Bab 13

2K 90 3
                                    


"Tuan Muda Khai betul tak nak kami ikut sekali?" Entah kali ke berapa pertanyaan yang sama diajukan kepada Khairul itu. Sekali terdengar Khairul merengus geram.

"Ya! Aku pandai la jaga diri aku ni. Bukan pergi lama pun. Seminggu aje." ujar Khairul dengan nada yang tinggi. Penat juga bila ada pengawal peribadi yang tak faham bahasa.

"Tapi Tuan Muda Khai, Dato dah amanahkan kami berdua untuk jaga Tuan Muda." Zafran dan Syafiq selaku pengawal peribadi untuk Khairul. Dato Kamal sudah amanahkan dua orang pengawal peribadi untuk menjaga Alif dan Khairul.

Khairul tu tak cukup dua orang pengawal. Kalau boleh Dato Kamal mahu sahaja mengupah sepuluh pengawal peribadi untuk mengawal tingkah laku Khairul itu. Orang dah kaya.

Bonet kereta dihempas kuat. Mata berwarna hazel milik Khairul itu merenung tajam ke arah Zafran dan Syafiq. Kalau bukan kerana mereka berdua itu pengawal peribadinya,sudah lama dia membunuh dua orang yang tak faham bahasa itu.

"Boleh tak dengar cakap aku. Tak kisah la tu arahan bapak aku sekali pun. Dah pergi sana."

"Baik Tuan." Syafiq dan Zafran sekadar menunduk hormat sebelum beredar meninggalkan perkarangan rumah itu. Alif yang sedari tadi melihat perlakuan adiknya itu menghela nafas berat.

Entah apa pula rancangan gila Khairul kali ini. Cukup lah Khairul menyelinap masuk ke dalam rumah Tiger itu sudah menaikkan darah Alif.

"Kau nak pergi mana ni. Bawa beg baju bagai. Lari rumah ke?"soal Alif sambil mendekati adiknya yang baru sahaja mahu menapak masuk ke dalam perut kereta.

Baru sahaja Syafiq dan Zafran beredar , datang pula lagi satu bala. Tak boleh ke beri aku ruang nak bersendirian?

"Kau jangan buat kerja gila lagi la Khai. Abah diam tak bermakna abah tak tahu. Bila-bila masa saje kerja kau ni akan terbongkar. Tak boleh ke kita gerak ikut arahan abah." Tubuh Khairul dibawa keluar lalu menghampiri Alif.

"Kenapa kau ni? Datang tiba-tiba lepas itu cakap benda macam ni. Suka hati aku la nak buat apa pun. Kalau abah tahu , masalah aku bukan masalah kau. Jangan sibuk urusan aku. Assalamualaikum."

Belum sempat Alif mahu membalas kata Khairul sudah masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan lalu pantas sahaja Audi A8 itu hilang daripada pandangan Alif.

"Kenapa susah sangat nak dengar cakap aku ni Khai?"

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu , Kelantan memakan masa enam jam dan tiga puluh minit. Khairul lebih selesa memandu sendiri berbanding mengambil tiket penerbangan. Katanya mahu menikmati keindahan alam.

Matahari kian melabuhkan tirainya , bulan kini makin menjelma. Kereta Audi A8 milik Khairul diberhentikan di halaman sebuah rumah. Enjin dimatikan lalu dia menapak ke arah bonet kereta lantas beg bajunya digenggam erat.

"Tak ada orang ke?" Langkah Khairul menghampiri tangga itu lalu menanggalkan kasutnya. Pintu rumah ditolak. Aih tak berkunci. Mahu dimasuk pencuri nanti.

"Assalamualaikum."sahut Khairul sehingga bergema segenap ruang tamu itu. Tiada orang yang menyahut pula.

Tidak lama selepas itu seorang wanita berbaju kurung dan kain batik itu muncul di muka pintu bilik. Senyuman terukir di bibir wajah wanita tua itu lantas Khairul memeluk erat tubuh wanita tua itu.

"Kenapa balik tiba-tiba ni? Suka sangat kan buat kejutan dekat nek wan ni. Alif dengan papa mana?" Tangan kanan nek wan disalam sopan oleh Khairul.

"Salah ke Khai nak balik jenguk nek wan? Khai tahu la Khai ni banyak salah. Tak selalu dengar cakap nek wan." Wajah sugul Khairul tayangkan kepada nek wan. Tubuh Khairul ditepuk perlahan.

DAMIA HANI Where stories live. Discover now