Adik-beradik Elementals kalah

474 30 2
                                    


Gempa dan yang lain berlari untuk menjauhkan diri mereka semua dari Retak'ka. "Kami nak ke mana, Gempa?" Soal Hali. "Hali akan tahu nanti." Kata Gempa. Tak lama nanti, mereka berhenti di depan rumah lama di mana mereka pernah pergi sebelum ini.

"Rumah lama ini.." Hali bergumam. "Kenapa kami ke sini?" Soal Tok Aba. "Tengkotak, Ejojo dan Retak'ka tak akan tahu kami di sini." Gempa membalas. "Tapi, kalau mereka dapat tahu tempat ini, kami tak selamat lagi." Gempa sambungkan ayatnya. "Erm.. Jadi, kami akan tidur sini ke?" Soal Blaze dengan agak takut. Gempa mengangguk kepala dia untuk membalas soalan adik dia. "Tapi, jangan risau. Gempa tahu Blaze dan Solar takut." Kata Gempa dan membuka tanah di depan mereka, menunjuk lobang besar. "Kami akan tidur di dalam sini. Gempa akan buat pelindung bila semua di dalam. Macam gitu, alien jahat tak akan cari kami semua." Kata Gempa. "Terbaik la Gempa." Kata Ochobot sambil menunjuk jari ibunya. "Mari masuk dan rehat." Kata Tok Aba dan masuk ke dalam dulu. Yang lain pun ikut Atok mereka masuk.

Apabila semua sudah masuk, Gempa buat pelindung di atas mereka. Lepas membuat pelindung, Tok Aba mencadang mereka tidur awal untuk mendapatkan tenaga. Elementals setuju kata Atok mereka dan tidur awal. Ada sesuatu yang mereka tak tahu bila mereka sampai ke situ. Terdapat beberapa orang sedang perhatikan mereka sejak adik-beradik Elementals bersama Tok Aba dan Ochobot sampai ke situ.

Keesokan harinya...

Gempa buka pelindung itu dan mereka semua keluar dari tempat itu. "Sungai tak jauh dari sini. Kami boleh tangkap ikan di situ dan makan untuk sarapan kami." Kata Gempa. "Perlu ke?" Soal Thorn. "Mesti la perlu. Kami pun perlu makan untuk mendapat lagi sikit tenaga." Tok Aba membalas soalan Thorn. "Sudah mari." Gempa membawa mereka ke sungai.

Elementals mula menangkap ikan apabila mereka sampai ke sungai. Tok Aba dan Ochobot duduk di tepi sungai sambil melihat mereka. Lepas menangkap beberapa ikan, Blaze guna kuasa dia dan bakar ikan yang mereka sudah tangkap tadi. Gempa akan beritahu kepada Blaze bila ikan itu sudah bakar dengan betul. Bila sudah bakar dengan betul, mereka pun makan sama-sama. Masa mereka sedang makan, tiba-tiba muncul Ejojo dari atas dan menyerang mereka. Gempa dengan pantas hubungi Aina. Lepas itu, dia menyuruh Ochobot bawa Tok Aba pulang ke rumah dia. "Tapi, tempat itu-" Ochobot tak sempat nak habiskan ayatnya kerana Gempa memotong. "Pergi saja di situ. Aku sudah hubungi Aina." Kata Gempa. Ochobot buka portal teleportasi dan bawa Tok Aba bersamanya ke rumah.

"Sekarang, kau tak akan dapat lari ke mana-mana." Kata Retak'ka yang muncul dari atas juga. Retak'ka tukar jadi Retak'ka Voltra. Dia mula menyerang Gempa, Blaze dan Ais. Yang lain berdiri di tepi sejak Tengkotak sedang menahan mereka walaupun mereka tiada kuasa.

Gempa, Blaze dan Ais berlawan Retak'ka Voltra hingga mereka hilang tenaga mereka. Mereka mengambil nafas berat. "Sudah penat? Heh, kau bertiga agak lemah.. Rasakan ini!" Retak'ka tukar jadi Retak'ka Gamma.

"Tembakan mata!"

Gempa lari ke depan dan melindungi Blaze dan Ais tapi, serangan Retak'ka terlalu kuat dan kuasa dia dapat kenakan Blaze dan Ais. Mereka bertiga terbaring di atas tanah. Retak'ka menuju ke arah mereka dan mula menyedut kuasa mereka. Mereka jerit dengan kesakitan. Lepas menyedut kuasa mereka, Retak'ka lepaskan mereka. Tengkotak berikan jalan untuk adik-beradik lain, berlari ke arah Gempa, Blaze dan Ais. "A-Abang Gempa, b-bangun la!" Thorn menggoncang badan Gempa tapi, Gempa tak respon.

"Tembakan gamma!"

Elementals jerit dengan kesakitan dan terbaring di atas tanah juga. Tengkotak dan Ejojo senyum jahat. Elementals akhirnya kalah. "Sekarang, kita ke Planet Z1." Kata Retak'ka. Dia, Ejojo dan Tengkotak masuk ke dalam kapal angkasa mereka dan mula bergerak ke planet lain iatu Planet Z1.

(Author main hentam saja namakan planet lain. Jangan tanya kenapa.)

The Power of Elemental Fusions [COMPLETED]Where stories live. Discover now