Mimpi

788 38 0
                                    


Adik-beradik elementals bersama kawan-kawan mereka baru saja sampai di pantai. Taufan dan Blaze siapkan jaring untuk bermain bola tampar bersama kawan-kawan mereka nanti. Ais dan Solar duduk di kerusi di bawa payung. Gopal akan barbeku makanan.

Sambil semua bersenang-senang di pantai, Aina yang berada di rumah Tok Aba mula menjadi agak risau. Aiman dan Danial masuk ke bilik Aina. "Aina." Danial memanggil dia tapi, dia tak membalas atau melihat dia. Danial lihat Aiman, soal kalau ada apa-apa berlaku dengan Aina tadi. Aiman hanya mengangkat bahunya, membalas yang dia tak pasti. "Aina." Danial menepuk bahunya dengan jari telunjuknya. Aina kembali ke realiti dan lihat mereka. "Kau... Kau ok tak?" Soal Danial. "Hmm? ok je." Aina membalas. "Aina, kau boleh beritahu kepada kami. Kami kan kawan kau. Dari kami kecil lagi." Kata Aiman, mengharap Aina memberitahu sesuatu kepada mereka.

Aina menghela nafas dan memberitahu kepada mereka. "Perasaan aku... Ia membuat aku rasa tak sedap hati dan... Aku mula menjadi risau pula. Risau yang alien ini akan datang mencari adik-beradik elementals." Danial meletak tangannya di bahu Aina dan menyuruh Aina bertenang. "Alien itu... Jenis apa?" Soal Aiman. "Tak pasti.." Aina membalas. "Ok, kau jangan risau. Cuba lupakan tentang itu dulu. Esok kita jumpa Laksamana Tarung." Danial mencadang. Aina lihat Aiman. Aiman menunjuk jari ibu dia. "Baik la." Kata Aina. Dia lupakan tentang apa yang mengganggu dia dari tadi.

Balik ke pantai di mana elementals dan kawan-kawannya berada di situ. "Ambil ni!" Thorn melompat dan menampar bola ke arah Blaze. "Heh, itu saja? Rasakan!!" Giliran Blaze pula untuk menampar bola itu dan bola itu menuju ke arah salah satu alien. "Adui!" Jerit alien itu. Mereka semua lihat siapa alien itu dan ia tak selain daripada Adudu. "Eh, Adudu! Apa kau buat di sini hah!?" Soal Blaze. Dia dan kawan-kawan dia mengeluarkan kuasa mereka.

Probe menolong Adudu berdiri. "Kami nak berehat la! Tak boleh ke??" Kata Probe dengan perasaan marah. "Sejak bila alien jahat berehat di tempat seperti ini?" Soal Taufan. "Sejak sekarang.." Adudu membalas. "Sudah, jangan ganggu kami." Adudu dan Probe ingin meninggalkan musuh lama mereka di situ tapi, Gempa memanggil mereka. "Jom la main dan makan bersama kami." Kata Gempa dan ia membuat semua terkejut apabila Gempa kata seperti itu.

"Dey, Gempa. Kenapa kau ajak dia sekali? Dia tu musuh kami! Tahu tak!?" Kata Gopal dan menggoncang Gempa. Gempa menolak Gopal dan berkata,"Tahu la yang dia musuh kami tapi, Adudu dan Probe tak akan buat benda jahat lagi. Kata Adudu, dia nak berubah menjadi alien baik." Semua kecuali Gempa menyepetkan mata mereka ke Adudu. "Haih... Kalau kau semua tak nak musuh kami di sini, biar mereka jalan ke-" Sebelum Gempa boleh habiskan ayat dia, Adudu menjerit dari jauh,"Kami pergi dulu! Tata Titi Tutu~" Adudu dan Probe lari dari situ. "Sudah la, jom makan." Kata Ying. Hali pun menolak abangnya untuk makan bersama.

Satu jam kemudian, mereka mula mengemas barang-barang mereka dan terus balik ke rumah mereka masing-masing. Masa Gempa ingin buka pintu rumahnya, Aiman buka pintu itu. "Selamat kembali." Kata Aiman demgan bahasa formal. "Aiman, kan kami sudah beritahu kepada kau.. Kau tak perlu berformal dengan kami." Kata Hali, masuk ke dalam rumah. "Selamat kembali." Kata Aina dan Danial sambil mereka mebongkok sembilan puluh darjah ke mereka. "Aina, Danial. Kan kami sudah-" Sebelum Hali boleh habiskan ayat yang sama, Danial memotong. "Maaf Tuan Hali." Kata Danial, Aina dan Aiman. "Haih.. Kau bertiga-" Sebelum Hali boleh jerit, mereka bertiga ketawa. "Kami.... Kami gurau saja!" Kata Aiman sambil mengelap air matanya. Lepas ketawa dengan puas, mereka bertiga siap sedia untuk makan malam. 10 minit sudah berlalu dan Elementals masuk ke dapur untuk makan malam bersama Tok Aba. Mereka bercerita tentang apa mereka buat di pantai petang tadi.

Apabila semua sudah habis makan dan bercerita, mereka meluangkan masa mereka sendiri atau main bersama kembar mereka dan masa waktu untuk tidur, mereka terus ke bilik masing-masing dan tidur.

"MUAHAHA!!! Rasakan ini!" Terdapat alien tak dikenali menyerang adik-beradik elementals dengan senjatanya. "Tembakan Solar!" Solar menyerang alien itu dengan kuasanya. Tapi, sebelum kuasa dia boleh sampai ke alien itu, alien itu dengan pantas menyekik Solar. "Solar!" Jerit adik-beradiknya. Solar pula mula menjerit dengan kesakitan kerana alien itu membuat sesuatu buruk kepada Solar. Elemen Solar di topinya hilang.

Giliran alien itu pula untuk menyerang elementals lain. Dia guna kuasa Solar dan mereka semua terbaring di atas tanah. Satu demi satu kuasa mereka hilang. "Kuasa Elemental... Akhirnya milik aku sekali lagi!!" Kata alien itu dan mula ketawa jahat. "Siapa.. Kau.." Soal Gempa. Alien itu melihat Gempa dan membalas,"Aku Reta-" Gempa dan adik-beradiknya tutup mata mereka sebelum alien itu boleh habiskan ayatnya.

The Power of Elemental Fusions [COMPLETED]Where stories live. Discover now