Bab 37

1.3K 65 3
                                    


"Awak nak pergi mana pagi pagi ni? Laju semacam saja." tegur Hani tatkala melihat Khairul yang kelam-kabut itu.

Selepas sahaja solat subuh tadi, Khairul terus bersiap sepantas yang boleh. Baju kotor entah ke mana dicampaknya. Telefon pintar yang bercas itu ditanggalkan daripada pengecas tanpa menutup suis. Nasib baik Hani perasan akan suis itu terbuka. Kalau tidak memang terbakar lah rumah ini jawabnya.

"Abah call tadi. Ada masalah sikit. Saya kena pergi tengok." kata Khairul yang masih terkial-kial dengan tali kasutnya itu. Khairul merengus geram. Masa macam ni lah tali kasut tak nak beri kerjasama. Lantak lah tak perlu ikat pun tak apa. Masih boleh berjalan.

"Masalah apa? Tak boleh ke awak tak pergi sebab saya rasa tak sedap hati pula tiba-tiba." keluh Hani.

Khairul menatap wajah isteri kesayangannya itu lama seraya mengusap perlahan pipi Hani. Hujung jari Khairul menarik perlahan bibir kecil Hani bagi menampakkan senyuman pada wajah isterinya.

"Perasaan awak je tu. Insyaallah, saya tak apa-apa. Lagipun saya kan ironman dan saya ada ramai pengawal akan jaga saya. Jangan lah risau sangat. Dah saya pergi dulu." jelas Khairul bagi menenangkan jiwa Hani. Rambut Hani yang diikat rapi itu diusap lembut sebelum Khairul menghilangkan diri ke garaj.

Laju betul mamat ni berlari. Besar sangat ke masalah dia ni? Hani cuba bersangka baik dengan suaminya. Tak mungkin lah apa-apa akan jadi pada Khairul. Betul kata suaminya itu, pengawal punya lah ramai mesti lah dapat menjaga seorang lelaki kan.

Tanpa berlengah lagi, Hani terus bersiap untuk ke hospital. Apabila terlalu memikirkan hal tadi, memang segala benda yang lebih penting terus dilupakan begitu sahaja. Bahaya betul.

Sudah dua jam pembedahan selesai dijalankan, Hani masih termangu di hadapan bilik pembedahan. Entah mengapa hatinya menjadi tidak keruan sahaja. Kenapa diri dia merasakan ada sesuatu yang tak kena pada Khairul?

Kepalanya digelengkan beberapa kali. Semakin difikirkan semakin gila jadinya. Dari pagi tadi Hani tidak mendapat sebarang panggilan pun daripada Khairul. Apatah lagi kalau panggilan daripada Dato Kamal dan Alif, memang tiada langsung.

"Damia? Kau okay ke tak ni? Macam tak sihat je." tegur Raihana mesra. Punggungnya dilabuhkan bersebelahan dengan Hani.

Jelas sekali kelihatan wajah sugul doktor pakar bedah itu. Jarang sekali Hani menjadi sebegini. Nak kata pesakit tadi tidak berjaya diselamatkan menyebabkan Hani menjadi begini, tak akan lah. Elok sahaja pembedahan itu dijalankan.

"Aku okay. Penat sikit je. Semalam tidur lewat." jawab Hani dengan menarik senyuman kekok. Tubuhnya disandarkan pada kerusi. Dia cuba menenangkan fikirannya yang semakin berserabut seperti akar pokok.

"Biasa lah tu penat bekerja kan. Tapi kesihatan kau tu kena jaga. Ouh ye, apa jadi pada lelaki handsome yang jumpa kau semalam? Dia ajak dating ke?" Bahu Raihana berlaga dengan bahu Hani berkali-kali. Datang dah ulat bulu Afrika dia ni.

"Dia tu suami aku lah."

"Serious lah kau?! Handsomenya! Mana kau kutip dia tu?!" soal Raihana dengan teruja sekali. Pantang nampak lelaki handsome, memang Raihana akan usha selagi boleh.

Lebih-lebih lagi di hospital ni kan ramai orang datang. Raihana selaku doktor pakar bedah turut menjalankan aktiviti mencuci matanya ketika waktu rehat. Raihana pernah tersuka suami orang ketika sesi mencuci mata di restoran. Apabila dah dapat tahu lelaki itu sudah berpunya, dia menangis? Tidak. Raihana terus buang perasaan suka itu dan mencari orang lain pula. Dalam sehari kalau dikira berapa orang yang Raihana pernah suka, entah la. Tak terkira.

