Rangkap Kesebelas : Ekspedisi II - Good News?

42.7K 295 30
                                    

Mata Imran berat. Dirinya melayang terapung disatu kawasan yang gelap tanpa sebarang cahaya. "Aku...aku kat mana ni?", detus hati Imran. Ruang tersebut kosong. Dengan tidak semena-mena, satu kerdipan cahaya yang gilang gemilang berkilauan memenuhi ruang kosong yang mengapungkan diri Imran. Pemandangan segera berubah apabila cahaya yang bersinar tadi mulai menghilang. Mata Imran yang terpejam rapat dibuka perlahan. Masih silau. Objek-objek dipersekitarannya gagal diamati dengan sempurna. Digosok-gosok kelopak matanya. Kawasan yang gagal diamati tadi kini jelas terpampang. Dia kini berada disatu kawasan padang yang luas menghijau dihiasi pelbagai spesies flora. Hanya terdapat satu pohon pokok yang besar berada diatas bukit. Agak jauh dari tempat dia berada. "Ini...ini bukan tempat yang sama macam hari tu ke?", kata Imran sendirian lalu berdiri dan mula menapak tercari akan seseorang, sekujur tubuh yang dahulu menemaninya dilapangan tersebut. "Jooooooooaaaaaannnneeeee!!!!Joooooooaaaaaannnnneeee ada kat sini ke???Joooooaaaaannnneee!!!", pekik Imran berkali-kali sambil langkah kakinya menapak menghala ke pohon besar yang berada diatas bukit kecil. "Hemmm...dia takda ke? So...aku...aku sorang-sorang ke kat sini?", kata Imran sendirian apabila dia telah tiba berhampiran dengan pokok besar tersebut. Tubuhnya direbahkan dan bersandar pada batang pokok tersebut. "Hemmm...tempat apa ni? Aku mimpi ke? Ke ni alam barzakh? Huissshhh...takkan kot...hemmmm...", kata Imran sambil kepalanya memusing meninjau kawasan sekeliling. "Selamat pagi saudara.....", kata satu suara yang menyinggah dari arah belakang pohon belah kanan tempat Imran bersandar. Seraya dengan itu Imran pun menoleh dengan laju kearah gerangan empunya suara. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat akan rupa bentuk individu yang menegur dirinya tadi.

Matanya tidak berkelip melihat akan sekujur tubuh yang amat dikenalinya. Terkesima, terkejut dan hairan menyinggah didalam hatinya. Apakah benar apa yang dilihat dihadapannya sekarang atau hanya sekadar perhiasan permainan minda didalam alam fantasi itu? Wajah individu yang menyapanya sebentar tadi diamatinya betul-betul. "Hehe...kenapa Imran? Dah tak kenal abah lagi dah?", kata lelaki tersebut. Imran hanya terdiam. Mulutnya bagai dijahit kemas. Tiada kosa kata yang mampu dijadikan perantara untuk berdialog dengan ayahnya yang telah lama pergi meninggalkan dirinya. Air mata mula terbit berkumpul tepat pada kelopak matanya. "Hehe...abah tak marah pun kalau Imran dah tak kenal abah. Abah dan ibu kamu pergi tinggalkan kamu pun masa kamu masih kecil lagi...boleh abah duduk si....", belum sempat bibit kata dari gerangan lelaki yang mengaku bahawa dirinya adalah bapa kepada Imran dilontarkan dengan lengkap, Imran terus meluru memeluk lelaki tersebut. "Aaaaaabbbaaaaaaaaaaahhhhhh!!!!", jerit Imran seraya itu air mata yang digenang mulai turun membasahi pipi Imran. Emosinya bercampur aduk. "Hahaha...kenapa kamu menangis nak? Haha...kenal jugak kamu ye?", kata bapa Imran. "A...abah...isk...macam mana abah boleh ada kat sini?Isk...isk...bukan ke abah dah lama...pergi?", tanya Imran dengan penuh rasa ingin tahu dan rindu kepada bapanya. "Haha...Imran...relaks...relaks...abah cerita..abah cerita...kok ye pun jangan laa peluk abah macam ni...dah laa kamu dan abah tengah telanjang ni...hahaha.", kata bapa Imran membuatkan Imran terus melepaskan pelukannya pada tubuh bapanya. Dia terus mengaut dan mengumpul daun-daun kering disekelilingnya lalu diletakkan diatas kelangkangnya bagi menutup belalainya yang terdedah. Malu apabila dia tersedar akan situasi yang dilaluinya sekarang. Air mata yang mengalir sedari tadi diseka. Dirinya masih tidak dapat mempercayai akan keadaan tersebut. Tempat apakah sedang dia berada sekarang? Bagaimana boleh bapanya berada disisinya sekarang? Beribu persoalan berlegar bermain dibenaknya.

