Rangkap Ketujuh : Vicky & Alisya

59.6K 296 13
                                    

Jeritan suara perempuan berwajah cantik yang tidak aku kenali memecahkan ruang lingkup dibilikku menjengahkan suaranya ke seluruh pelusuk kawasan di apartmen tersebut. Gegendang telingaku bagai ingin pecah mendengarkan suara yang nyaring tersebut. Tapak kaki berderap bersilih ganti kedengaran diluar bilikku. Kak Mona, Joanne dan seorang lagi gadis yang tak aku kenali masuk ke dalam bilik. Kak Mona dan Joanne terus ketawa apabila melihatkan aku yang kaget terduduk diatas lantai apartmen. Gadis yang tak dikenali mula bersuara. "Siapa lelaki ni Joaaaaannnee?? Dia mengendap I...dia nak apa-apakan I tadi. Kenapa U all gelak pulak??", detus suaranya yang bagai marah kepada mereka berdua sambil jarinya ditunjukkan kearahku. Seorang lagi gadis mendapatkan dia lalu dibawa keluar atas arahan Joanne. "U all pergi bersiap dulu...nanti I terangkan...cepat-cepat! Nanti keras pulak adik cik abang kita ni!", kata Joanne kepada dua-dua wanita tersebut. Mereka berdua hanya berkemban dengan tuala yang aku lihat singkat. Sempat wanita yang menjerit itu tadi mengerling tajam kearahku lalu dibawa pergi oleh temannya. Kak Mona duduk bertinggung disebelah kiriku lalu menyambung ketawanya. "Hahaha...kau dah pandai nak merogol pulak ye sekarang ni?Hahahaha!!", dahsyat jugak yee nafsu kau Imran", kata kak Mona. "Ehh...tak...tak...Imran nak pergi kencing...tiba-tiba dia keluar...Imran rasa, Imran yang mangsa sekarang ni.", kataku menjernihkan suasana. Joanne yang berdiri dihadapanku hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. Kak Mona tergelak besar sambil tangannya mengusap rambutku dengan kasar hingga kusut masai.

Setelah beberapa ketika kami menunggu diruang tamu dua gadis yang tak aku kenali tadi keluar dan duduk disofa 1 seater yang diletakkan bersebelahan. Manakala aku seperti biasa diapit oleh kak Mona dan Joanne. "Kenapa U ketawa Mona?? Huh!!!", kata gadis yang menjerit tadi kepada kak Mona yang masih lagi tidak henti ketawa sambil menampar pehaku berkali-kali. Aku hanya menundukkan pandanganku, tidak mampu untuk aku mendongak melihat wajah mereka berdua yang seperti mahu membelasahku. "Hahahaha...tak...tak ada apa-apa. Joanne...if U would?", sambung kak Mona yang masih dalam tawanya. "Ehemm...Mona, sudah-sudah ketawa ye? Okay...now I nak tanya U dulu Vicky, apa U buat kat dalam bilik 4 tu?", tanya Joanne kepada gadis yang menjerit didalam bilikku tadi yang bernama Vicky. "Emm...why? Why U question I??Bukan U patut question laki miang tu dulu ke?", kata Vicky sambil jarinya menunjukkan kearahku dengan muka kemerah-merahan menahan geram. "Ehem...jawab my question dulu please?", kata Joanne kepada Vicky. "Huuuuhhhhh....emm....kitaorang baru je sampai pagi tadi. Lepas tu penat...so kami tidur. Lepas tidur I thought nak mandi la. Tapi bilik air yg kitaorang share ada Alisya, dia pun tengah mandi. So I thought why not I gunakan je bilik air yang kosong kat dalam bilik tu. Sudah je I mandi...laki ni...laki ni terus nak terkam I U tau tak?", balas Vicky kepada Joanne. Joanne memandang aku dan tersenyum sebelum membalas kata-kata Vicky. "U all ada baca tak mesej I send to U? Ada check tak? Hemm, Vicky? Alisya?", tanya Joanne kepada Vicky dan Alisya. Mereka terdiam lalu menunduk. "Haiihhh...nampak sangat U all amik mudahkan? Sekarang, bilik tu dah ada tenant..that tenant is this gentleman!", sambung Joanne lalu memegang bahuku dengan lembut. "So, sebelum jadi lebih teruk...apa kata U all kenalkan diri masing-masing?", sambung Joanne sambil melihat kearah mereka berdua. "Emm...hai...hehe...I'm Alisya", kata gadis kedua yang aku tak kenali tadi lalu menyuakan tangannya untuk berjabat denganku. "Emm...hai...saya Imran.", tangannya aku sambut dan terasa akan kelembutan kulitnya. Wajahnya iras-iras Alia Bhat pelakon wanita Bollywood dengan rambutnya yang ikal mayang melepasi paras bahu dan hitam pekat. Kulitnya gebu berwarna coklat cerah, tidak terlalu gelap dan tidak terlalu cerah. Dia hanya tersenyum melihatku dan menundukkan kepala sedikit tanda perkenalan. "Emmmm....I kena introduce jugak ke?", tanya Vicky sambil melihat kearah Joanne. Joanne hanya mengangguk dan tersenyum. "Emmm...ergghhhhh!! Whatever, I'm Vicky...and don't U expect for me to say sorry!", katanya kepadaku dengan tegas dan membiarkan tangan yang aku hulurkan kepadanya tergantung tanpa dijabat. Kak Mona yang melihat terus memegang tanganku lalu diturunkan bagai cuba untuk mempertahankan maruahku yang sedang didalam malu apabila tanganku tidak dijabat semula.

Sebumbung Bersama 4 Gadis Jelita - PremierWhere stories live. Discover now