Rangkap Kelima : Pertandingan Perasaan

74.2K 318 13
                                    

Hatiku berdebar rancak bagai tong drum yang dipalu-palu di sebuah konsert. Mataku seakan tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Adakah ini permainan mata atau satu bentuk realiti? Lalu aku toleh kearah sebelah kanan dan kiriku. Ternyata apa yang aku lihat tadi benar dan nyata. Rambut dan satu objek dikanan dan kiriku yang kukira kepala manusia ada disisiku. Hatiku makin bergoncang, darah makin hilang dari wajahku. "Hantu ke apa ni? Adoi laa....time-time ni laa suara aku tak boleh nak keluar pulak." kataku didalam hati. Setelah seketika kemudian, mataku dapat menyesuaikan dirinya dengan kawasan persekitaran bilik yang gelap. "Mintak-mintak laa makhluk ni dah pergi....huhuhu...", kataku lalu aku toleh semula kearah dua objek tadi. Baru aku nampak dalam kesamaran akan identiti dua objek asing yang berada disisiku. Joanne disebelah kiri dan kak Mona berada disebelah kanan tidur berbaring menghimpit aku ditengah dan kepala mereka diletakkan diatas pergelangan lengan dan bahuku. "Cheh...patut berat badan aku, ingatkan makhluk halus dah tadi. Ngok ngek betul. Ehhh...jap....apahal diorang tidur kat sini pulak? Mana privacy yang digembar gemburkan Joanne dulu? Aduhh...aku nak bergerak pun susah ni beb!! Aku nak terkencing ni....adoi laa...", jerit hati kecilku.

Aku perlu ke tandas dengan segera. Pundi kencingku tidak mampu untuk bertahan lama. Lalu aku tarik perlahan pergelangan tangan kiriku yang dipeluk oleh Joanne. Terasa akan kelembutan payu daranya yang dibalut kain yang lembut dan licin bergesel apabila aku cuba melepaskan tanganku. "Sah! Amoi ni tak pakai bra! Aduh...adik aku naik pulak!!", jerit aku didalam bisik. Joanne mula bergerak-gerak mengubah posisi tidurnya. Lalu dengan tidak semena-mena tangannya diletakkan diatas kemaluanku. "Adoyai....!!!Jangan laa macam ni...", kataku yang telah berjaya menarik tanganku yang dipeluk Joanne tadi apabila dia mengubah posisi. Dengan tangan kiriku bebas, aku menolak perlahan kepala kak Mona yang berehat dipanggu bahuku. Kak Mona membalas reaksiku dengan menukar posisi tidurnya membelakangi aku dengan kepalanya berada diatas tilam. Satu bentuk kelegaan dapat aku rasakan. Aku alihkan perlahan-lahan tangan Joanne yang diletakkannya sebentar tadi diatas kemaluanku. Tingkah laku aku ini boleh diibaratkan bagai seorang pakar bom mematikan suis peledak dengan berhati-hati. Berjaya. Sekarang aku hanya perlu melangkah ke kanan untuk turun dari katil dan terus ke tandas. Dengan penuh berhati-hati aku melangkah turun kearah kananku melangkau badan kak Mona yang sedang tidur. Apabila kaki kiriku sudah mencecah ke lantai dengan badanku berada diatas kak Mona secara berdepan, situasi ini sama bagai aku ingin memasukkan zakarku bagi memulakan permainan seks. Seketika kemudian, aku berjaya turun dengan sepenuhnya. Lalu aku menghela nafas panjang. "Hahahahahaha...berjaya..opsss...kuat pulak!!!", kataku dalam nada yang agak kuat. Serentak dengan itu mereka berdua tercelik terjaga dari lamunan tidur. "Imran...?", mereka berdua menyebut namaku serentak dengan kak Mona menenyeh matanya dan Joanne memegang mulutnya menguap. Tangan kak Mona menggagau mencari suis lampu tidur meja yang berada disebelah kanan diatas meja tepi. Apabila suis dihidupkan, maka cahaya kekuningan mencerahkan keadaan. Lalu kak Mona beralih pandangannya dalam masih mamai kearah Joanne dan Joanne merenung kearah kak Mona, lalu mereka berdua terjerit. Aku hanya menepuk dahiku lembut atas kegagalanku mengawal intonasi suaraku. "Hey Joanne...apahal kau kat sini??", katanya kepada Joanne. "Ehh...I pulak, yang U kenapa pulak kat sini???", balas Joanne kepada kak Mona. Aku membiarkan mereka berdua bertegang lidah dahulu. Hajat adik kecilku perlu aku laksanakan secepat mungkin.