"Mona....emm...kitorang turun cari makan dulu ye...betul ke U tak nak apa-apa?", tanya Alisya kepada Mona yang setia menunggu dibirai katil. Mona hanya menggelengkan kepala dengan perlahan. "Mona...I know how U feel right now...but...U tak boleh macam ni...dari malam semalam sampai laa sekarang...U tak makan apa-apa langsung kot Mona.", kata Vicky yang kerisauan melihat akan Mona. Mona mengalihkan pandangannya melihat dua rakannya yang berdiri dibalik pintu wad. Matanya bengkak, wajahnya tidak bermaya. Jam didinding ditatapnya. Jarum jam menunjukkan waktu pukul 3.30pm. "Emm....takpalah. Aku...aku tak rasa lapar....korang makan laa dulu...aku tunggu sini...kalau Imran bangun nanti ada orang kat sisi dia..", balas Mona lemah. "Mona...U...", belum sempat Vicky menyambung Alisya terus memegang lembut bahu Vicky bagi menghentikan kata-katanya sambil menggelengkan kepala. Vicky mengeluh, lalu membuka daun pintu wad. "Err....guys....emmm....nanti minta tolong tengokkan Joanne dekat bilik dia?", sambung Mona lalu mencapai tangan Imran dan digenggam erat. "Okay dear...", balas Alisya sambil menutup pintu bilik wad tempat Imran berada dengan perlahan-lahan. Kaki mereka menapak dengan lemah berjalan dikoridor hospital Pantai menuju ke bilik wad yang menempatkan Joanne. "Heeeeeeeeeemmmmm....", keluh Alisya lalu terus terduduk dikerusi plastik berwarna biru yang diletakkan tersedia rapi dikoridor. "Alisya? U ok?", tanya Vicky yang berdiri dihadapannya. "I ok....hemmm....but I....why things escalated so quickly like this? Kita tengah seronok-seronok tadi...and now things happen this way...I tak tau macam mana nak cakap...apa I rasa sekarang Vick...I just....so fucking frustrated and worried...", kata Alisya sambil memegang dahinya dengan kedua-dua tangannya. "Haa...sudah...U pun macam ni jugak. Janganlah salahkan diri sendiri Alisya...I pun rasa apa yang U rasa...tapi apa yang kita boleh buat sekarang adalah tunggu result dari doktor...just hope for the best ok?", balas Vicky yang cuba menaikkan kembali semangat kawannya yang semakin menurun. Alisya kembali mendongakkan kepalanya. Ada betulnya kata-kata Vicky kepadanya sebentar tadi. Apa yang boleh mereka lakukan sekarang adalah meletakkan kepercayaan dan pengharapan kepada pihak hospital yang lebih arif. Alisya menghelakan nafasnya dengan panjang dan menampar-nampar lembut pipinya lalu tersenyum kelat melihat kearah Vicky. "Thanks Vick...dah...jom laa kita tengok Joanne dulu.", kata Alisya. Vicky menyambut senyuman yang dilemparkan oleh Alisya sebelum memegang telapak tangan kawannya itu dan menariknya lembut. Langkah mereka diteruskan ke bilik wad Joanne yang berada tidak jauh dengan wad Imran, hanya selang 2 bilik wad sahaja. Apabila pintu bilik wad Joanne dibuka, terlihat akan Janice yang terlelap diatas sofa 1 seater yang berada dipenjuru bilik tersebut. Joanne masih terbaring lemah diatas katil hospital. "Jomlah kita gerak cari makan dulu...biarlah Janice rehat kejap. Joanne pun masih pejam lagi tu...nanti kita check lain...", kata Alisya. Vicky hanya mengangguk tanda setuju lalu menutup pintu wad yang menempatkan Joanne perlahan. Kepala mereka dirasakan berat, berat memikirkan apa yang berlaku kepada mereka sepanjang perjalanan mereka ke rumah ibubapa Joanne.

Sebumbung Bersama 4 Gadis Jelita - PremierWhere stories live. Discover now