Sedang siap-siap hendak beradu, kedengaran bunyi loceng penthouse mewah itu berdering.
Siapa pulak malam-malam yang datang ni? Sakila melihat jam yang berada di sebelah katilnya. Huh! Dah pukul 12 malam.
Dengan langkah malas dia membawa kakinya untuk turun ke bawah ingin melihat siapa yang datang. Dia menyarung ala kadar selendang hitam dan sweater tidurnya.
Sebelum itu, dia melihat cctv yang berada di sebelah pintu terdahulu.
Adam? kelihatan lelaki itu tengah bersandar di pintu depan rumahnya.
Tak tunggu lama, dia cepat-cepat membuka pintu. Tak sempat Sakila berbuat apa, Adam sudah pun jatuh ke dalam dakapannya.
"Adam-" Sakila cuba mengimbangkan tubuh Adam dan tubuhnya. Nasib baik dia sempat menyambut tubuh Adam, kalau tidak mereka sama-sama akan jatuh.
"Adam...."
Sakila kelihatan bingung. Dan dia menghidu bau yang menyengat hidungnya itu. Dari bau Adam, dia sudah tahu yang lelaki itu sedang mabuk. Sakila menutup hidungnya. Dia memang sensitif kepada bau dan bau itu yang paling dia tidak suka.
Sakila melihat sekeliling, kalau-kalau Scoots atau Klein ada pulang bersamanya. Ternyata Adam sendiri. Sakila membawanya masuk ke dalam dan mengunci pintu. Tubuhnya ikut terhujung-hayang kerana Adam yang asyik meracau-racau.
"Can we.. we keep, keep each other company.." Adam bernanyi, sekali sekala dia ketawa.
Sakila membawanya ke biliknya. Dengan perlahan-lahan dia membuka jaket yang dipakai Adam. Seusai itu, Sakila membuka kasut dan stokin Adam. Lalu dia ke bilik air dan membasahkan satu tuala kecil untuk membersihkan tubuh Adam. Walaupun bau arak itu sangat menyengat di hidungnya, Sakila tetap ingin membersihkan suaminya itu. Dia menutup hidungnya daripada bau yang menyengat itu. Satu persatu dia membuka pakaian suaminya itu.
Perlahan-perlahan dia membuka kemeja Adam dan lap keseluruhan tubuhnya. Adam sudah lama terlena, sesekali dia meracau-racau.
"Music please.." Adam meracau lagi. Mendengar ketawa Adam itu buat Sakila tergeleng-geleng
Mesti Scoots dan Klein tidak mengetahui Adam pergi ke club malam sendiri. Siapa biarkan budak ni sendiri? Siap ke penthousenya lagi. Dia memandu sendiri ke sini?
Sakila bermain teka teki dengan dirinya sendiri. Kali ini dia membersihkan pula wajah Adam. Rambut suaminya itu dibelainya lembut. Selama diorang kahwin, ini kali pertama dia menyentuh kulit wajah dan rambut suaminya itu.
Flawless gila kulit mamat ni. Tapi jika melihat dengan dekat sekali terdapat satu parut halus yang berada sisih kiri keningnya. Parut lama, mungkin parut itu terhasil dari zaman kanak-kanaknya. Sakila terbuai sekejap. Dari kening, ke hidung mancung lelaki itu sampai ke bibir merahnya. SubhanaAllah..Indahnya pemandangan di depannya ini. Kalau tatap pun dapat pahala. Sakila menyusap lembut parut di kening serta wajah Adam.
Rindu? Tipulah kalau dia cakap tidak rindu suaminya itu. Walau Adam selalu melayannya dingin tetapi dalam kedinginannya pun ada terselit kelembutan. Adam tegas saja.
Tiba-tiba mata Adam terbuka luas, matanya merah, tangannya yang berada di wajah Adam itu ditangkap dan di pegang pantas oleh Adam, dan sekarang pergelangan tangannya Adam pegang.
Sakila terkejut dan spontan menarik tangannya. Malangnya, Adam memegang kuat pegangan itu.
Adam menatap matanya dengan pandanganya yang kuyuh itu. Degupan jantungnya tiba-tiba tidak sekata. Nafasnya tersekat kerana posisi wajah Adam dan wajahnya tersangatlah dekat.
Adam tersenyum sambil merenung wajah wanita dihadapannya itu. Dia bagai dibuai sesuatu.
Indah..
YOU ARE READING
When It's Takdir
RomanceKejadian hitam telah mengheretnya ke perkahwinan tanpa cinta dan di situlah bermula semua kisah hidupnya. Dia adalah seorang wanita yang berhati kental dan kuat. Mampukah dia menghadapi semua ujian hidupnya? Mampunya dia pertahankan perkahwinan tanp...