Bab 53

1.1K 47 2
                                    


Rumah teres dua tingkat itu ditenung lama dari dalam kereta. Jam telah menunjukkan ke angka 11 malam. Cahaya di bilik tingkat atas jelas kelihatan. Nampak seperti Khairul belum tidur lagi. Enjin kereta dimatikan lalu Hani menapak keluar dari dalam perut keretanya.

Langkah Hani terhenti di hadapan pagar rumah. Loceng di sebelahnya dipandang kejap sebelum pandangannya beralih kepada bilik Khairul. Lampu telah pun dipadamkan. Mungkin Khairul telah tidur. Keluhan kecil dilepaskan sebelum Hani berpaling kembali ke arah keretanya.

"Hani!" Pantas sahaja gadis kecil itu memalingkan wajahnya ke arah rumah itu kembali. Kelihatan Khairul menapak ke arahnya. Semakin lama semakin dekat ke tubuh Hani. Gadis itu hanya kaku tatkala jarak antara dia dan suaminya hanya sejengkal.

Mata mereka berdua bertaut lama. Ya, Khairul tahu kehadiran Hani ke rumahnya. Dah nama pun cinta itu buta. Enjin kereta Hani pun Khairul dah kenal.

"Awak buat apa dekat sini?" tanya Khairul setelah beberapa minit sepi. Lidah Hani kelu. Persoalan Khairul tadi dibalas dengan pelukan ke tubuh jejaka itu.

"Saya risaukan awak. Kenapa awak lari macam ni? Boleh tak kalau ada masalah apa-apa lepas ni, awak share dengan saya. Seksa hati saya kalau awak terus buat macam ni." luah Hani. Walaupun Khairul itu lelaki, kuat dan mampu hidup seorang diri tetapi bagi Hani tidak.

Sekuat mana pun seseorang itu, pasti akan lemah jua atas sesuatu sebab.

Khairul terkaku. Dia tidak membalas pelukan Hani itu sebaliknya menolak tubuh Hani supaya menjauhinya. Gadis itu hairan dengan reaksi suaminya.

"Sorry, I need space to be alone. Awak balik lah. Jaga papa dekat rumah tu." ujar Khairul dingin. Riak wajah Hani jelas kelihatan kecil hati dengan kata-kata suaminya itu.

Mungkin Khairul tertekan dengan masalah yang dia sedang hadapi sekarang.

"Tak. Saya nak ada dengan awak. I'm your wife, Adam Khairul. Tak kan lah saya nak tinggalkan awak dengan masalah yang awak ada sekarang. Through thick and thin, I want to be there with you." Tangan Khairul cuba digapai tetapi pantas Khairul menarik tangannya. Ego masih menguasai diri Adam Khairul.

Kata-kata Dato Kamal terhadapnya tempoh hari sangatlah memberi kesan yang mendalam pada dirinya. Masih terngiang-ngiang lagi suara ayah angkatnya itu.

"No need. Balik lah. Hari dah lewat. Drive elok-elok. Take care." Khairul menapak kembali masuk ke dalam rumahnya meninggalkan Hani yang masih tercegat di depan pagar rumahnya.

Saat pintu rumah ditutup rapat, air mata Hani berderai jatuh. Remuk hatinya tatkala suaminya tidak mempedulikan kehadiran Hani untuk menenangkan Khairul.

Enjin kereta Hani sudah lagi tidak kedengaran di luar rumah. Badan Khairul disandarkan pada pintu rumah. Wajahnya diraup lama sebelum pipinya dibasahi air matanya. Dia merasakan dirinya sangat kejam berkelakuan begitu terhadap isterinya sendiri.

"Maafkan saya, Hani. Saya takut saya tak dapat kawal emosi saya. Saya takut awak lari dari hidup saya."

Saat Hani memeluk tubuhnya tadi, dia mahu membalas pelukannya itu tetapi ego pada dirinya mengatasi segalanya. Sama seperti ketika Hani cuba menggapai tangannya tadi. Entah mengapa dia menepis.

"Adam Khairul, kau memang teruk."


























Kolam buatan sendiri itu ditenung lama. Air yang mengalir memberi ketenangan pada dirinya. Tidak hairan lah kenapa Dato Ishak gemar duduk di sini ketika dia sedang bersedih ataupun mempunyai sebarang masalah. Pohon yang menghijau dan pokok-pokok bunga dalam pelbagai warna cukup menenangkan jiwa. Keluhan kecil dilepaskan.

Fikiran Hani jauh melayang memikirkan hal yang berlaku malam tadi. Hatinya remuk, hancur apabila Khairul berkelakuan begitu. Kehadiran Hani ke rumahnya itu hanya sia-sia. Tidak pernah pun Hani melihat perangai Khairul yang dingin begitu. Entah apa yang menganggu fikiran suaminya sehingga berkelakuan sebegitu.

