliknya yang ingin di pakai pada hari biasa.Elina yang tinggal sorang di rumah mula turun ke bawah menuju ke bahagian dapur untuk masak makan malam bersama Airin nanti.










so guys here new chapter🤗
jgn lpa vote n comment tau😉
sorry if hambar n kurng menarik kali ni🙇
Author akan try update lagi new chapter ye😁
jmpa kt chapter seterusnya..hahaha author merepek je k bye😂

My Bad Boy [SLOW UPDATE]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