•.¸♡ 01 : First Meet ♡¸.•

75 10 12
                                    

TAP TAP TAP

Kedengaran langkah sepasang kasut. Milik seorang gadis yang comel ditambah dengan senyuman yg menawan.

Hari ini adalah bulan terakhir persekolahan bagi tahun yang terakhir padanya. Dia akan menamatkan pelajarannya tidak lama lagi.

"Saera!!"

"Huh?"

"Cuba pergi tengok sekarang. Result dah keluar. Mesti kau tak percaya kau dapat ape!"

Jisoo. Sahabat akrab kepada Saera tercungap-cungap menyampaikan berita itu.

Tanpa berlengah, Saera menarik lengan Jisoo menuju ke papan kenyataan sekolah.

"Tepi sikit nak masuk. Tumpang lalu tumpang lalu"

Akhirnya berjaya juga dia tampil di hadapan sekali. Lalu dia mula mencari namanya.

Tiba-tiba Jisoo pantas menunjukkan papan kenyataan itu dgn jari telunjuknya.

"Sini laaa, aku dah hafal haaa"

Saera tersengih. Dia kembali membelek papan kenyataan tersebut. Tanpa diduga dia memberi reaksi yang sangat mengejutkan. Dia telah memperoleh A+ dalam semua mata pelajaran kecuali fizik,iaitu A-.

Dia memandang Jisoo tanpa berkata apa-apa lalu terus memeluk tubuh Jisoo. Jisoo membalas pelukannya sambil terloncat-loncat. Nampaknya dia yang terlebih teruja.

"Dah jom! Amik paper result kau. So dapat la kau lanjutkan pengajian kau kan?"

"Haah laa, tapi kalau aku ade duit laa" Suaranya sedikit bernada perlahan.

Memandangkan dia hanya menyara dirinya sendiri dan terpaksa juga memberi duit kepada ayah tirinya. Belum tentu dia dapat mengumpul duit dalam jumlah yang banyak sebagai wang pengajiannya nanti.

"Takpe.. aku kan ade! Nanti kita pikirkan tau. Lagipun kau tinggal jela dengan aku. Susah la kau duduk dengan appa kau tu. Bukannya menjaga anak,mendera je lebih" Jisoo cuba menasihati Saera.

Dia tahu bahawa ayah Saera merupakan seorang kaki judi dan kerap mabuk setiap malam. Dia betul- betul risau dengan keadaan Saera yang sanggup bertahan selama 9 tahun.

Dia didera selepas ibunya lari meninggalkan ayahnya akibat tidak tertahan lagi. Tetapi dia tidak dibawa bersama. Sejak dari itulah dia mula mencari duit sendiri pada usia yang begitu muda.

Kerap kali ayahnya meminta duit untuk berjudi dan jika tidak diberi pasti dipukul. Malah hampir juga Saera dijual apabila umurnya mencecah 13 tahun.

Tetapi Saera bernasib baik apabila Jisoo telah memberi wang ringgit kepada ayah Saera agar Saera tidak dijual. Saera benar-benar tiada siapa di sini melainkan Jisoo.

"Tak boleh laa, nanti appa aku jadi ape-ape macam mana? Dia dah la tak de duit. Lagipun dia je keluarga yang aku ada sekarang ni" Balas Saera dengan lembut. Dia masih sayangkan ayahnya.

"Yelaaa. Kalau appa kau pukul kau, kau lari je ke rumah aku ok, aku tanak kau sakit-sakit. Faham!"

Saera mengangkat tangan untuk membuat tanda ok dengan jemari manisnya sambil tersengih. Sayang betul sahabat baiknya itu.

BUK!

"Auch! sakitnya kepala aku" Saera mengadu kesakitan

"Wehh kau ok tak?" Soal Jisoo

"Okok"

"Auch auch, trak mana tak de driver nih!"

Kedengaran suara lelaki lain pula di telinga mereka berdua. Saera terlanggar orang kah? Saera melihat ke bawah lantai. Habis bersepah buku lelaki itu dibuatnya.

My Crush, Bestfriend & I【JJK】Where stories live. Discover now