Chapter 173 - Tayam Abang Hamzah

1.1K 40 66
                                    

ACHTUNG

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

SALAM 5.50 & HNY 2020! 🤤

• • Pergh.. lamanya baru aku dapat update  BbB ni, kan? Ade beberapa masalah yang tak dapat aku bagitau kat sini yang membuatkan aku lambat update  semua citer aku.. sorry.

 Ape pun, korang dapat layan gak sambungan citer ni, kan? Amaran dari author.. ade sekelonet* babak ngeri, sadis & brutal  dalam chapter  kali ni. Mungkin akan buat sesetengah pembace geli-geli atau rasa loya nak muntah.  🤢🤮😬

•••♦◄♥►♦•••

"Benarkah hal yang demikian itu? Apa, engkau tak tersalah pandang?" pantas Ujang Bohol menyoal.

Dia kaget dek perkhabaran yang disampaikan oleh Mak Melah, isterinya. Mana mungkin ular berbisa dan berbahaya boleh berada dalam buaian, bersama bayi anak angkat Mak Lenggang itu?

Juga, wajah menakutkan Seri Manis yang seolahnya amat marah dan ingin melakukan sesuatu terhadap isterinya. Apakah ianya ada berkaitan dengan perempuan sihir, Chu Manis itu?

"Benar, bang. Saya sendiri melihat dengan mata kepala ini. Saya tak berkhayal atau bermimpi. Ada sesuatu yang tak kenal pada bayi anak angkat mereka itu. Takut saya dibuatnya. Seram sejuk tatkala melihat wajah bayi itu"

Ujang Bohol terdiam. Biarpun apa yang disampaikan Mak Melah itu tampak amat aneh, namun tatkala teringat akan beberapa kejadian sebelum ini, maka dia terpaksa juga percaya. 

Sejak kejadian serangan beruk jadian pada majlis menyambut kelahiran anaknya Rafeah, si Maria itu, dia sudah tak hairan lagi akan hal yang berkaitan kuasa ghaib makhluk halus kebelakangan ini.

"Nanti saja aku fikirkan cara bagaimana untuk menyiasat akan hal ini. Aku perlu berbincang dengan Aki Latib juga Mak Bidan. Engkau rahsiakan dulu akan kejadian ini. Jangan dihebohkan kepada orang kampung, faham? Aku tak mahu ada yang kecoh dan melakukan suatu perkara yang tak diingini."

Mak Melah hanya mengangguk. Akur dia akan keputusan sang suami.  

Nun, di bawah rumah. Juhar yang sedang bermain dengan ayam sabungnya memasang telinga, mendengar segala perbualan kedua orang tuanya.

•••♦◄♥►♦•••

Mata Hamzah Karpelo membeliak kemerahan. Mulutnya tersengih menampakkan barisan gigi hodoh kekuningan.

Dia menderam sambil merenung tajam wajah si gadis. Itu membuatkan urat-urat pada lehernya jelas kelihatan timbul berselirat* bak wayar.

Otot pada lengannya berketul menonjol, seolahnya dia sedang memperagakan tubuh di pentas pertandingan bina badan peringkat antarabangsa. 

Mata si gadis tertancap pada benda mengerikan yang sepanjang hampir satu kaki yang terpacak gagah di celah kelangkang lelaki durjana itu.

"Ayuh, jangan takut. Abang akan buat Mira seronok umpama di syurga.. ha ha. Cuma, abang nak Mira tahan je bila abang sula* Mira nanti, okey sayang?" 

• bebud𝒶k bukit •Where stories live. Discover now