"Kutip? Apa punya bahasa lah kau guna ni. Jodoh dah datang. Buat apa aku nak tolak kan? Terima saja lah. Alhamdulillah, walaupun baru saja kenal tapi dia pandai jaga hati aku." ujar Hani tersenyum kecil apabila teringatkan perkara semalam.

Khairul sanggup memasakkan makanan untuknya walaupun sudah lewat. Hani perasan saja yang wajah Khairul kelihatan sangat penat. Berkali-kali Khairul menahan daripada menguap di hadapan Hani sehinggakan matanya bertukar merah. Betapa sayangnya Khairul kepada Hani sehingga sanggup ketepikan penat lelahnya.

Ciri-ciri suami idaman malaya.

"Aku nak masuk bilik. Risau juga kalau dia call aku tapi aku tak angkat."

"Cemburunya aku. Kau dapat suami handsome. Ish." Lengan Hani dipukul sekilas. Gadis kecil itu sekadar menarik senyuman sahaja.

Hani menapak masuk ke dalam bilik lalu menuju ke arah mejanya. Telefon pintar digapai. Pantas sahaja jarinya menyapu skrin telefon pintar itu. Tiada sebarang mesej dan panggilan daripada Khairul.

Okay ini sudah menambahkan kerisauan tahap empat.

"Damia! Damia! Urgent ni! Ada pesakit kena tembak pada bahu kanan." ujar seorang doktor lelaki lalu terus menghilangkan diri.

Entah mengapa Hani masih tercegat di mejanya. Langkahnya seakan-akan terpaku. Jantungnya bagaikan mahu tercabut akibat terlalu pantas berdetak. Kenapa tiba-tiba sahaja dia merasakan seperti ini? Sebelum ini elok sahaja apabila mendapat panggilan kecemasan sebegitu.

"Damia! Apa lagi kau tercegat dekat situ?! Cepat la!" jerit doktor lelaki tadi. Pantas sahaja Hani tersedar dari lamunan dan bergegas ke bilik pembedahan. Sarung tangan putih disarungkan dengan bantuan dua orang jururawat. Topeng muka turut telah tersedia.

Semakin menghampiri bilik pembedahan itu semakin berat pula langkah Hani. Pintu dikuak dengan perlahan. Tiga orang pembantunya telah tersedia di dalam bilik pembedah. Sekujur tubuh seorang lelaki elok sahaja terbaring di atas katil bedah.

Hani menghampiri ke arah katil itu dengan lafaz basmallah. Harap-harap lah lelaki itu bukan kenalan dia. Saat mata Hani menatap wajah lelaki itu, jantungnya seperti berhenti seketika. Ya, dia kenal siapa lelaki itu.

"Doktor, boleh mulakan."

























"Abah tak nak pergi hospital ke?" soal Alif tatkala menapak masuk ke dalam rumah. Perkara yang tidak disangka-sangka sudah pun berlaku. Tiger membuka langkah pertama mereka dengan menyerang anak buah Dato Kamal pagi tadi.

"Tak apa. Nanti mereka update lah pada abah. Ramai yang jaga dia dekat sana tu." jawab Dato Kamal dingin saja. Kunci kereta dicampakkan ke atas meja.

Tiger sudah pun memulakan peperangan antara kumpulan mereka berdua secara tiba-tiba. Setahu Dato Kamal, kumpulan Tiger itu semuanya berada di Thailand buat masa ini. Bila masa pula mereka semua sudah berhijrah ke Malaysia semula?

Adakah ini pemberitahuan atau amaran merah daripada Tiger?

"Khai mana?" soal Dato Kamal tiba-tiba. Tidak nampak pula batang hidung si Adam Khairul ini. Mana perginya budak bertuah tu?

"Khai dekat hospital."


Selesai pembedahan mengeluarkan sebutir peluru pada bahu lelaki itu. Sarung tangan putih dan topeng muka dicampak masuk ke dalam tong sampah. Lutut Hani bagaikan mahu tercabut sahaja. Tubuhnya terduduk di atas kerusi.

Apa yang telah terjadi sebenarnya? Macam mana dia kena tembak? Siapa yang menembak jejaka itu?

Seribu satu soalan mula menerjah masuk ke dalam fikiran Hani. Wajahnya diraup lama.

"Hani." Satu suara garau menegurnya lantas Hani mengangkat wajahnya. 



DAMIA HANI Where stories live. Discover now