•.¸♡ 06 : Missing Someone ♡¸.•

17 4 0
                                    

"Cepat cepat bersiap" Arah Suga kepada Jungkook yang masih perbetulkan tali lehernya.

Dia memakai suit hitam dan disertakan dengan kemeja putih di dalamnya. Rambutnya di cacakkan dan wajahnya begitu bersih di hiasi sedikit makeup.

"Kejap, tali leher ni tak jadi pun lagi" Sudah puas dia mencuba tapi masih tidak berjaya.

"Arhh tak perlu la pakai, aku tetap handsome kan" Jungkook mengangkat kening kepada Suga

"Eiiiii sini aku buatkan! Aku harap si Saera tu tahu la cara ikat tali leher" Sindir Suga

"Kalau si Saera tu tak reti pun aku tetap nak kahwin dengan dia. Ala, kau kan boleh ikatkan?" Kata Jungkook sambil smirk menggoda kepada Suga.

Suga memandang mukanya dengan jijik.

"Eii agak agak lah aku nak ikatkan setiap hari?" Balas Suga dengan mimik menggelikan. Lalu Suga menepuk bahu Jungkook tanda sudah siap untuk bertolak.

"Suga.." Jungkook menahan Suga. Dia memandang lembut ke dalam mata Suga.

"Pehal? Stim? Sabar la sikit" Celupar mulut Suga menegur wajah pelik Jungkook sekarang ini.

"Bukan la sial! Haish" marah Jungkook, tetapi tiba-tiba dia memeluk Suga erat.

"Hyung, thanks jagakan aku selama ni" Jungkook semakin erat memeluknya.

"Tugas aku kan? Mati kau tahu tak kalau aku biarkan kau sorang kat tengah Seoul ni." Balas Suga, dia menepuk belakang Jungkook perlahan-lahan.

Jungkook seolah-olah adiknya dan matlamat Suga hanya lah memastikan Jungkook dalam keadaan baik. Dia tahu Ibu bapa Jungkook tidak patut meninggalkan Jungkook begitu saja.

Dari sejak itu, dia mula menyayangi Jungkook. Rasa kasihan dan sayang bercampur.

Suga melepaskan pelukan dan memegang kedua-dua belah bahu Jungkook, dia menepuk Jungkook perlahan.

"Dulu kau kecil je tau, pendek dari aku haha comel masa tu. Sekarang dah boleh jadi suami orang. Cepat kau membesar, ingat kau perlu juga ambil alih tempat appa kau. Aku harap omma kau terima Saera" Nasihat Suga.

"Tanak... Suka hati diorang je biarkan aku hidup macam ni, pastu tak ada pewaris baru cari aku? Aku still ingat lah appa bezakan aku dengan anak tiri dia" Jungkook berkata dengan kesal.

"Appa tak boleh bagi pada Eunwoo faham? Eunwoo tak pandai macam kau dan kau anak dia yang first. Jadi, balik lah nanti bawak Saera sekali ye?' Pujuk Suga

"Hmm tengoklah dulu" Jungkook menghembus nafas lelah.

"Jom, mesti ramai dah tunggu pengantin lelaki" Ajak Suga mematikan suasana tegang itu.

"Eh! Mark datang tak, dia tak jenguk aku kat sini pun hari ni?" Soal Jungkook.

Sepanjang tempoh persiapan perkahwinan nya dengan Saera, Mark tidak kelihatan sejak itu. Sudah hampir 2 minggu dia tidak melihat wajah Mark. Di media sosial juga Mark tidak active.

"Dah jemput dah hari tu, dia kata dia akan datang. Dia tunggu kat gereja kot" Tokoh Suga. Jungkook mengangkat bahu saja. Lalu mereka menaik kereta untuk menuju ke majlis perkahwinan Jungkook dan Saera.






*Di bilik pengantin perempuan*

"Wahh awak nampak cantik sangat" Kata Jisoo teruja. Jisoo hanya dapat melihat Saera dari telefon. Dia berada di luar negara bagi menemani makciknya.

"Cantik lah, kawan kau kan hahaha. Kau patut tengok aku kahwin hari ni tau" Saera seakan akan memasam kan mukanya. Dia agak sedih kerana lama tidak melihat Jisoo.

My Crush, Bestfriend & I【JJK】Where stories live. Discover now