Prolog

1K 45 3
                                    


[Waktu malam]

Di tempat persembunyian Tengkotak, Borara bersama Ejojo tak puas kerana Adudu dan Probe menolong adik-beradik Elementals mengalahkan mereka. "Tak guna! Kami tak terfikir yang Adudu dan Probe tolong mereka!" Borara hentak meja itu. Ejojo melihat Kikita dan berkata,"Aku akan berikan kau misi. Pergi ke Planet Bumi dan cari-" Sebelum dia boleh habiskan ayatnya, mereka terdengar bunyi pintu masuk di tempat itu pecah. Ejojo dan Borara melihat satu sama lain dan mengangguk kepala mereka, memahami apa mereka patut buat seterusnya.

Borara buka pintu dari bilik itu dan keluar. Dia periksa di sekelilingnya. Sambil dia memeriksa, satu alien tiba-tiba muncul di depan dia. Ejojo memandangkan laser pistolnya ke arah alien itu. "Siapa kau!?" Soal Ejojo. "Heh, dapat juga cari kau semua." Kata alien itu dan dia memperkenalkan dirinya sebagai Retak'ka.

Mata Kikita, Gaganaz dan Yoyo Oo menjadi besar apabila mereka nama Retak'ka. "T-Tak mungkin!" Kata Yoyo Oo. "I-Itu Retak'ka?" Kata Kikita. "Dia masih muda!" Kata Gaganaz. Retak'ka lihat ke arah mereka tiga. "Hmm.. Melihat wajah kau bertiga seperti itu... Mesti tahu siapa aku kan?" Soal Retak'ka. Tanpa mereka membalas dia, Borara berdiri di depan alien itu dan berkata,"Itu tak penting! Kenapa kau cari kami!?" Retak'ka pun membalas,"Aku dengar adik-beradik elementals mengalahkan kau dan aku ingin membantu kau." Ejojo menyepetkan matanya. "Dan kenapa kau ingin membantu kami?" Soal Ejojo. "Kuasa mereka adalah milik aku sebelum ini dan aku ingin kembalikan kuasa itu untuk aku. Kalau aku dapat kembalikan kuasa itu, kami ada peluang besar untuk mengalahkan mereka." Retak'ka menjelas. Borara meletak jari telunjuknya di dagu dia dan mula berfikir. "Hmm... Mungkin kami boleh mengalahkan mereka kalau dia menolong kami. Tapi, aku ada masalah percaya dengan dia lepas kami mengalahkan adik-beradik elementals.." Bisik hati Borara. Borara melihat Retak'ka dan berkata dia terima bantuannya.

The Power of Elemental Fusions [COMPLETED]Where stories live. Discover now