"Adik? Buat apa dekat sini? Tak kerja ke?" tegur Dato Ishak seraya melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan puteri bongsunya itu.

Senyuman di bibir Hani terukir. Tiga minggu Dato Ishak berada di negara matahari terbit itu cukup membuat hati Hani terseksa merindukan bapa kandungnya itu. Selalunya jika Dato Ishak berangkat luar negara, Danial akan sentiasa menemani Hani di rumah. Namun, keadaan kini sudah berbeza. Abangnya sudah mempunyai keluarganya sendiri begitu juga Hani.

Tetapi entah mengapa Hani langsung tidak merasakan yang dia telah bersuami sekarang. Hm.

"Saja. Adik suka duduk sini." ujar Hani perlahan. Matanya beralih pada kolam itu semula. Tiba-tiba sahaja matanya mula berkaca.

"Papa kenal lah anak-anak papa ni macam mana bila ada masalah. Semalam adik balik, papa tahu adik menangis dekat bilik. Kenapa adik? Ada masalah dengan Khairul?"

Semakin deras air mata Hani mengalir. Tubuh Dato Ishak dipeluk erat.

"Adik tak tahu kenapa dengan Khai. Adik pergi rumah dia semalam, cuba tenangkan dia tapi." Kata-kata Hani mati. Air matanya lebih menguasai percakapannya sekarang.

"Dalam berumahtangga ni, masalah pasti akan ada. Cuma cara kita nak handle masalah itu saja menjadi jalan penyelesaian terhadap masalah yang kita hadapi. Macam hal adik ni, papa tengok Khai tu seorang yang tak suka berkongsi masalah. Lelaki kan. Lebih suka pendam daripada meluah. Dia tak nak nampak yang diri dia lemah di depan kamu."

"Biarkan dia sendirian buat masa ni. Tak semua orang nak ada seseorang di sisinya ketika dia ada masalah. Setiap orang berbeza. Adik banyakkan bersabar. Minta pada Allah supaya lembutkan hati Khai."

Hani mengangguk perlahan. Dia bersyukur dikurniakan seorang bapa yang sentiasa ada ketika anaknya bergelumang dengan masalah. Tidak dapat Hani bayangkan kehidupannya jika Dato Ishak sudah tiada nanti.

























"Abah makan lah. Dari semalam abah tak makan apa-apa. Macam mana nak makan ubat." pujuk Alif bersungguh. Pinggang yang berisikan nasi itu disua kepada Dato Kamal namun lelaki tua itu tidak menyambut huluran itu.

Alif melepaskan keluhan kecil. Pinggan itu diletakkan kembali ke atas meja. Sejak pergaduhan dengan Khairul tempoh hari, Dato Kamal langsung tidak bersuara. Dia asyik termenung sendirian di tepi tingkap. Khairul pula tidak munculkan diri langsung. Haih.

"Kenapa dengan abah ni? Cuba beritahu Alif. Mana tahu Alif boleh tolong. Erm, abah nak jumpa dengan Khai ke?"

Saat nama Khairul disebut, wajah Dato Kamal mula berpaling menghadap Alif.

"Abah kenal Khai macam mana. Kalau dia nak jumpa abah, dia akan datang sendiri. Tak perlu Alif nak pujuk dia. Abah rasa serba salah sangat dengan dia. Abah cuma risaukan dia. Khai terlalu terdedah dengan Tiger. Abah tak nak nyawa anak-anak abah melayang pada tangan Tiger." luah Dato Kamal.

Alif terdiam. Ini lah kali pertama Dato Kamal meluahkan isi hatinya di sebalik sikap bengis dan garangnya itu. Jauh di sudut lelaki tua itu, dia masih menyayangi kedua-dua anak angkatnya.

"Alif bukan lah nak apa kan tapi kalau Khai keluar dari kumpulan ni, macam mana?"

"Dia dah besar, biar lah dia buat keputusan sendiri. Lagipun salah abah juga terlalu ikut perasaan marah tanpa fikir perasaan dia waktu tu. Kalau Khai dah tak nak buat semua kerja ni pun, abah tak kesah." ujar Dato Kamal pasrah.

Ya, dulu dia terlalu mengongkong Khairul berbanding Alif. Apa sahaja yang Khairul mahu lakukan pasti ada bantahan daripada Dato Kamal membuatkan sikap keras kepala Khairul semakin menjadi-jadi.

"Khai tak akan keluar dari kumpulan ni." ujar satu suara dari pintu masuk bilik.

DAMIA HANI Where stories live. Discover now