• Teaser No. 2 •

868 44 23
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


• • Terima arr teaser  kedua untuk 'Bebudak Bukit' (BbB)

•••♦◄♥►♦•••

Aidan, Ehsan, Sumi, Palis, Lokman Harith dan Daus sedang asyik berborak di gerai Pak Lamin selepas waktu sekolah. 

Fikri tak dapat menyertai kekawannya itu kerana sibuk melayan pelanggan serta membasuh itu ini. Cuma, sesekali saja dia datang menyampuk bagi memeriahkan suasana.

"Nah, ini sedekah pakcik kat korang semua sebab jadi pelanggan tetap gerai ni," ucap Pak Lamin lalu meletakkan sedulang keropok lekor bersos cair di atas meja.


"Pergh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Pergh.. sungguh mulia hati pakcik. Moga gerai ni bertambah maju jaya hendaknya," girang Sumi bersuara lantas mencekau sebatang keropok tersebut lalu dibawa ke mulut ternganganya.

"Makan le kalau tak malu. Tapi kalau nak minum, korang kena bayar, ekk?" Fikri menyampuk dari hujung gerai sambil tangannya ligat menyental pinggan mangkuk di singki.

"Memang kami tak malu pun.. he he," balas Lokman Harith.

"Hai, cuti penggal dah mula pun, tapi kita tak ade rancang ape-ape misi lagi. Nampaknya cuti ni kita aman damai je, kan? Tak ade gangguan dan kesampukan. Boleh arr kita pegi mandi sungai kat rumah Esan tu," luah Daus.

"Yea arr, dah lama kita tak mandi bogel sambil main terjun ala Tarzan. Lepas baik sakit ni, aku rasa bersemangat je nak enjoy  kehidupan remaja aku. Aku tak nak sia-siakan masa yang ade ni," sokong Lokman Harith.

"Tapi sayang, Brice dah tak dapat nak join  kita. Aku rindu sesangat kat budak Serani tu.. hu hu," rintih Palis.

Memang, antara ramai di kalangan kekawannya, dia yang paling terkesan dan sedih dek perkembangan terbaru ini. Hakikatnya, kini Brice sudah tidak lagi bersama mereka.

"Relaks arr, Palis. Aku yakin, satu hari nanti dia akan muncul gak dan kita akan kembali bersatu cam dulu-dulu," pujuk Aidan sambil mengusap kepala budak lembut itu dengan penuh semangat setiakawan.

"Mana Spence ni? Edan tak call  dan ajak dia ke?" tanya Ehsan.

"Hmm, kejap lagi sampai kot?" balas si adik.

Nun, sebuah kereta Wira hitam dan agak usang kelihatan berhenti di pinggir jalan, kira-kira sepuluh meter dari gerai.

Keluar tiga budak lelaki beruniform sekolah dari perut kereta tersebut. Dua berseragam sekolah menengah dan seorang sekolah rendah. Ketiga-tiga mereka menyandang beg, bermakna baru saja pulang dari sekolah, tentunya.

Sungguh comel dan tampan bebudak tersebut. Dari jauh lagi, mereka melontarkan senyuman ke arah Aidan dan kekawannya yang tercengang melihat.

"Assalamualaikum," ucap budak yang sederhana tingginya berbanding dua budak yang lain.

Salam dijawab oleh Aidan serta kelima kekawannya, hampir serentak.

"Eh, cam kenal je yang sorang ni. Kau ni Izuan, anak Pak Khamis, kan?" Sumi bersuara.

"Ya, betul tu, saya Izuan. Ini abang saya, Duan dan adik saya, Fariz. Hari tu, dia orang berdua tak dapat ikut kita ke Kampung Bonggol Paya tu."

Mereka bersembilan saling bersalaman penuh tertib lagi terpuji.

"Jemput duduk. Ape hal ni, nampak cam ade masalah je?" pelawa Aidan.

Izuan, Duan serta adik mereka melabuhkan punggung comel masing-masing di kerusi. Mereka berpandangan sesama sendiri dengan wajah yang agak cemas bercampur segan.

Tempoh hari, hanya Izuan yang berumur tiga belas tahun saja yang menyertai mereka melawat ke gerai hantu tersebut. Sementara abangnya, Duan, lima belas tahun juga adiknya, yang di darjah empat mempunyai hal lain dan tak dapat ikut sama.

"Cam mana korang boleh datang dan cari kami kat sini?" tanya Palis, mesra, sambil menjeling Duan.

"Kami naik teksi sapu* dari sekolah tadi. Bila sampai kat sini, kami tanya beberapa budak yang balik sekolah, kenal tak Sumi atau Aidan. Dia orang yang suruh kami cari kat gerai ni," jawab Izuan. 

"Wah, famous  gak kita ni, ekk? Sampaikan tempat melepak pun dia orang boleh tau.. he he," balas Daus.

"Ape hal cari kami? Tentu mustahak benar, sampaikan tak sempat korang nak tukar baju sekolah, kan?" Ehsan pula menyoal.

Aidan, Sumi, Palis, Lokman Harith dan Daus merenung tajam wajah ketiga beradik itu, menanti jawapan.

"Sebenarnya, memang kami dalam masalah dan mungkin korang je yang boleh tolong," jawab Duan sambil memeluk Fariz, terharu dan hiba dia. Begitu juga dengan Izuan.

"Eh, nape ni? Cakap arr, jangan nangis," desak Aidan. Dia lantas menggenggam tangan Izuan.

"Ya, bagitau je. Kami sedia tolong," sampuk Lokman Harith.

"Ini pasal bapak kami tu," getus Izuan.

"Ape yang dah jadi kat bapak korang?" hampir terjerit Daus menyoal, cemas.

Izuan, Duan dan Fariz terdiam, tertunduk. Lama.

"Beberapa hari selepas balik dari lawat gerai hantu kat kampung tu, bapak kami berubah seratus peratus. Sampaikan kami selalu je dalam ketakutan. Dia berperangai pelik. Kami cam dah tak kenal lagi siapa bapak kami tu."

Jawapan Izuan membuatkan Aidan dan kekawannya terlopong. Jantung mereka berdegup kencang, takut dan terkejut.

"Ya, adik-adik yang baru sampai ni. Nak minum dan nak makan ape?" tanya Fikri yang datang ke meja mereka untuk mengambil pesanan, tanpa mengetahui akan hal sebenar.

•••♦◄♥►♦•••


Pergh.. saspens tak? Ape yang dah terjadi kat Pak Khamis tu? Adakah dia pun turut menjadi mangsa makhluk keji suruhan Chu Manis? Cam mana plak nasib anak-anak remaja dia yang hensem menawan tu? 

Nak tau? So, jangan ketinggalan layan citer 'BbB' ni, ekk? Kalau nak lebih update  & terkini, cer korang add  buku ni dalam Reading List  memasing. Ingat, kat Wattpad ni tak ade citer cam yang aku karang ni, tau! Just  kat sini je.

The one & only, bak hang.. hee 😁

( ͡~ ͜ʖ ͡°)


PANDUAN/GLOSARI

*teksi sapu - sejenis pengangkutan awam (kereta) yang tak ada permit, main redah je



• MONin | 28102019 | 926 words | 4 minute •

• bebud𝒶k bukit •Where stories live. Discover now