•.¸♡ 16 : Fight Like Childish ♡¸.•

15 5 0
                                    

~Vote and Comment✨~
~Enjoy Reader❤️~

~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•

Mark pov

Aku bukakan pintu kereta kepada Saera agar dia duduk di sebelah ku. Jisoo hanya mencebik saja. Dia membuka pintu kereta belakang,dan menghempasnya.

"Oii kereta aku tu"

Saera ketawa manakala Jisoo endahkan aku. Aku masuk di tempat pemandu untuk meneruskan perjalanan. Sebaik saja aku menghidupkan enjin kereta tiba-tiba Saera tersepak sesuatu di kakinya.

"Ehh apa ni?" Saera mencapai beg kertas tersebut.

"Cuba buka" Pinta Jisoo.

Saera mengganguk. Benda apa dalam kereta aku ni? Oh! Perfume.

"Ehhh jangan!"

Jisoo dan Saera terus memandang ku pelik. Aku terus merampas beg kertas tersebut dan letakkan di tepi kaki ku.

"Errr kawan aku punya"

Jisoo dan Saera memandang sesama sendiri. Mereka ketawa serentak.

"Mark ada buah hati. Mark ada buah hati. Mark ada buah hati" Mereka serentak mengejek ku dengan mengulangi ayat itu seperti lagu.

"Mana ada!"

"Eyok! Mark marah? Jawapan dia ada lah ni HAHAHA" Usik Jisoo.

Aku hanya mencebik dan menekan pedal minyak. Eii menjengkelkan. Kereta meluru laju meninggalkan hospital.

"Saera nak pergi rumah kau dulu ke? Ambil barang" soal Jisoo.

"Haah, telefon aku dekat rumah."

"Ok."

Aku hanya membisu. Walaupun Saera bersetuju untuk ke rumahnya, tetapi aku sendiri tidak ingin ke sana lagi.

Tiba di rumah Saera aku terus membuka tali pinggang dan keluar.

"Ehh Mark tak perlu la kau turun" Tegur Saera.

"Tak apa aku teman"

"Oh ok"

Saera turun dari kereta lalu diikuti aku. Jisoo dia tinggalkan di dalam kereta. Pintu rumahnya ditolak. Tidak berkunci. Aku mendahului langkah Saera. Kaca bertaburan di lantai.

"Hati-hati" Aku menyua tangan ku kepadanya

"Thanks" Saera menyambut.

Aku memegang tangannya lalu naik ke atas. Tiba di atas Saera melepaskan pegangan. Dia mengambil bagasi di bawah katil lalu membuka almari baju.

Aku berjalan-jalan meninjau perhiasan di dalam bilik itu. Terdapat sebuah frame gambar Saera bersama Jungkook. Gambar paling besar di lekatkan pada dinding,iaitu gambar perkahwinan mereka.

Di dalam gambar itu Jungkook sedang mengucup dahi Saera, di tambah pula Saera memeluk lehernya memaniskan lagi keadaan. Aku memerhati dengan lama. Kau beruntung Jungkook. Tetapi kau lepaskan tuah kau.

My Crush, Bestfriend & I【JJK】Where stories live. Discover now