Pertemuan dengan Fusion Elementals

603 38 1
                                    


10 minit sudah berlalu dan adik-beradik Elementals bangun. "Adui... Sakitnya kepala aku..." Kata Taufan, meletak tangan dia di kepalanya. "Habis la! Retak'ka sudah ambil kuasa kami! Tak ada siapa akan mengalahkan dia." Kata Blaze. "Kami tak boleh berputus asa. Kami mesti cari jalan untuk mengalahkan dia." Kata Gempa.

Tiba-tiba, semak tak jauh dari mereka mula berbunyi dan ia membuat adik-beradik Elementals melihat ke arah bunyi itu. "Siapa di situ!?" Soal Hali. Terdapat tiga lelaki menunjuk diri mereka ke adik-beradik Elementals. "Siapa kau?" Soal Gempa. "Kami Fusion Elementals. Nama Aku Glasier. Ini Supra dan Frostfire." Satu lelaki yang bernama Glasier memperkenalkan diri mereka ke adik-beradik Elementals. "Fusion Elementals?" Mereka angkat kening mereka, tak pernah dengar. "Tunggu, kami tak pernah nampak kau bertiga di mana-mana. Kau tinggal di mana dan kenapa kau berada di sini?" Soal Gempa. "Kami dari Pulau Rintis tapi, kami datang sini semalam kerana kami rasa sesuatu dari rumah lama ini." Glasier membalas. Apabila dia meyebut 'semalam', Ais berfikir. "Erm... Kau kata semalam tapi, kami tak nampak kau pun. Apa kau buat semalam?" Soal Ais. "Kami hanya berjalan di sekekliling rumah lama ini pada waktu malam hingga kami dengar suara kau semua. Jadi, kami berbincang yang kami akan ikut kau semua tanpa sesiapa tahu. Kami juga saksi apa yang berlaku sebelum ini." Supra menjelas. Gempa mula berfikir lepas mendengar penjelasan Supra apa yang mereka buat di sini.

Sesuatu mengingatkan Gempa. Dia keluarkan batu permata dari poketnya. "Kau semua ada batu permata sendiri?" Soal Gempa ke adik-beradik dia. Mereka mengeluarkan batu permata itu dari poket mereka. "Ada." Mereka menunjuk ke abangnya. Mereka simpan bersamanya selama ini. "Kenapa tanya?" Soal Ais. "Lihat saja." Kata Gempa. Abang dia pegang permata itu dengan dua tangan dan menyebut elemen dia.

"Tanah!"

Batu permata itu bercahaya dan tak lama nanti, ia berhenti. "Erm.. Tak ada apa-apa jadi pun." Kata Solar. "Memang la tapi, aku boleh rasa kuasa aku sudah kembali." Kata Gempa dan mula cuba kalau dia boleh guna kuasa elemen dia.

"Golem tanah!"

Golem tanah pun muncul. Mata Fusion Elemental menjadi bulat. "Whoa!" Kata mereka bertiga dengan kagum. "Kalau abang Gempa boleh dapat kuasa elemen dia, kami pun boleh dapat." Kata Hali. Mereka pun mengikut apa abang dia buat tadi. Pegang permata itu dengan dua tangan dan sebut elemen mereka masing-masing.

"Petir!"        -     Hali

"Angin!"      -     Taufan

"Api!"           -     Blaze

"Air!"            -      Ais

"Daun!"        -     Thorn

"Cahaya!"    -      Solar

Baru permata mereka bercahaya untuk sebentar dan ia berhenti. "Mari kita cuba kalau kuasa elemen kami sudah kembali." Kata Taufan. Mereka pun cuba dan akhirnya dapat juga kuasa elemen mereka. "Kami tak boleh hilangkan batu permata ini. Kalau sudah hilang, kuasa kau pun hilang. Jadi, jaga baik-baik tau." Gempa nasihat mereka. "Faham, abang." Kata yang lain kecuali Fusion Elementals. "Sejak kau semua dapat kuasa kau balik, boleh jelaskan kepada kami apa yang berlaku?" Soal Glasier. Gempa pula mula menjelaskan kepada mereka. "Baik la. Ceritanya bermula macam ni."

The Power of Elemental Fusions [COMPLETED]Where stories live. Discover now