Bab 14

1.9K 77 2
                                    


"Bos , geng Kee dah sampai."

"Suruh mereka ke bilik."

Dua orang lelaki itu akur akan arahan Tiger lantas segera turun ke ruang tamu. Ketibaan tetamu kehormat yang telah lama dinantikan tiba juga akhirnya. Tiger telah mengatur jadual untuk berjumpa dengan sahabat lamanya itu.

Orang berpengaruh mesti lah kena ada buat temu janji terlebih dahulu.

Pintu masuk yang luas terbuka itu sedia menerima Kee dan anak buahnya. Tiger menarik senyuman lebar tatkala melihat tubuh tegap lelaki itu. Sudah sekian lama mereka tidak bekerjasama menjalankan tugas.

"Chào mừng bạn đến Malaysia. (Selamat datang ke Malaysia)." sapa Tiger dengan mesra sambil mendepa kedua-dua belah tangannya. Kee mendakap erat tubuh sahabat lamanya itu.

Kee merupakan ketua mafia yang terkenal di Vietnam. Membunuh , merompak , mengugut dan mengedar dadah sudah menjadi pekerjaannya sekarang. Kee dan Tiger mula berjinak masuk dalam mafia ketika berumur sembilan tahun. Mereka diambil oleh seorang cina tua yang dikenali sebagai Ah Meng.

Ah Meng mula memberi latihan kepada Kee dan Tiger dalam asas menembak. Hari makin hari , usia Kee dan Tiger makin bertambah dan kemahiran mereka turut makin bertambah juga. Sehingga kini , mereka diberi 'pangkat' sebagai ketua mafia.

"Sudah lima tahun kita tak jumpa. Makin berjaya sekarang sudah lupa sama ini kawan lama." ujar Kee bersahaja.

"Kalau saya lupa kamu , tak adanya saya mau jumpa kamu lo."

Kalau tidak kerana Tiger mempunyai tugasan besar, Kee tidak akan dipanggil daripada Vietnam itu semata-mata untuk berjumpa dengan Tiger. Mereka boleh dikatakan pasangan duo yang hebat dan juga digelar Master Killer. Tiada seorang pun yang akan terlepas daripada tangan mereka berdua.

"Jiji, bawa masuk laptop saya." Lelaki bertubuh tinggi lampai yang dipanggil Jiji itu segera mengikut arahan.

Zip ditarik lantas komputer riba milik Tiger itu diletakkan di atas sebuah meja. Slide projector disambungkan dengan kabel pada komputer riba. Sinaran putih mula mencerahkan segenap ruang di dalam bilik itu. Jiji memilih dokumen yang berupa gambar di dalam komputer riba itu lalu dipaparkan pada skrin.

"Anak ikan baru ke Tiger?" pertanyaan Kee dijawab dengan jelingan maut oleh Tiger. Wajah Kee yang sekadar bergurau itu mula bertukar wajah serius.

Gambar lelaki berbaju hitam , tinggi lampai dan berbadan tegap itu dijadikan perhatian semua mata yang ada di dalam bilik itu. Geng Tiger sudah amat mengenali wajah yang menjadi sasaran utama kumpulan itu. Kee melemparkan pandangan yang penuh tanda tanya itu kepada Tiger.

"Siapa dia ni? Apa yang dia dah buat dekat kau sampai jadikan dia sasaran utama? Macam budak-budak je muka dia ni."

"Kalau kau ingat lagi , dia ni yang bunuh Fung. Walaupun Fung cuma anak angkat aku , tapi dia satu-satunya anak yang aku ada. Budak perasan hebat ni memang dah lama tak puas hati dengan kami. Dia belum kenal lagi siapa Tiger." Tiger menggenggam erat buku lima tangan kanannya itu. Jelas ternampak urat yang timbul di tangannya itu.

Kejadian pergaduhan antara Fung dan Khairul sehingga meragut nyawa anak angkatnya itu masih berlegar dalam fikirannya. Tidak pernah sesaat pun Tiger melupakan perkara itu. Fung sudah lama menyimpan dendam terhadap Khairul sejak zaman di universiti lagi. Mereka berdua pernah berkawan baik sejak bangku sekolah lagi.

Fung pernah kantoi ponteng kelas kerana mabuk pada malam itu dan dia menuduh Khairul kerana telah  menyebarkan khabar angin itu. Fung telah memutar belitkan cerita bahawa Khairul yang mabuk pada malam itu. Khairul dibuang dari universiti itu kerana telah mencalarkan imej dan nama baik universiti itu.

DAMIA HANI Where stories live. Discover now