Chapter 175 - Persembahan Zapin Yang Mendapat Sambutan (Mini Update)

829 36 39
                                    

ACHTUNG

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

• • Hmm, pendek & padat je chapter  kali ni (mini update ) Harap korang terhibur time  dok berkurung di rumah pada saat-saat genting ni. Sabar & jaga kebersihan diri. Kerap gunakan sabun, ye? Macam si Fikri tu.. hee 🧼🛀

• • Dewasa ini, aku rajin layan 'New Doraemon' kat Ceria HD tu. So, kalau tak jadi keberatan, korang bace arr tajuk chapter  kat atas cam gaya citer tu, ekk? Bace kuat-kuat ngan suara yang diteran, tapi jangan sampai terkucil plak. Best  ape! Hee.. 🥳

•••♦◄♥►♦•••

"Okey korang, jumpak esok pagi, ekk?" ucap Spencer lalu memecut laju untuk pulang.

Selepas Mini Cooper  oren budak mat salih itu hilang dari pandangan, Aidan, Ehsan, Palis dan Sumi mencapai basikal masing-masing di belakang gerai Pak Lamin.

"Wey geng, ape citer? Dah sembuh ke si Lokman tu?" tanya Fikri yang sedang membasuh pinggan.

Keempat-empat kekawannya yang baru balik dari melawat Lokman Harith itu pun menceritakan segala yang berlaku.

"Pergh.. teruk gak problem  dia, ekk? Tapi, aku yakin Edan boleh sembuhkan dia nanti. Sekarang ni, biarkan dia 'merana' dulu. Untung-untung terhindar dia dari dosa.. he he," Fikri berhujah.

"Eh, itu bukan ke adik-adik kembar kau? Takkan plak dia orang pun keje part time  kat gerai ni?" tanya Ehsan tatkala terpandang dua budak sedang mengelap meja.

"Hmm, mak aku suruh aku tengokkan dia orang. Dia ade hal penting kat bandar, katanya," jawab Fikri.

"Dia ke bandar? Dengan siapa?" tak semena-mena terkeluar soalan dari mulut Ehsan.

"Mak aku mintak tolong Abang Joe," Fikri menjawab.

"Nape kau sibuk tanya pasal mak Fikri plak?" Sumi menyoal Ehsan.

"Eh, tak ade ape-ape. Sesaja aku nak tau je.. he he."

Terkesima Ehsan dek pertanyaan tersebut. Dia pantas menjeling Aidan. 

"Korang tak nak tengok Daus dan Brice ke? Kot dia orang pun ade problem  yang sama cam si Lokman tu?" usul Fikri.

"Yea arr, Edan. Rumah dia kan dalam jalan kita nak balik ni? Jom kita singgah kejap, tanya khabar," cadang Sumi.

Aidan dan Ehsan mengangguk, bersetuju. 

"Sorry, korang. Aku tak boleh ikut, nanti mak aku bising plak sebab balik senja-senja ni," Palis bersuara.

"Okey arr. Kami faham. Kau anak mak, dah tentu kena balik awal. Mak nak mandikan kau, nak bedung* dan nak bagi nenen* lagi.. he he," seloroh Sumi, kasar.

"Babi, meluat aku kat kau, budak gendut," balas Palis, geram. Nak ditamparnya Sumi, namun budak chubby  itu pantas mengelak.

"Palis. Sebelum kau belah, bila kau nak bagi manila card  dan marker pen  yang aku mintak tu?" tanya Aidan.

• bebud𝒶k bukit •Where stories live. Discover now