Bab 13

173 3 0
                                    

Dia keluar dari biliknya menujuh ke balkoni ingin melihat pemandangan L.A di senja hari. Bunyi kereta lalu lalang menjadi pemandangan matanya, Sungguh sibuk bandar itu.

Hari ni sudah dua minggu Adam tiada di rumah. Adam dan juga pengurusnya itu ke luar negeri. Call tiada, mesej bertanya tentang khabar  lagilah tiada. Mereka sungguh sibuk melancarkan tour untuk Album Adam yang baru saja keluar. Sungguh sibuk kehidupan suaminya itu. Tinggallah dia sendiri kesunyian di rumah besar ini.

Berhenti berharap Sakila. Dia bukan nak ambil berat pasal kau pun. Baginya, kau ni orang yang tiba-tiba datang dan menyusahkan hidup dia. Dia nikahi kau pun sebab anak dalam kandungan ni. Bersyukurlah sebab dia mahu memeluk Islam dan menikahi kau. Walaupun terpaksa dan rahsiakan semua ni daripada umum, tapi dia sanggup nikah dengan kau.

Bosan. Tu yang dia rasa sekarang ni. Nak call Charlie tapi dia tengah on vacation, jadi tak mahu lah ganggu dia.

Call ibu pulak, ibunya itu tengah oncall sekarang ni. Ibunya sebagai doktor pakar pesakit tulang di salah sebuah hospital swasta di Malaysia. Bercerita tentang ini, berita pernikahannya dia masih rahsiakan daripada pengetahuan ibu dan ayahnya. Perkara itu membuat dia sangat tertekan. Macam mana mahu memberitahu perkara sebenar?

Sakila menghembuskan nafas perlahan. Dia mengeluh lagi. Hari ni sudah beberapa kali dia mengeluh.Sejak kebelakangan ini badannya sentiasa berasa penat. Buat kerja sikit dah penat

Tiba-tiba tekaknya rasa mual dan ingin muntah. Cepat-cepat dia berlari ke dapur. Dia memuntahkan segala isi perutnya di sinki. Sebenarnya takda apa pun yang dimuntahkan. Air saja yang keluar kerana dari pagi tadi dia tidak menjamah apa-apa makanan. Bukan tiada makanan, sebelum berangkat pergi Scoots ada membelikan dia barang dapur tetapi dia tiada selera. Semua makanan tak masuk ditekaknya. Selama dua minggu ini dia alahan juga, tetapi hari ni dia rasakan sangat teruk.

Berair matanya menahan perit di tekaknya. Dia duduk sebentar di kerusi meja makan yang berada di dapur. Nafasnya turun naik. Sakila memerhati di segenap penjuru dapur. Sunyi saja, sebentar lagi hari nak gelap. Air matanya tiba-tiba keluar.

Mengapa emosi sangat ni Sakila? Kau selalunya tidak macam ni. Sungguh emosinya tidak menentu sekarang ini.

Kawan tiada, keluarga jauh, suami pun abaikannya. Apalah nasibnya hidup begini. Terhenjut-henjut bahunya menahan tangisnya.

XXX

Selepas buat performance dia mahu makan sebelum balik ke hotel penginapannya. Dari sebelum konsert itu di mula tadi dia belum menjamah apa-apa makanan kerana perutnya belum lapar dan sekarang baru dia terasa lapar. Hari ni hari terakhir dia dan teamnya yang lain berada di Australia selepas lima hari tour dan empat konsert di buat di tempat yang berbeza di negara itu. Sebelum itu dia sudah pergi ke London, Spanyol, Republic zchek, Perancis dan negara eropah yang lainnya. Minggu terakhir mereka untuk sebelum balik ke L.A dan bulan depan akan di sambung ke negara asia pula.

Adam menghirup sup cendawan yang berada di mangkuk kecil itu. Nikmatnya! Kalau lapar semua makanan terasa sangat sedap. Dia berjedah seketika, sup cendawan? Sakila suka sangat dengan sup ni.

Tiba-tiba dia teringat pada gadis bertubuh kecil itu. Dia dah makan ke belum eh? Dia menilik jam yabg berada di pergelangan tangannya. Sudah hampir menujuh ke pukul 12 pagi. Jadi bermakna di L.A pukul 8 malam. Dia dah dinner ke belum eh? Gadis itu kalau tak di paksa makan dia tak makan dan dia malas makan.

"Scoots, where's my phone?" Soal Adam.

Scoots memandangnya pelik. Sekarang baru nak cari phone lepas dah seminggu lebih tak pegang phone. Mana nak pegang phone kalau sibuk memanjang. Masa lapang di habiskan dengan merehatkan badan yang penat. Memang tiada masa lah nak bermain dengan telephone.

When It's TakdirWhere stories live. Discover now