Apabila usai sudah aku menunaikan hajatku. Aku mendapati mereka berdua tiada didalam bilikku. "Mana pulak 2 orang ni pergi...haish...maybe kat ruang tamu ni.", bisikku perlahan. Kakiku mula menapak perlahan ke ruang tamu dengan terhuyung-hayang. Kepala masih sedikit pening akibat demam panasku masih belum kebah dengan sepenuhnya. Aku dapati Joanne dan kak Mona berada diruang tamu seperti yang aku jangka, masing-masing senyap tanpa sebarang bicara, lalu aku rebahkan punggungku diatas sofa 1 seater bersebelahan dengan sofa 1 seater yang digunakan oleh Joanne. "Ehh...Imran. U dah oke ke?", tanya Joanne dalam nada kerisauan. "Imran kena rest Imran, kalau boleh kurangkan apa-apa aktiviti yang membebankan.", sampuk kak Mona yang berada disebelah kanan Joanne diatas sofa 3 seater. "Macam mana Imran nak rest kalau akak dengan Joanne kacau?", kataku mengusik sambil membetulkan dudukku. Mereka berdua tertunduk sedikit malu apabila mendengar kataku. "Hehe...dah laa, monyok kenapa? Imran oke laa...pening-pening sikit je lagi ni. Cuma, kenapa kak Mona and Joanne boleh tidur atas katil bersama dengan Imran?", tanyaku kepada mereka. "Emmm...yang tu ehh...hehe...akak risaukan Imran sebab tu akak tengok-tengokkan Imran...tapi...bila Imran bangun tadi ni...ni haa...amoi ni. Sedap dia jee tidur sebelah Imran tau? Mana aci...", balas kak Mona sambil menunjukkan jari telunjuknya kepada Joanne. Mataku terus dialihkan kearah Joanne, mukanya merah padam apabila mendengar kata-kata dari kak Mona. "Actually...I'm...emm...I'm worried about u. Just in case kalau...U nak apa-apa Imran...Joanne boleh terus tolong. Above all that, kitaorang cina...kalau sakit demam memang kena tidur sekali dengan orang demam...so demam tu boleh dineutralizekan meh...", kata Joanne tersipu-sipu malu. "Ahhh!! Banyak laa kau punya neutralized...orang cina apa bagai..kau tipukan?", balas kak Mona kepada Joanne. "Eleh....sedap je dia tuduh kita...yg dia tu tidur sekali dengan Imran kenapa? Cakap tadi nak tengok je...huhh!!!", balas Joanne. "Emm...takda laa Imran...akak just rasa kalau akak join sekali...tidur sekatil dengan Imran..Imran boleh cepat berpeluh sikit...tengok...Imran dah boleh bangun dah. Mesti sebab akak tu!", balas kak Mona sambil melihat dan menunjukkan kearah aku. "Haaa...betul tu. Tengok demam U dah dineutralizedkan!", sambung Joanne melengkapkan ayat kak Mona. Aku hanya ketawa melihat mereka memberikan jawapan masing-masing sambil menggelengkan kepala. Joanne dan kak Mona saling bertukar pandangan. "Macam-macamlah korang ni...neutralized laa...apa laa...Imran nak pergi kencing pun susah. Kang bangun mengejut terjaga pulak dua orang princess yang cantik ni. Dah macam pencuri dah tadi Imran rasa.", kataku sambil ketawa. Mereka berdua hanya mampu tertunduk malu. "Emm..korang borak laa dulu, Imran nak pergi minum air kejap...hahaha...macam-macam betul.", sambungku lagi sambil aku bangun dari dudukku. Tidak semena-mena aku terasa ingin terjatuh. Mungkin disebabkan badanku yang masih belum sihat dan tiada tenaga. Bagi mengelakkan diriku terjatuh, aku mencapai tanganku untuk memaut sesuatu secara spontan.

Sebumbung Bersama 4 Gadis Jelita - PremierWhere stories live. Discover now