•.¸♡ 10 : I'm Scared ♡¸.•

13 5 0
                                    

Di Rumah Mark
NARA POV

Ding dong

Nara berdiri di hadapan pintu untuk menunggu pintu dibuka. Pembantu Mark menjemputnya Masuk dengan tersenyum.

"Mark sudah pesan kepada saya tentang kawannya" Jelas pembantu Mark.

"Ohh ini saya saja nak makan-makan dengan dia" aku sedikit kekok.

"Berikan pada saya nanti saya hidangkan" aku mengangguk sahaja sambil menghulurkan plastik itu padanya.

"Wajah cik cantik sekali, kekasih mark kah?"

"Apa?" Pembantu nya ketawakan aku. Aku terdiam malu.

Sementara itu aku terpengun dengan suasana rumah itu. Di lenkapi dengan kolam renang di dalam rumah. Dinding dapur hanya diperbuat dari kaca. Aku perasaan juga ada seseorang di luar rumah. Dia sedang membaca buku di atas kerusi yang menghadap hadapan taman mini mereka dengan di hiasi air pancut yang cantik.

"Ermm tu siapa?" Soal ku ingin tahu.

"Itu lah papa Mark"

"Papa?" Aku menahan gelak.

"Ye, Mark suka panggil papa. Arah sini cik"

Pembantu Mark membawa aku ke tingkat atas. Disini hanya terdapat ruang untuk jalan dan mempunya 4 bilik. Wah besar rumah dia ni.

"Silalah masuk" pembantunya membukakan pintu kepada ku. Aku menunduk tanda terima kasih. Bilik Mark kah? Kata nak makan kat rooftop konon. Aku berjalan meninjau biliknya. Mana Mark? Hah nanti dia masuk kot.

Tiba-tiba mata ku terpaku pada piano besar milik Mark.
"Wahhh cantiknya. Penutup piano dibuat dari kaca wahh" aku sangat teruja. Kemudian aku menuju ke balkoninya pula. Wahh suasana malam disini memang menarik.

Balkoni Mark sangat luas sehingga muat untuk letakkan sofa di hujungnya. Terdapat juga meja kecil dan carpet yang gebu. Penghadang balkoninya hanya di perbuat dari kaca. Gerun pulak aku.

Aku leka memandang merlapan lampu di bandar seketika. Namun angin semakin meniup dengan kuat dan aku terpaksa masuk ke dalam kembali. Herhh sejuk lah. Mark masih tidak kelihatan.

"Arhh mana Mark ni"

Aku duduk di penjuru katilnya. Hujung kaki katilnya di sambung agar menjadi meja. Di hujung kepalanya pula mempunyai rak buku.

Tidak lah besar, hanya sebaris buku dan buku kecil seperti novel sahaja muat. Mungkin dia gemar membaca ketika di katil?

Plak!

Bunyi pintu dibuka, tetapi bukan pintu bilik. Jadi? Tiba-tiba Mark muncul dari mana entah. Dia hanya memakai tuala yang di lilit dipinggangnya. Kemudian tuala yang bersaiz kecil di sangkut di lehernya.

"Aaaaaaaa!!" Aku sangat terkejut. Sepantas kilat aku berpaling ke belakang. Walau hanya sebentar, tetapi aku sempat melihat keadaannya dengan jelas.

Rambutnya basah jatuh ke bawah dahi. Lengannya berketul serta perut. Arhh dada tak perlu cakap lah. Suci bersih and mantap ermmm. He look so hot! Muka ku merah padam.

"Yahhh waee?!" Soal Mark dia masih selamba mengelap badannya.

"Cepat lah pakai baju" marah ku. Aku masih tidak berani menoleh semula.

"Kau takut apa?" Aku terdiam, apa maksud dia? Dia tak fahamkah aku perempuan? Dalam bilik dia berdua macam ni?

Tiba-tiba aku merasakan pelukan seseorang dari belakangku. Mark?

My Crush, Bestfriend & I【JJK】Where stories live. Discover now