•.¸♡ 22 : Home ♡¸.•

9 3 0
                                    

•••|Lee Know|•••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••|Lee Know|•••

Kertas di pegang di tangan ku. Leher ku kembali melangguk. Bangunan tinggi di depan ku kelihatan berjaya sekali. Mama telah berikan alamat company appa kepada ku.

Di sebalik pintu berpusing itu,muncul kelibat seorang lelaki yang kacak sekali. Di sebelah serta belakangnya di iringi pengawal dan pembantu. Dia kah pemilik syarikat ini?

"Tengah cari sesiapa ke?" Tidak ku sangka dia menegur ku walaupun berbeza darjat.

"Err tak, tengok-tengok je. Besar tempat ni"

Lelaki itu tersenyum sambil memandang bangunan itu juga. Lalu dia menepuk bahu ku.

"Nak dapatkan sesuatu yang besar kena usaha besar juga"
Aku hanya mengangguk.

"Errr pakcik.. ehh encik.."
"Panggil je pakcik" Aku tersengih.
"Pakcik ke Chris Tuan?"
"Ye saya lah tu"
"Owwwh"

Tidak seberapa lama selepas itu, pembantu nya mula membisik sesuatu. Aku abaikan saja.

"Pakcik minta diri dulu ye?"
"Oowhh takpe takpe"
"Ambil lah ni, kalau kamu perlukan bantuan carilah pakcik ye"

Dia menghulurkan sekeping card. Ternyata nombor telefon, setiausaha serta company nya berada disini. Aku tersenyum melihat kemesraannya.

"Terima kasih"
"Pakcik pergi dulu,jaga diri ye"

Dia menepuk-nepuk bahu ku lalu memasuki ke dalam keretanya. Aku menghantar pandangan ku hingga keretanya hilang dari pandangan.

Card yang diberinya tadi di genggam sehingga terlipat.

•••|Saera|•••

Aku keluar dari bilik sambil mengikat rambut ku yang baru sahaja dikeringkan selepas mandi tadi. Lengan baju ditarik sedikit memandangkan aku ingin menyediakan sarapan.

Ketika melalui sebelah bilik air, aku perasaan Mark di dalamnya. Di sebalik pintu yang tidak ditutup itu,dia sedang cuba mencukur dengan tangan kirinya.

Aku menggeleng lalu masuk ke dalam bilik air tersebut. Langkah secara spontan itu mengejutkan Mark.

"Yahh tak nampak ke aku nak mandi?"
"Huh pintu pun tak tutup" Ujar ku sambil merampas pencukur dari tangannya. Mata Mark membulat lagi.

"Kau nak kebas pencukur aku ke?"

Aku menjelingnya tajam. Agak-agak lah nak kebas pencukur kau. Aku puaskan kata-kata itu di dalam hati saja. Yalah orang sakit harus di layan sebaik mungkin agar cepat sembuh.

Aku menariknya duduk di tepi tab mandi. Lalu aku mendonggakkan dagunya. Hampir saja aku mendaratkan pencukur itu di pipinya, dia mengundur ke belakang.

My Crush, Bestfriend & I【JJK】Where stories live. Discover now